Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, April 3, 2012

Saqlain 11 bulan


Dah lama tak citer pasal budak ini. Hari ni Saqlain dah 11 bulan. 1 bulan je lagi nak setahun. Perkembangan setakat nak masuk 11 bulan ni, anak mama:-

  • Sudah boleh bangun sendiri, still kene improve untuk balancekan badan.
  • Bertatih dan menapak beberapa langkah. Pencapaian terbaik setakat ni sejauh 2 meter sebelum tumbang.
  • Gigi sudah ada 4 batang. Walaupun gigi baru 4 batang tapi bila makan roti, macam dah ada gigi penuh. Kalau diberi pilihan antara nestum dan roti, sudah tentu roti jadi pilihan anak mama. Ape kelas makan nestum?
  • Bila nampak makanan dan mahukannya, dia akan sebut "Mam...mam..mam...mam..". Maksudnya, apa lagi?? nak makan la... sila suap ke mulut dia ye.
  • Suka memanjat. Setakat naik tangga rumah nenek tu, tak de hal la. Tapi habit anak mama ni, bila dah sampai kat aras tengah, dia akan berhenti dan tengok ke bawah. Kononnya nak tengok betapa tinggi la dia memanjat tuh!
  • Masih minum susu mama tapi dah campur dengan susu formula sejak berpindah tinggal kat rumah nenek di port Klang.


Monday, April 2, 2012

Dah 10 bulan baru nak cukur jambul

Baby biasanya buat majlis cukur jambul masa umur awal2 baby. Tapi Saqlain ni dah 10 bulan baru lah nak ada majlisnye. Dah 3-4 kali kene cukur pun. Ni idea mak Shu la. Shu memang tak de plan nak buat majlis cukur jambul ni. Tak wajib pun kan. Kitaorang cuma bagi sedekah makan selepas cukur rambut saqlain kali pertama tu. Tapi hajat hati si nenek ni, nak sangat tengok cucunya dalam majlis cukur jambul. Kebetulan my 3rd sister, Alang nak buat kenduri kesyukuran. Apa lagi, mak Shu pun ambil kesempatan panggil kumpulan marhabannya dan buatkan upacara cukur jambul untuk cucu keciknya ni.

Tu dia budak yang bakal digonjengkan. Baik dia dok diam-diam dengan neneknya
Boleh pulak tido, mana taknya, lagu marhaban tu lah mak Shu nyanyikan bila nak tidokan cucunya.
Buat pusingan dan menyerah diri untuk rambut digonjengkan
Picture taken by Mr. Baba
Mama dan baba Saqlain pun nak enter frame gak

Friday, March 30, 2012

2nd step done, Eh! 2nd step ke?

Ye kot... 
1 step kene cari rumah, then kalau berkenan, buat booking, then apply loan. Eh! step ke dah berapa tu?
Ape2 je lah.

Alhamdulillah, setelah 2 permohonan loan rumah ditolak, akhirnya untuk bank ke-3 diluluskan.

Tadi sebelum call pegawai bank yang uruskan permohonan pinjaman rumah kami, dup! dap! dup! dap! jantung ni dibuatnye. Mau tak nye, takut kecewa permohonan ditolak lagi. Tak sanggup nak dengar. 

Syukur ke hadrat Illahi, memakbulkan permintaan hambanya.

p/s: Another tension released. Hati berbunga2 riang.

Thursday, March 29, 2012

Those born on 70's & 80's

Yes!!!! I am 80's baby....


Betulkan korang???? betapa bertuahnya kita.

Tuesday, March 27, 2012

Undilah!!!! negara kita tanggungjawab kita

Tengah2 blogwalking, terjumpa plak video klip Namawee ft. Afdlin. Erkkkk.... Namawee???? abaikan mamat ni. Juast enjoy the video.
Sangat2 menarik. Dan sangat2 suka dengan kata2 Ku Li. Ada message disitu. Mari kita fikir2kan dan buatlah pilihan yang terbaik.
Credit to youtube


Ha? korang dah register ke belum? Shu sudah.

Anyway, this round PRU going to be my first time to vote. I don't have idea which party should i vote for. Lately menyampah tengok buletin utama TV3. Asyiklahhhh cari kesalahan pembangkang. Tapi berita daripada pembangkang tak de pulak di siarkan. Itukah yang dinamakan Demokrasi? Demokrasikah kita????

Ingatlah..walau apa pun terjadi
Malaysia ini negara anda
Ia negara kita
Mari kita mengundi