Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, January 13, 2012

Siaran tergendala, Saqlain demam

Sorry peeps, siaran tergendala. Putera kesayangan Shu tak sihat sejak weekend lepas. Sekarang ni demam dah kebah, tapi still batuk2 dan selsema. Tambah pulak, minggu ni kat office sangat busy, bila balik rumah plak, melayan putera kesayangan yang mahu bermanja-manja. Memang laptop kat rumah tu off je sepanjang minggu ni.
This is the second time, maybe berjangkit dengan my mom yang juga demam. Last Saqlain kene demam pun masa umur 2 bulan. Dah bawak gi jumpa doktor, ada jangkitan kat tekak dia. Doktor bagi ubat demam dan antibiotik.
kat Emergency clinic, Hospital Tawakal
Saqlain ni sayang nenek...
nenek demam, dia pun ikut demam gak.
Walaupun demam still boleh senyum2 kalau kitaorang agah2 dia

Be strong my beta. Mama, Baba and nenek love you so much.

Thursday, January 5, 2012

Hukum Akaun pelaburan emas Bank di Malaysia

Sebelum membuat keputusan untuk memiliki akaun pelaburan emas, eloklah kita selidik dulu, hukum pelaburan yang bakal dilaksanakan, adakah ianya benar2 mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam islam. Maklumlah, bila dah bersangut paut dengan urusan jual beli, mesti ada garis panduan yang perlu kita ikuti bagi memastikan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Apa guna senang di dunia tapi bahana pulak yang akan kita dapat di akhirat kelak.

So, kat sini Shu nak share respond yang dibuat oleh Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman tentang hukum Akaun pelaburan emas di Bank Malaysia beserta dengan panduan yang boleh kita ikut untuk membeli emas.

Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-
• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191).
DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuksettlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.Untuk kira-kira buka di sini. 
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman


Wednesday, January 4, 2012

Pelaburan Emas, sudahkah anda?

Gold Picture ihsan from Mr. Google

Sana sini sibuk orang citer pasal emas. Dalam keadaan nilai matawang yang tidak menentu sekarang ni, emas dikatakan boleh menjadi option terbaik untuk pelaburan masa panjang dan akan memberi pulangan yang tinggi. Ini dikukuhkan dengan nilai emas yang sentiasa meningkat.

Kalau fikir logik, betul jugak, dulu RM300 dapat gak beli seutuas gelang tangan yang lebar sikit dan agak2 berat. Tapi sekarang dengan nilai macam tu, jangan harap la kan. Beli gelang 1k pun, gelangnya alahai.... halus je, senang citer bak kata kakak Shu yang giler beli barang kemas ni, "Emas sekarang ni, emas kosong".

Katenye, azam baru ni nak buat pelaburan. So, shu ada terfikir jugak nak buat pelaburan emas ni. So far yang Shu tau, ada beberapa bank yang menawarkan skim pelaburan emas seperti Maybank, Kuwait finance dan Public Mutual. Pelaburan yang ditawarkan adalah dalam bentuk buku pelaburan atau fizikal emas itu sendiri.

Which one is the best? I am investigating on this matter? Anyone who has idea on this Gold investment, do not hesitate to inform me. Or maybe you guys have options for better investment, please share with me. Kan sharing is caring gitew!!!!

Tuesday, January 3, 2012

Saqlain is now 8 months old


Perkembangan Saqlain sepanjang usia 7 bulan.
  • Dah boleh duduk sendiri, siap boleh adjust bontot lagi tuh, ke kanan dan ke kiri.
  • Dah boleh merangkak. Uish, laju dah.... kita masuk bilik, dia pun masuk bilik, kita keluar dari bilek, dia pun keluar merangkak dari bilik.
  • Understand simple instruction such as NO, DON'T, COME.
  • Dah pandai senyum depan camera.
  • Kenal dengan jelas. Yang dia kenal cuma Mama, Baba dan Nenek nye aje. Sebelum ni sape2 nak pegang dia macam senang je. Tapi kalau sekarang.... kene amik hati dia dulu baru dia nak. 
  • Kalau tengok Baba smart2, pegang kunci kereta, dah faham dah. Mula lah dia buat aksi menagih simpati, "Baba, please bring me too..".
  • Now, suka menyisir kat tepi2 sofa dan meja.

Sunday, January 1, 2012

May 2012 be a better year for all of us


Rata-rata, setiap orang harapkan tahun ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. 
Jadi isteri yang lebih baik, ibu yang lebih baik, anak yang lebih baik, pendek citer jadi INSAN yang lebih baik lah. Tapi ada beberapa perkara yang Shu nak capai tahun ni.
  1. Kurangkan berat badan. Mesti! mesti! mesti! Shu nak turunkna 14 kg dalam masa 4 bulan.Anyway, ini adalah impian Mr. Hubby. I wish I can make his dream come true.
  2. Kurangkan hutang. Jadi, shopping yang tak berfaedah tu, kene cut cut. Lebihkan saving dan pelaburan masa depan.
  3. More holidays with my family. Setakat ni dah ada satu tempat percutian dalam list. dan hopefully this year Allah murahkan rezeki kami untuk berjumpa keluarga Mr. Hubby di pakistan. Nakkkkkkk sangat jumpa dengan family Mr. Hubby, selama ni berborak through phone atau skype je
  4. Sambung study in Master. Orang lain dah lama buat, ko baru nak buat sekarang ke? Actually hasrat ni dah lama tersimpan, tapi baru sekarang matlamat itu semakin jelas, sebelum ni masih tertanya2 dengan diri, Perlu ke?. Now, Shu dah pasti, yes, memang perlu. And Yes, I want it tapi Mr. hubby cakap tunggu Saqlain besar sikit. Hopefully can make it on second half of this year.
  5. Update gadget. I'm not a kind of person who crazy for gadget, tapi recently tergerak hati nak meng'update'kan diri dengan teknologi. Phone yang Shu guna sekarang ni pun beli tahun 2008. So, this year, I'm looking for smartphone / tablet. brand yang mana satu, tak survey lagi, sebab terlalu banyak produk kat pasaran. sebelum beli kene survey dulu.
  6. And Last but not least, Mahu merajin2kan diri meng'update' blog kesayangan ku. Macam tahun sebelum ni, banyak sangat cerita nak story mory kat sini, tapi bila penyakit M merasuk diri, makanya cerita itu terkubur ajerla... Hopefully, this year boleh la update hari2, paling tak pun, I'll try to make at least 3 entry per week. 
Good Luck to MYSELF
and 
Good Luck to EVERYONE too.