Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, July 8, 2010

04072010 - Wedding Reception

Alhamdulillah, majlis perkahwinan saya berlangsung dengan baik. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis kami dan mereka yang mengingati kami dalam doa mereka.

Disini saya akan sertakan gambar2 disekitar majlis tapi diingatkan, ini bukan gambar daripada OP.


with My mom at my left, my SIL at my right and my flower girl at the front

Upacara bersanding dan merenjis



Upacara makan beradab




Monday, June 28, 2010

Juliet's Wedding Reception

Ini cerita Sabtu minggu lepas, attended for Juliet's wedding reception at Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya. Ini kali kedua menghadirkan diri ke jemputan majlis perkahwinan orang cina. Kali pertama attended for Lynna's wedding pada tahun 2006 kalau tak silap. Majlis masyarakat cina dan melayu berbeza, kalau majlis orang cina, diaorang ada RSVP, jadi orang2 yang dijemput kene sahkan kehadiran mereka supaya penganjur majlis boleh reserve dan arrange tempat duduk untuk majlis tu nanti. Lain berbanding dengan masyarakat melayu, orang2 yang hadir di majlis tu adalah datang dan pergi. So kita boleh datang bila2 masa according to time range. Tapi masyarakat melayu pun dah banyak yang buat style macam ni. Then, amalan masyarakat orang cina, bila attend wedding, akan beri Ang Pow. Berdasarkan apa yang diberitahu oleh kawan2, kalau kat KL kadarnya bermula daripada RM80. Nilai ang pow juga mengambil kira lokasi majlis diadakan. Maknanya, kalau buat kat tempat mahal, jadi ang pow nya pun kene lebih dan begitulah sebaliknya. Ini bukan saya yang cakap ye, my chinese friends told me so. So kalau, kita datang berteman, kita gandakanlah kadar tu.

Bila teringat pengalaman pertama kali macam kelakar pun ada, ingat majlis kahwin orang cina ni, sama la macam orang melayu, datang bawa hadiah. Jadi, that day, carilah hadiah untuk kawan ni, takkan nak datang tangan kosong je kan. Malu ar. Dah lak tu, datang dengan kawan.

Sambung cerita wedding Juliet, kalau ikut atucara, majlis bermula 7 pm. Since sampai kul 7.30, cik shu rasa dah terlambat. Tapi hakikatnya, ramai yang belum sampai lagi dan dalam pukul 8 lebih baru majlis nak bermula. Kesian my hubby pandu kereta tergesa-gesa, nak sampai on time. Alhamdulillah tak ada apa2 yang diingini berlaku. Bila sampai, kene register dulu untuk sahkan kehadiran, then penyambut tetamu akan beritahu table number. Saya meja 14, semeja dengan budak2 office yang lain.

Suasana malam tu sangat tenang dan dihiburkan dengan lagu2 romantik. Sementara menunggu bride and groom, kitaorang bergambar dan berborak. Decoration simple nice and sweet.
Wedding table centerpiece


Lilin dengan wangian Lavender sebagai door gift untuk tetamu.



From Left:- Me, Su, Ian and Linda at Table 14

Juliet dan Louis berarak masuk ke Cindai Ballroom. She's very pretty on that night.

Dah lama tunggu, perut dah lapar tapi tak boleh makan lagi. Kene tunggu bride and groom masuk ballroom dulu. Bila bride and groom dah masuk dewan, then baru makanan akan dihidangkan.
Menu of the night

Precious 4 hot & Cold Appertizer

Braised Shark's Fin Soup with fresh crab meat

Crispy Barbeque "Pi Pa" Chicken

Steamed fresh red snapper with hong kong Style

Braised "Ling Zhi" mushroom and seasonal green

Steamed lotus Leaf Rice

Mini Bun

Most favorites
Left:- Deep Fried mini bun with lotus paste
Right: Steamed mini bun with Red bean paste

Double boiled Lotus seeds with snow fungus with red dates

Makanan akan dihidangkan satu persatu. Maksudnya, dimulakan dengan appertizer, makan sampai habis, another hidangan pulak sampai. Makanan kat meja kitaorang terlebih2 yer. Sepatutnya 1 meja ada 10 orang, tapi fini dan suami tak dapat datang. Tengah2 majllis, ada yang sudah pulang dulu, so bila datang hidangan seterusnya, semua dah tak larat nak makan.

Juliet cakap kek tu fake. cuma ada sepotong kek kecil untuk dipotong.

