Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Sunday, June 13, 2010

Kad Jemputan

Cerita tentang kad jemputan, Cik Shu tempah kat Epsilon Cards, Wisma Khoo Boon Kim, Jalan Pos Baru, Klang. The thing yang buat Cik Shu pilih kedai ni sebab diaorang boleh siapkan kad dalam tempoh dua minggu. Seminggu untuk check artwork dan kad boleh diambil lepas seminggu confirm artwork. Kebanyakan kedai yang cik shu survey, bagi tempoh 3 minggu untuk siap.

Masa nak tempah kad kahwin ni, ayat pertama yang cik shu tanya ialah, "Bila boleh siap?". Bila diaorang cakap je 2 minggu, terus cik shu deal dengan diaorang tanpa pikir untuk survey kedai lain.

Soalan kedua pulak, "Tunjukkan saya sample kad 50 sen kebawah, saya nak tempah 500 keping". Perghhhh... bajet giler. Yer, memang cik shu cut cost untuk kad. Buat apa nak mahal2, tak pernah pun cik shu tengok orang frame kad jemputan kahwin yang orang lain bagi. Kad2 kahwin daripada kawan2 cik shu memang la ada cik shu ada simpan sekarang, sebab cik shu akan balas balik kad2 yang diaorang bagi tu. Cik Shu akan pastikan, sape2 yang bagi kad jemputan perkahwinan diaorang kat cik shu, diaorang juga akan dapat kad jemputan dari Cik Shu. Lepas tu, tak simpan dah la. Apa2 pun terpulang pada individu dan kemampuan. Kalau memang kamu idamkan custom design atau hard cover card, go ahead as it is your wish.

Dari segi design, memang dah ada idea dalam kepala otak ni. Cik Shu nak yang simple dan compact. So, i choose the single card instead of folded card. Ade je kad bawah 50 sen yang berlipat, tapi kan nak yang simple. Single card, harga sekeping cuma 40 sen.

Then another issue plak, nak pilih warna. Warna yang ada sangat limited, dan cik shu pun masih belum tetapkan warna tema. Tengok punya tengok berkenan plak dengan warna Gold, lagi pulak kadnya tebal skit daripada yang lain, tapi harganya 45 sen. Masa tu memang dah jatuh chenta la dengan kad warna gold tu. Cik shu tunjukkan muka penuh minat dan muka kesian. Maka, the designer kurangkan harga kepada 40 sen sama seperti yang lain2. Yuhuuuuu.... sukenye discount..discount ni, terus pilih, terus bayar deposit.

Kat bawah ni ada kos keseluruhan untuk kad jemputan ni sebagai panduan utk b2b yang stay kat area klang. No hidden charge ok.

Kos untuk Kad
Kad (RM 0.40 sekeping x 500) = RM 200
Sampul kad bercetak = RM 30
----------------------------------------------------
Total = RM 230
=============================
Kos Sekeping --> 0.46 sen sahaja

Kad jemputan versi bahasa melayu dah siap. Sangat puas hati, the output as expected. Yang tak expect tu, kad tu bau wangi..... suka! suka!.
Pandangan muka depan dan sampul kad bercetak

Map di belakang kad

The next day lepas nikah pi amik kad jemputan. Then another next day dah mula menjemput orang2 kampung di Sabak Bernam. Jemput orang jauh dulu. Untuk kawan2 pun ada yang dah pos. Sebelum kad siap, cik shu awal2 dah announce kat FB dan sms kawan2 mintak alamat. Bila kad dah siap, alamat dah ready dan boleh terus prepare untuk pos. Jadi sepanjang minggu lepas dan minggu ini sibuk mengedarkan kad jemputan.
Kad-kad untuk di kirim

Kad jemputan versi bahasa inggeris pun dah siap. Tempah kat tempat yang sama gak buat kad versi bahasa Melayu. Dapat discount RM10 daripada harga asal, sebab metarial yang dipilih dah habis, jadi digantikan dengan metarial yang lebih murah. Ape2 je la, tak leh demand sangat sebab semua last minute. Tapi alhamdulillah, we manage to arrange it. Kenapa ada 2 versi? versi bahasa inggeris tu untuk jemputan kawan2 Mr. Hubby, dia yang request nak bahasa inggeris sebab kebanyakan kawan2 dia juga bukan warganegara, tak faham bahasa melayu. Kawan2 dia akan dijemput hadir ke majlis yang akan diadakan di rumah cik shu sebab kami hanya adakan satu majlis sahaja.
Kad lipat 3 untuk versi bahasa inggeris

Untuk versi bahasa inggeris, cuma design yang macam ni je yang ada. Yang lain2 semua dah preprinted dengan malay wording. Cik Shu nak fully english, so terima je la.

