Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, November 4, 2011

Saqlain 6 bulan

6 months on 3 Nov 2011

Alhamdulillah, my baby, Mohammad Saqlain sudah cukup 6 bulan. Rasa cepat sangat masa berlalu. Masa lahir dulu, pegang sebelah tangan pun bole, tapi sekarang, 2 tangan pun dah lenguh.

Pencapaian Saqlain setakat ini:- 

  • Pantang nampak benda depan mata, mesti nak dicapainya dan masuk ke mulut. Lebih2 lagi kalau nampak wayar, laju je nak dicapainya.
  • Tangan kiri lebih aktif berbanding tangan kanan. 
  • Kenal nama sendiri. Kalau panggi Mohammad Salain, dia mesti toleh pada orang yang memanggilnya.
  • Sangat suka membebel, tak kira dirumah ataupun dalam kereta. Ni la yang buatkan mama dan babanya asyik tergelak. Ape lah yang dibebelkannya.
  • Boleh duduk, tapi kene la letak bantal disekeliling. Kadang2 dia tak boleh control.
  • Laju bergerak di dalam walker dan menjelajah isi rumah. barang2 dah tak boleh letak atas meja TV. lapik meja kopi pun boleh ditariknya.
Tapi;
  • Belum pandai meniarap lagi. Shu tak risau pun kalau biarkan dia tido atas sofa. Saqlain macam tak suka je nak bergolek. Bila cuba tolak sisi dia supaya pengiring, mesti dia lawan balik. Surprisingly, pagi ni Saqlain nak cuba capai mama Shu yang sedang mengepam dan dia termeniarap dengan sendirinya buat pertama kali. Kene bagi banyak galakan untuk dia.
Bila sudah masuk 6, maksudnya anak mama sudah pun ready untuk SOLID FOOD. yeahhhh..


Monday, October 31, 2011

Our Best Moments

::STICKY POST::

Hi Kawan2,
Korang suka tak gambar kat bawah ni?
Ni pic Saqlain dengan bababya. Waktu ni dia cukup-cukup 4 bulan.
Today's the day Saqlain has turned to 4 months old.
He is eager to stand while he is not suppose to.
Kalau korang suka, boleh la klik dan 'like' gambar ni :)


Thanks in Advance :)
Tukar template itu, tukar template ini, tukar setting itu, tukar setting ini. Bila preview, semua bloglist hilang warghhhhh..... tengok tu, ada widget title je, tapi bloglist tak de...

Anyone yang sudi nak exchange link. jom kita tukar :)

Anyway, template ini hanya sementara. Dah lama niat nak tukar layout blog tapi tak tertukar2 plak. Any suggestion? layout macam mana patut shu buat ye?

Layout lama


Sunday, October 30, 2011

Kisah makan malam hari ini

Baru lepas habis makan malam, tapi ada kisah disebalik makan malam ni.
Malam ni kitaorang dinner lite2 je, White sauce pasta. Makanan yang mudah disediakan.

Mr. hubby makan sepinggan, Aku pun makan sepinggan,
Mr. Hubby tambah 2 senduk, Aku pun tambah 1 senduk setengah,
Hubby dah kenyang, tak mo tambah. Aku pun dah kenyang gak,
Tapi..... ada balance sikit je lagi.
Aku pegang senduk, Mr. hubby dah jeling2 (tandanya jangan tambah lagi, sudah2 la tu moti ye)
Mr. Hubby bangun dari meja, Aku terus pegang senduk dan kaut semua balance masuk pinggan aku.
Boleh tak, Mr. Hubby datang balik kat aku dan suruh aku letak balik pasta yang aku kaut tu.
Mr. Hubby: Are you still hungry?
Aku: No, but got left over.
Mr. Hubby: But you are not hungry right?
Aku: (Aku geleng kepala)
Mula lah lecture dari Mr. Hubby
Mr. Hubby: Eat what you need ONLY. Makan! makan! makan! lagi gemok.
Then, Mr. Hubby suruh aku bangun dan tidurkan Saqlain. Pinggan2 kat meja semua dia kemas.

Banyak ni je pon yang tinggal, kalau masuk mulut pun, 3 sudu je.
Tapi memang badan aku tengah menggemok dengan jayanya. Macam mana nak buat dengan nafsu makan ni. Haih....