Sebelum balik amik gambar dengan bride and groom

Nak jugak amik gambar dengan teddy

Kami pulang sebelum majlis bersurai sebab selepas tu i kene balik port klang untuk sambung preparation majlis i pulak.

Tuesday, June 22, 2010

Walimatul Urus Antara Syariat dan Adat

Masa tengah melawat blog sabsabby (b2b), terjumpa artikel ini dan boleh ianya boleh dijadikan panduan untuk semua b2b. Renung2kan dan selamat beramal :)

Pendahuluan
Masyarakat Melayu sudah menganut agama Islam sejak 600 tahun dahulu. Menurut sejarah, Islam dianuti oleh sultan Melaka, dan menjadi ikutan kita. Oleh kerana Islam sudah lama bertapak di negara kita, adat-istiadat perkahwinan banyak mengikut syarak. Namun, wujud beberapa perkara yang menjadi tentangan golongan ulamak kerana dikatakan berasal dari India yang mempunyai hubungan yang agak intim dengan agama Hindu. Kertas kerja ini merungkai sedikit sebanyak adat perkahwinan yang menurut Islam dan yang dikatakan menurut agama lain. Semoga ALLAH memberikan hidayah kepada mereka yang ingin mendekatkan diri kepadanya.
Definisi Walimatul Urus dan Adat
Menurut perkataan walimatulurus berasal dari perkataan “Al-Walamu” yang memberi makna pertemuan. Dinamakan sedemikian kerana pihak lelaki dan perempuan bertemu sewaktu walimatulurus. Manakala, menurut istilah, walimatulurus adalah makanan/hidangan yang disediakan sewaktu majlis perkahwinan.Selain itu, walimatulurus juga didefinisikan sebagai kenduri bagi merayakan pengantin baru, dan walimah adalah suatu jamuan agama, bukanlah jamuan adat
Definisi adat adalah suatu kebiasaan dari suatu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi.
Hukum Mengadakan Walimatulurus
Hukum mengadakan walimatulurus (iaitu menjemput orang ramai ke majlis walimatulurus) adalah sunat muakkad. Malahan, Rasulullah saw sendiri mengadakan walimatulurus.
  • Dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Lakukanlah walimah meskipun hanya dengan seekor kambing” (HR Muttafaqun alaih)
  • Dari Buraidah ra berkata bahwa ketika Ali bin Abi Thalib melamar Fatimah ra, Rasulullah SAW bersabda,”Setiap pernikahan itu harus ada walimahnya.” (HR. Ahmad)
Tujuan Mengadakan Walimatulurus
  • Mengikut Sunnah Rasulullah saw dan ajaran Islam.
  • Mengumumkan pernikahan pasangan yang baru berkahwin.
  • Menggembirakan pasangan yang baru berkahwin.
  • Sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.
Hukum Menghadiri Walimatulurus
Hukumnya wajib untuk menghadiri walimatulurus melainkan ada keuzuran.
  • Dari Ibnu Umar ra. Ia berkata : Rasulullah SAW. bersabda : “Jika diundang seseorang diantara kamu untuk walimah, maka wajiblah ia mendatangi atau memenuhinya”.
  • Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah SAW. telah bersabda : “Sejelek-jeleknya makanan ialah makanan walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. HR Muslim & Baihaqi
  • Rasulullah bersabda, “Apabila seorang dari antara kamu diundang ke kenduri nikah, hendaklah ia datang. Maka, kalau ia berpuasa, hendaklah dia mendoakan, jika tidak, hendaklah ia makan”. HR. Abu Daud
Walaupun begitu, menurut ulama, hukum wajib untuk menghadiri walimatulurus adalah jika pihak yang mengundang membuat perkara berikut:
  • Menjemput pelbagai golongan dan tidak terhad kepada golongan yang kaya sahaja.
  • Tiada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi, majlis tari menari dan nyanyian yang melalaikan.
  • Tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan (ramai antara masyakarat kita yang mengajak rakan-rakan berbeza jantina dan berbual bersama mereka sewaktu walimah).
  • Tiada menggunakan peralatan makan dan minum yang diperbuat dari emas, perak atau sutera.
Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan kepada mereka yang ingin mengadakan walimatulurus
Walimatulurus adalah sunnah Rasulullah, dan Rasulullah pernah mengadakan walimatulurus pada bulan syawal sewakut berkahwin dengan Aishah ra. Maka, dianjurkan untuk mengadakan perkahwinan dan walimatulurus pada bulan syawal kerana Aishah ra menyukainya…