Wednesday, June 9, 2010

♥ Hari Pernikahan ♥

Bagi memenuhi permintaan rakan2, saya upload gambar2 masa hari pernikahan minggu lepas. Kualiti gambar tidak berapa baik kerana menggunakan compact digi cam dan kalau you all perasan kebanyakan mata didalam gambar yang diambil tidak melihat ke arah kamera kerana mata2 itu sedang memandang ke arah kamera kak Yatt ( jurufoto rasmi). Harap maklum.

bersedia untuk bergerak ke pejabat agama

di sinilah majlis berlangsung

bergambar sebelum bernikah


Semasa upacara pembatalan air sembahyang








Rakan-rakan yang menjadi wakil pihak lelaki

Majlis pernikahan ini dibuat secara tertutup dan hanya disertai oleh kaum keluarga dan kenalan rapat. Hari ini adalah hari yang sangat penting dan aku mahu setiap hari keluarga aku menjadi saksi pada hari yang penuh bersejarah ini. Cuma Angah tak dapat hadir kerana memandangkan hari pernikahan ini adalah hari bekerja. Aku faham, anak2 dia ramai yang masih bersekolah.

Terima kasih buat keluarga yang banyak berkorban dan memberi kasih sayang yang tak berbelah bahagi buatku. Lebih2 lagi buat emak, walaupun anakmak sudah bersuami, insyaallah anakmak akan pastikan menjalankan tanggungjawab anakmak sama seperti sebelum ini.

Sunday, June 6, 2010

Cerita lepas Nikah

Alhamdulillah, sudah sah bergelar isteri. Rasa lapang dada ni. Satu agenda sudah selesai, lagi satu agenda yang masih belum terlaksana. Kesibukan akan berterusan sehingga la ke hari Majlis walimatul urus. Awal2 lagi cik shu dah bagitau Mr. Hubby, dalam tempoh sebulan sehingga kenduri, cik shu tak boleh nak beri tumpuan pada dia sangat sebab nak uruskan majlis. Mintak izin dulu ye, dah jadi isteri orang ni, dan dia OK. In fact, kitaorang masih belum tinggal sebumbung sebab masih mencari rumah untuk diduduki lepas ni.

Lepas Majlis akad nikah, ada buat Doa Selamat dan jamuan makan untuk para tetamu. Makanan order dari kantin, nasib baik adik SIL keje kat pejabat JAIS Klang, dia yang tolong orderkan. Nikah dan jamuan buat di tempat yang sama. Mudah dan ringkas, tak banyak keje yang family cik shu kene buat.

Hari yang sama lepas lunch, sambung buat photoshoot, indoor dan outdoor. Indoor buat kat rumah, Kak Yatt @ photographer set up semua kat rumah. Ohhh... lagi la memudahkan, tak payah nak pergi studio. Untuk indoor, ada 2 persalinan iaitu persalinan Songket Melayu Tradisional dan Persalinan Pengantin Pakistan. Baju2 semua dari butik kecuali Lengha warna Gold, sendiri punya. Mr. Hubby beli sebelum dia datang ke Malaysia, seminggu sebelum nikah, hantar kat kawan dia untuk jahit. For me got another extra drees, pun persalinan pakistan tapi design lain warna merah.

