Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, August 16, 2011

Sunat @ Berkhatan sudey =)

06.08.2011

Hari ini dalam sejarah.... sebabnya hari ini anak mama, Saqlain sudah jadi lelaki. Hoyeahhhh!!!!
Memang la Saqlain ni lelaki kan tapi sebelum ni dia budak lelaki, sekarang lelaki. boleh gitu?

Abaikan karutan mama Shu tu ye. Actually pada sabtu pertama bulan Ramadhan, Saqlain telah selamat di sunatkan di Hospital Tawakal. Alhamdulillah...

Saqlain plak macam tau2 je dia nak disunatkan, dari awal pagi tak de mood.
Serius je muka anak mama ni

Sampai je terus jumpa Dr. Al-Amin dan doc beri sedikit penerangan bagaimana circumcision akan dilakukan. Bagi baby macam Saqlain, gegelung kecil seperti cincin akan disarungkan pada alat sulit mengikut ukuran takat mana perlu dipotong. Alat sulit akan dibius terlebih dahulu, 2 kali Saqlain kene cucuk. Gegelung tu memang akan ada pada alat sulit selepas pemotongan dilakukan dan ianya akan jatuh sendiri dalam tempoh 10 hari atau kurang daripada itu.
Gegelung yang disarungkan pada alat sulit Saqlain

Tak lama pun proses berkhatan bagi baby ni, lebih kurang 10 minit aje. Tapi bermula daripada kene bius sehinnga la selesai berkhatan, Saqlain menangis tak henti2. Mr. Hubby tengok la sepanjang proses dilakukan sebab dia dah biasa. Shu pulak tak berani nak tengok masa alat sulit Saqlain tengah dipotong. Seriau rasanya, lebih2 lagi bila dengar dia nangis. Tapi tak leh nak buat apa2. Takkan nak dukung dia kot, nanti ganggu kerja doktor plak kan.So, let the doctor do their job. 

Dah lepas habis proses berkhatan dan Saqlain dipakaikan diaper, terus Shu ambil dan dukung sambil cakap kat dia, "Tak pe nak... 2-3 hari je sakit, lepas ni OK la". Then peluk2 dia, barula dia senyap. Meh tengok pictures budak baru lepas kene sunat.
Inilah gaya untuk dukung budak baru lepas sunat.
Baru lepas kene sunat masih boleh pose depan camera. Cayalah anak mama!!!

Dah mula rasa tak selesa
Dia start merengek dah
Melalak dah anak mama ni.
Alalalala... ciiiiianNN anak mama. Sakit ye sayang
Memang 2-3 hari lepas tu, Saqlain meragam je. Bila dia nak kencing je mesti dia akan nanges sekuat2nya. Sakit kot. Kalau nak dukung pun tak leh mengadap kita, takut akan beri tekanan pada ala sulit dia. But since doc cakap boleh pakai diaper macam biasa, so pakaikan je la diaper pada Saqlain, tapi longgarkan. Pada hari ke-5, gegelung kat alat sulit Saqlain dah tertanggal. Lebuh kurang seminggu, luka operation dah sembuh. tu pun bubuh ubat gamat. Doctor tak bagi ubat untuk sapu2 pun, doc cakap tak perlu.

Mesti ramai yang tertanya2 kenapa awal sangat Saqlain disunatkan. Actually, memang dah ada plan nak sunatkan Saqlain semasa bayi lagi. Mr. Hubby dah plan sebelum kitaorang kahwin lagi. Hahaha.. sebab budaya di Pakistan, bayi disunatkan seawal 7 hari. So, dia nak the same thing apply to his son. 

Selepas Saqlain dilahirkan, asyik tertunda je nak menyunatkan Saqlain ni sampaila dalam pertengahan bulan lepas dia terkena demam on and off. Bila dah beberapa hari dia deman on & off, bawa gi klinik Kishore kat Hospital Tawakal. Doc Kishore sahkan Saqlain ada Infection dalam air kencing. Untuk kes yang macam ni, penyelesaian adalah circumcision. Due to that reason, kitaorang cepatkan2 untuk sunatkan Saqlain. 

Doc jugak advice, kalau ada next baby boy, sunatkan cepat2. Dan from my opinion, elok gak sunat awal2 ni demi kesihatan Saqlain, lebih terjamin. Secondly, bila dah besar Saqlain tak yah nak takut2 bersunat, tak yah pantang2.

3 comments:

  1. *nak nanges lah* huhuhu.... ekekkek...

    ReplyDelete
  2. baby khatan time die bape bulan...bape hage kat tawakal charge?saye pun nk khatan kan baby die nk masuk 5 bulan...ok tak?

    thanks, dd

    ReplyDelete
  3. baby saya berkhatan masa dia nak masuk 3 bulan. Lagi bagus berkhatan awal2, ikut nasihat doktor, lagi bagus seawal yang mungkin.
    Charge kat Tawakal RM350.

    ReplyDelete