  • Dari Aisyah ra, katanya, “Rasulullah saw menikahi aku pada bulan Syawal, dan menggauli aku pada bulan Syawal (pada tahun-tahun berikutnya). Tiada isteri-isteri Rasulullah yang lebih beruntung berbanding denganku”. (HR Muslim)
Orang-orang yang diundang hendaklah orang-orang yang bertakwa, janganlah dari orang yang fasiq.
  • Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, “Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan seorang mukmin, dan jangan memakan makananmu kecuali orang yang bertaqwa”. (HR. Ahmad dan dinilai hasan oleh Al-Albani).
Dibolehkan menyediakan bunyi-bunyian untuk memeriahkan majlis.
  • Rasulullah saw bersabda “Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana di majlis perkahwinan itu.” (HR Ahmad dan At-Tirmizi)
  • Hiburan yang disediakan hendaklah sederhana dan sopan dan menggariskan hal seperti: 1)tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan 2)nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu 3)tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap ALLAH 4) seni kata nyanyian tiada perkataan cabul ataupun lucah
Janganlah menjemput golongan kaya sahaja.
  • “Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah SAW. telah bersabda : “Sejelek-jeleknya makanan ialah makanan walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. [HR Muslim & Baihaqi]
Jangan lupa menjemput kaum kerabat dan sahabat-sahabat untuk mengelakkan mereka berkecil hati.
Berniat untuk mengikut sunnah dan memberi kesenangan kepada rakan-rakan yang hadir. Walimatulurus bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dan berfoya-foya.
Jangan mengangkat makanan sebelum tetamu habis makan.
Disunatkan menghantar tetamu ke muka pintu. Bermanis muka adalah tanda sifat terpuji.
Ada ulamak menyatakan walimatulurus diadakan selepas malam pertama, kerana Nabi saw tidak pernah mengadakan walimah sebelum malam pertama.
Walimatulurus juga jika boleh, diadakan di masjid.
Perkara yang dititikberatkan bagi tetamu
Memenuhi undangan dan janganlah terlambat.
Jika menerima undangan lebih dari satu, jika mempunyai kelapangan masa, bolehlah pergi ke semua tempat. Namun, jika tidak berkesempatan, boleh pergi ke tempat yang paling awal dan paling dekat antara semua jemputan tersebut.
  • Sabda Rasulullah saw, “Apabila bersamaan dua undangan, maka tunaikanlah undangan terdekat dan jika salah satu daripadanya ada yang lebih awal, maka pergilah ke tempat yang lebih awal itu”.
Hendaklah mendoakan pihak yang mengundang.
Tetamu hendaklah memaafkan segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak pengantin. Semoga kemaafan ini memberi berkat kepada perkahwinan mereka.
Perkara Bertentangan dalam Islam yang selalu dilakukan oleh orang Islam berbangsa Melayu
Menabur beras kunyit. Ini dikatakan bertujuan menguatkan semangat pasangan pengantin dan menghalau roh jahat.
Membaca jampi mentera dan menyediakan pulut kuning dan telur kepada semangat jahat dan diperasap. Ini bertujuan untuk memelihara majlis perkahwinan dari semangat jahat yang mungkin mengganggu majlis.
Persandingan. Persandingan dilarang kerana mempunyai unsur tabarruj iaitu diperhias untuk dipamerkan. Budaya tabarruj ini dilarang oleh Rasulullah. Walaupun begitu, jika pengantin perempuan begitu menginginkan majlis persandingan, dibolehkan dengan pihak yang menonton adalah ahli keluarga dan kaum hawa sahaja.
Perbelanjaan walimatulurus yang besar. Rasulullah hanya mengadakan walimatulurus dengan buah tamar dan keju. Ini kerana walimatulurus bertujuan menghebahkan tentang pengantin baru, bukannya untuk berhibur.
Kesimpulan
Mengadakan walimatulurus bukanlah suatu adat Melayu, tetapi suatu sunnah yang dituntut oleh Islam, yang sudah menjadi perkara biasa bagi perkahwinan orang Melayu. Maka, orang Islam yang berkahwin mestilah teruja untuk mengadakan walimatulurus kerana padanya ada pahala. Namun, pihak pengantin perlulah betul-betul memahami perkara yang dibolehkan dan perkara yang tidak dibolehkan, supaya perkara yang haram dapat dielakkan. Justeru itu, perkahwinan yang baru dilangsungkan akan diberkati Allah swt.