Outdoor pulak, actually nak buat kat taman Botanic Klang, tapi bila sampai sana macam tak de mood pulak bergambar kat situ. Then tukar lokasi outdoor photoshoot kat taman dekat roundabout simpang lima menuju ke Istana Klang. Untuk outdoor pakai persalinan Gaun putih. Saya memang tidak kekok depan kamera. Dulu lagi, dah warning kat Mr. Hubby supaya berlatih senyum, sebab dia suka buat muka ketat. Surprisingly, Mr. Hubby sangat sporting that day. Siap bagi idea untuk pose lagi tuh. I was so so happy. Abang Mail dengan isterinya Kak Yatt pun sangat best. Suka bekerjasama dengan diaorang. Abang mail buat kerja dengan cepat dan idea untuk pose sudah set dalam kepala dia.
Sape kate jadi pengantin tak penat? Amik gambar satu hari suntuk penat tau. Tapi enjoyed.

Majlis pernikahan sudah selesai. Penat babe, walaupun majlis kecik. Salute la b2b yang uruskan majlis nikah, majlis berinai dan majlis bersanding dalam masa yang sama. Kalau macam tu memang super penat. Tapi tak boleh mengeluh sebab itu yang diinginkan sejak termetrainya ikatan pertunangan dan berusaha melalui pelbagai suka duka. It's amazed and I enjoyed it.

Setiap b2b sure ada keinginan u all sendiri untuk perkara2 tertentu. Untuk benda yang kita inginkan sangat, sure kita akan berbelanja lebih, even orang bagi nasihat pun tak nak dengar. Biasanya untuk benda yang kita inginkan untuk majlis kita ni, kita dah allocate budget utk itu kan.

Thursday, June 3, 2010

Doakan kami


“Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon restuMu,
Limpahkan barakah serta rahmat ke atas pasangan suami dan isteri ini,
Hamid Mehmood dan Noor Shuhada,
Jadikanlah rumahtangga mereka aman, bahagia dan sejahtera
dalam ketaatan dan ketaqwaan kepada Mu,
Satukanlah hati mempelai ini.

Jadikanlah rumahtangga pasangan ini,
Seindah rumah tangga Adam dan Hawa,
setabah Ibrahim dan Hajar,
Sebahagia Yusuf dan Zulaika,
Sesetia Sulaiman dan Balqis serta
Sesuci Muhammad s.a.w dan Khadijah.

Diatas kecintaan mereka kepadaMu,
Jadikanlah pasangan ini saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingai dikala bahagia,
Saling menyempurnakan ibadat kepada Mu.

Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah
serta berikanlah kejayaan kepada mereka di dunia dan akhirat.
Sempurnakanlah kebahagiaan pasangan ini dengan
menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepadaMu.
Dan bukti pengikatan cinta mereka kepada sunnah keluarga RasulMu.

Murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka,
Dekatkan mereka kepada kebaikan, jauhkan mereka daripada keburukan
dan kurniakanlah mereka kesenangan dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Amin Ya Rabbal Alamin.”

Luahan rasa seorang bakal Isteri

Insyaallah, dalam beberapa jam lagi aku akan bergelar seorang isteri. Satu gelaran yang aku dambakan selama ini dan aku yakin keinginan bagi setiap perempuan. Untuk merasai diri kasihi dan dilindungi, disitulah tempatnya yang bernama Suami.

Ianya bukanlah satu perjalanan yang pendek untuk sampai ke peringkat ini. Pelbagai dugaan dan liku-liku yang harus kami lalui sepanjang 2 tahun tempoh pertunangan. Lebih-lebih lagi dia adalah warganegara asing. Bermula detik sebelum pertunangan, aku berusaha untuk mendapatkan restu keluarga akan pilihan aku. Dalam pada itu aku dihentam sehabis2nya oleh keluargaku, tapi aku yakinkan diri, Dia adalah pilihanku. Dan hingga detik ini, walaupun kami masih belum disatukan, ada antara mereka yang bersedia menepuk tangan menunggu berita perpisahan kami. Sedihnya, bukannya orang luar, tapi ahli keluarga sendiri.

Hati aku juga pernah diduga, tatkala aku mahu diperkenalkan kepada seseorang yang mana dalam fikiran ku, orang itu adalah orang yang baik2, tinggi ilmu agamnya serta mempunyai pekerjaan yang baik. Seorang yag aku fikir mampu membimbing dan membawa aku syurga yang aku dambakan. Dalam masa itu, hati aku berbelah bahagi. Hanya kepada tuhan aku mohon petunjuk dan kemudian aku yakin akan perjuanganku dalam sebuah perhubungan yang sedang dibina ini. Maka, tawaran itu ditolak.

