Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Sunday, December 26, 2010

3rd Check Up: Meal Glucose Tolerance Test (MGTT)

14.12.2010

Last week, minggu ke-20 pregnancy buat check up kat KKIB Sentul. Check up kali ni kene buat MGT a.k.a minum air gula. Cik Shu kene buat test ni sebab keturunan memang ada diabetis. Sebelum ni, macam2 Cik Shu dengar pasal minum air gula, sampai cik shu pun scary nak minum air gula tu. Bila diri sendiri kene hadapi, telankan aje la. So masa nak minum tu fikiran cik shu tak fokus akan kemanisan air gula tu (
yang hakikatnya memang manis), tapi fokus nak habiskan segelas air gula tu. Lagi pun cik shu antara terawal, so air gula tu masih suam2 lagi. Jadi rasanya macam minum air suam yang likat. Alhamdulillah, cik shu tak dipengaruhi oleh ibu mengandung sebelum giliran cik shu. Ibu mengandung sebelum cik shu amik masa lama gak nak habiskan air gula tu, sampai keluar air mata. kesian tengok dia. Done 1st part, kene tunggu 2 jam sebelum darah diambil. Sementara tu, pergi ambil lain2 bacaan seperti check up yang lalu.

Tekanan Darah --> OK
Berat --> Naik 2.5 kg (kira ok kot, sebab bulan sebelumnya berat tak naik pun)
HB --> turun lagi, 9.6

Disebabkan HB turun, nurse amik darah lebih sikit untuk diuji selain untuk uji kencing manis. Harap2 takde ape2 la.

Check-up kali ni gak cik shu dapat dengar degupan jantung baby. Masyaallah, terasa kebesaran Allah s.w.t. bahawa ada nyawa dalam perut aku. Alhamdulillah, keadaan baby adalah normal.

Lagi satu yang cik shu risau, perut ni kecik je, tak nampak macam ngandung pun, padahal dah 5 bulan pun. Ramai yang tegur tak nampak perut. Tapi, nurse cakap tak payah risau pasal perut ni. Nanti2 besar la. Pastu, pandai pulak perut ni main nyorok2, bila kat rumah, nampak gak perut ni, tapi bila kat office, tak nampak perut pun. Masa kat KK, excited tengok perut ibu2 mengandung membulat ;).
Tak sabar2 nak tunggu perut besar. Hehehe...

Cik Shu pun dah bagi tau dengan manager akan keadaan diri ini yang sedang mengandung. Rasa lega bila dah bagi tau. Ye lah, cik shu keje based on project, memang patut pun bagi tau supaya senang manager nak plan resources. Ni pun atas nasihat Kak Zura, kalau tak... sampai sekarang la cik shu rahsiakan.

4 comments:

  1. owh owh... sume dah buat MGTT ke... yanie pun sudah.. i doc tak buat pungggg.... huhu... i dah 27 wks! jgn panic.. jgn panic.. maybe next one doc buat.. isk isk...

    ReplyDelete
  2. Leonora, cuba la tanya doc perlu buat ke tidak, yang penting skrg jaga pemakanan. Mcm kawan shu dia tak buat mgtt, tp bila dah 8 bulan kandungan dia besar dr yg sepatutnya, then baru buat mgtt and find out dia ada diabetis.

    ReplyDelete
  3. Shu tak yah risau pasal perut tak besar lagi. Biasanya lepas 6 bulan perut dah blh nmpk sbb time tu baby membesar ngan jayanya ;) Lagipun org yg 1st time peknen cam kita ni perut still tegang. Nanti kalo dh 2nd time peknen awal2 dh nmpk besa sbb dah loose sana sini...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Ramai yang cakap macam tu. Maklumlah, ini ibu mengandung yang excited nak tgk perut membesar... hahaha

    ReplyDelete