Monday, June 21, 2010

Pek gula2 untuk tetamu

Kepada b2b yang tinggal di area Klang dan berniat untuk beli gula-gula atau makanan ringan untuk cenderahati tetamu, cik shu cadangkan beli lah di kedai Pemborong Barangan Runcit & Makanan Ringan Phong May (M) Sdn Bhd. Beli barangan secara borong adalah sangat menjimatkan dan gunakan lah kelebihan ini sebab kita beli dengan kuantiti yang banyak. Bila masuk dalam kedai tu memang rambang mata. Rasa macam2 nak beli, tapi selalu stick to budget yang dah diperuntukkan. Ingatan kepada b2b, jangan lupa bawa kalkulator, senang nak kira, worth it atau tidak sesuatu yang kita beli.

Perancangan asal nak beri bahulu bunga kemboja kepada tetamu. nak order untuk 1000 unit. Tapi my SIL bagi idea, bagi la bahulu sebiji2, bungkus 3 biji dalam satu pek. Bahulu seketul seketul tu lagi murah. Berperisa lagi tu you, lain daripada biasa, suka! suka!. Memandangkan budget yang diperuntukkan untuk souvenir ada lagi , datang idea nak tambah gula2 dalam goodie bag. Jadi aktiviti last weekend adalah bershopping. Ini jelah weekend untuk bershopping, tinggal 2 minggu weekend je lagi nak hari besar.

ini kedai borong makanan ringan

Bila dah beli gula2 mestila nak pek kan. Rancangan asal nak letak gula2 tu dalam uncang organza. Tapi survey2 agak mahal gak uncang organza. Price around RM 20 per 100 pcs. Jadi tukar plan lagi, letak gula2 dalam kotak telur. Beli kat Plaza GM, Klang, price cuma RM 5 per 50 pcs. Tapi sebab beli banyak2, dapat discount 30%, jadi la RM3.50. I loike!!!

Sampai je rumah, aku dengan SIL tak sabar2 nak pek, walaupun kami penat bershopping seharian. Paling2 aku berterima kasihla sangat2 kat anak2 buah aku kat rumah tu yang volunteer menolong tanpa disuruh.

Tasha dan Akmal yang bersungguh2 membantu

Cantiknyer Jihah susun

Ada yang tak di suruh pun nak buat juga. Kalau tak bising dia. Jadi bagila si Jihah ni susun kotak.

Monday, June 14, 2010

Bunga Manggar

Bunga manggar adalah satu kemestian untuk mengiringi pengantin berarak. Rasa macam tak sah bila tak ada. Memandangkan masa yang sangat suntuk dan kekurangan tenaga kerja, cik shu beli yang dah siap je. Memang tak sempat la nak layan benda remeh temeh ni, banyak lagi benda2 yang penting nak dibuat. Remeh temeh pun dah habis 20 hengget untuk 80 cucuk. Bodek punya bodek, beli 4 (10 per pek), mintak percuma 1. jadi ada 2 extra. Suka! suka!. Tak rugi ringan mulut menawar, kalau untung, dapat murah dan paling penting value added untuk setiap sen yang dikeluarkan. SIL la tok guru tawar menawar nih.
bunga manggar ready made.

Nanti kene cari nanas muda plak untuk pacak2 bunga manggar tu. Tapi.... yang dibeli tu pun cukup2 untuk dipacak2 bagi mengiringi perarakan. Lagi banyak, lagi rimbun, lagi cantik. Tapi tak cukup untuk letak kat papan tanda. pk punya pk.... datang plak idea, sekarang ni musim kahwin, kat area rumah, ada 2 -3 buah rumah buat kenduri kahwin. Daripada bunga manggar yang diaorang pacak kat papan tanda arah bersepah2 dikemudian hari, lebih baik amik untuk keperluan orang lain. Kita tak curik, kita ambil... untuk kebaikan.. kan! kan! kan!. Ambil pun selepas majlis selesai, orang pun dah tak heran pun. Sekurang2nya bersih sikit tiang2 lampu tuh.

ni lah hasil. Reward to Akmal yang menolong maksu nya ni!

Rezeki lagi... on the way nak ke rumah sewa, cik shu ternampak serimbun bunga manggar terpacak kat divider jalan nak masuk ke dewan komuniti. Kat situ memang tiap2 minggu ada kenduri kahwin. Apa lagi, cik shu berhenti, dan amik la, daripada DBKL sapu, baik cik shu yang sapu dan recycle. Sayangi alam sekitar dan cik shu pun dapat untungnya, tak yah nak beli2 lagi.

Lebih dari cukup la nih untuk papan tanda.