Penundaan perkahwinan telah memberi tekanan kepada aku. Apabila rancangan disusun rapi tetapi segalanya terpaksa ditunda kerana masalah dokumen bagi pihaknya. Percubaan demi percubaan dilakukannya tetapi hasilnya gagal dan dalam masa yang sama banyak wang yang telah dikeluarkan untuk mendapatkannya. Orang keliling pula asyik bertanya bilakah majlis akan dilangsungkan. Lebih menambahkan tekanan. Sehingga aku ada terfikir untuk tidak mahu mengikut prosedur perkahwinan yang ditetapkan dinegara ini. Tidak mahu peduli dengan prosedur asalkan kami dapat dinikahkan. Islam menetapkan perkahwinan dengan cara yang paling mudah tetapi undang2 yang diciptakan manusia menyukarkan kami. Tegamakkah aku melukakan hati keluarga ku yang mengasihi dan menyayangi diri ini jika aku berbuat demikian. Tidak sama sekali, maka ditelan sahaja dan kami sedaya upaya untuk berkahwin mengikut cara yang sepatutnya.

Ada juga masalah itu datang daripada sikap aku sendiri yang terlalu berprasangka buruk terhadap dirinya, tidak mempercayai dirinya. Mendorong aku untuk bersikap dan bertindak tidak mengikut akal, terlalu menyibuk akan hal dia. Telinga ini selalu ditusukkan dengan nasihat orang-orang melayu, "Jangan percayakan lelaki (pasangan) 100%". Kerana kata2 ini, hidup aku jadi tidak tenteram kerana aku mencurigainya. Perasaan ini hampir2 membunuh perhubungan ini. Setelah pengalaman yang dilalui, perasaan curiga dan syak wasangka terhadap pasangan tidak boleh ada dalam diri jika mahukan keharmonian sesebuah perhubungan.

Sekali lagi kami diuji, apabila semua tersedia, masalah kewangan menghimpit kami. Bagaimana mahu meneruskan misi perkahwinan jika tiada duit. Desakan demi desakan daripada keluargaku tentang duit hantaran menyesakkan aku. Dia benar-benar menghadapi masalah kewangan, masakan dia mampu untuk membayar wang hantaran yang diminta. Untuk berterus terang tidak sama sekali. Aku tidak mahu bakal suamiku diperlekehkan. Apabila toleransi antara satu sama lain berperanan dengan baik, pasti jalan penyelesaian akan ditemukan.

Benarlah, kata-kata orang tua, "Jangan bertunang lama-lama, banyak dugaannya". Aku redha dengan dugaan yang diberikannya kerana dugaan itu benar-benar mematangkan aku, dan paling ketara ia benar-benar mendekatkan diri aku pada yang Maha Agung. Dalam setiap dugaan yang aku terima, aku selalu tekadkan dalam hati yang aku tidak mahu kalah dengan dugaan yang diberikan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan salah "Tiada Jodoh" dalam sesebuah perhubungan sebelum kita benar2 berusaha menyelesaikannya.

Bakal suami ku bukan orang yang sempurna, tidak berharta dan juga berpangkat. Dia hanya insan biasa yang punyai kekurangan dan kelebihannya sendiri. Dan itu yang aku lihat pada dirinya yang mana aku perlukan dia untuk melengkapkan kekurangan diri ini. Dia punyai karisma yang boleh menundukkan aku, bukan kerana aku takut padanya tetapi dia boleh membuat aku menghormati dirinya yang bakal menjadi ketua keluargaku. Dan dia perlukan aku untuk memberi kekuatan dan dorongan dalam meneruskan sebuah kehidupan diperantauan. Kami saling memerlukan. Aku memohon agar Dia adalah lelaki yang akan membawa aku ke Syurga Allah.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketabahan yang dikurniakan oleh Nya serta doa yang dipohon padaNya tanpa henti-henti, Insyaallah, kami hampir ke situ. Selepas ini, bermulalah sebuah kehidupan dan aku tidak boleh toleh kebelakang lagi. Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini dalam meneruskan kehidupan mendatang dan membina sebuah generasi berlandaskan suruhan-Mu.