Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, April 25, 2011

Antenatal Check up: KKIA vs. PPUM

Memandangkan Shu pernah buat check up di 2 tempat iaitu di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Sentul dan PPUM. So, shu nak share experience Antenatal check up di dua2 tempat ni.


1. Rekod Kedatangan
KKIA: Buku Pink. Bukan sekadar merekodkan kedatangan, tapi semua maklumat pemeriksaan semasa ibu juga terkandung di dalamnya.
PPUM: Kad kedatangan Biru yang mengandungi hanya tarikh temujanji.
Kad Kedatangan PPUM
2. Angka Giliran Menunggu
KKIA: Ambil nombor sekali sahaja. Datang awal, dapatla no awal, dipanggil cepat dan selesai cepat. Biasanya Shu akan datang seawal sebelum pintu klinik dibuka dan akan habis sebelum pukul 9.
PPUM: Ada 2 angka giliran. 1st bila sampai, ambil angka giliran untuk buat bayaran. 2nd, masa buat pembayaran, akan dapat nombor giliran yang baru, dan angka yang diberikan berdasarkan waktu temujanji yang ditetapkan dalam kad biru.

3. Waktu temujanji
KKIA: Boleh request dengan nurse. Biasanya shu akan mintak waktu appointment awal pagi bila nak buat next appointment sebab shu kan bekerja, tak nak la masuk office lewat2 sgt. Biasanya dapat aje kalau ada kekosongan.
PPUM: Tak boleh request. Waktu check up berdasarkan minggu yang telah ditetapkan doc. Lagi rapat minggu yang perlu kita datang, lagi awal masa yang akan diberikan. Bila doktor dah tetapkan berapa minggu lagi yang perlu kita datang untuk next appointment, then kene pergi kat kaunter untuk dapatkan tarikh dan waktu temujanji.
Contohnya, next appointment yang doc letak lagi 3 minggu, maka waktu temujanji adalah pukul 9.30. Kalau temujanji 1 minggu lahi, maka waktunya pukul 8.30.

4. Rekod Terkini
KKIA: Di catatkan dalam buku pink dan buku pink tu kita yang simpan. Jadi kita tau maklumat2 terkini hasil daripada check up yng dilakukan. Kat buku pink tu jugak kita catatkan pergerakan bayi dalam kandungan.
PPUM: Di catatkan dalam fail dan fail itu adalah simpanan PPUM. Sejak check up kat PPUM, shu tak tau secara detail hasil check up yang dilakukan.

5. Consultation
KKIA: Dalam tempoh 5 kali check-up, baru sekali jumpa doc.
PPUM: Setiap kali temujanji memang akan jumpa dengan doc.Jadi, kalau ada sebarang masalah yang shu alami atau ingin tau apa2 pasal pregnancy, terus bertanya dengan doktor. puas hati

6. Rutin check-up
KKIA: Urine test, timbang berat terkini, ambil bacaan blood pressure, amik bacaan HB. Ambil darah jika perlu.
PPUM: Sama seperti di atas kecuali tak amik bacaan HB. Dulu, shu selalu risau dengan bacaan HB, sebab HB shu low. Tapi sejak check up kat PPUM, shu buat tak kisah je, sebab nurse tak amik bacaan hb.

7. Yuran Perubatan
KKIA: Free of charge
PPUM: Kene bayar untuk setiap perkhidmatan yang digunakan.
Consultation - RM6, Ubat2an -  RM5, Scan - RM20, Lab test - ikut jenis ujian.

8. Persekitaran
KKIA: Disebabkan KKIA Sentul terletak di bangunan yang baru, jadi persekitaran lebih bersih, teratur dan tak terlalu sesak. Especially, sangat selesai dengan toilet kat KKIA. 
PPUM: Sesak. Shu tak selesa dengan toilet kat PPUM.

Ada pros and cons untuk ke dua2 tempat ni. Tapi Shu prefer check up kat KKIA sebab tak banyak makan masa. dekat pun dekat gak ngan rumah.

5 comments:

  1. kita memang tak pernah buat kat tempat lain selain PPUM. kita guna GL mrABi, jadi free je tak perlu bayar apa-apa, hihiii. So far, kita okla dgn PPUM.

    ReplyDelete
  2. hik hik.. tu r kan, mcm2 pengalaman dapat kutip pjg pregnant nih... mudah2an menjadi guidance utk anak ke2, 3, 4 dan seterusnya nanti... :)

    ReplyDelete
  3. hai mommy 2 be.salam kenal.jum xchange

    ReplyDelete
  4. ch@: senang hati bila cha cakap PPUM ok. Maklumla, x de experience.

    Rosie: memang banyak pengalaman yg perlu di kutip. Next2 nanti, kita perbaiki.

    mommie yuyu: thanks for dropped by. Jom exchange. Added you in my bloglist.

    ReplyDelete
  5. shu bersalin kat PPUM ye, sangat ok. cumanya suami tak boleh masuk dewan bersalin. latest, kita diberitahu ada satu bangunan baru tengah dibina utk pindahkan wad bersalin, masa tu suami dah boleh masuk.

    sebab yang sekarang ni, satu bilik bersalin, ada dua katil.

    ReplyDelete