Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Saturday, October 22, 2011

Saqlain anak Selangor

Anak anda Warganegara Malaysia?, YA
Anak anda lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008? YA 
Ibu atau Bapa anak anda lahir di negeri Selangor?  YA.

Kalau dah semuanya YA, jom kita daftarkan anak kita TAWAS.

Walaupun lahir kat KL, Saqlain tetap anak Selangor. Sebabnye, mamanya pun anak negeri Selangor. Ketiga2 syarat pertama sudah dipenuhi. Jadi, cuti isnin yang lepas, Shu berkesempatan daftarkan Saqlain dalam program TAWAS. Pendaftaran Shu buat terus di pejabat TAWAS di i-city, Shah alam. Pendaftarannya, sangatlah mudah.
1. Bawa dokumen sokongan yang diperlukan iaitu Surat beranak anak, kad pengenalan ibu dan bapa.

2. Isi borang pendaftaran dan hantar.
Mama tengah isi borang pendaftaran

Mama tengah isi borang, baba pegang dan layan Saqlain ye.
3. Dapat surat dan Kad keahlian. 
Surat status pendaftaran dan kad keahlian
Sudah sah menjadi ahli Tawas. Selain tu, stiker kereta "Baby on Board" juga diberikan.
Pihak Tawas akan membuka akaun ambank untuk setiap ahli Tawas dengan wang deposit sebanyak RM100. Rugi tak daftar wooo. Seratus hengget tuh, sape nak bagi.

Sape2 nak daftar, boleh amik borang kat Shu. Officer tu siap  bagi borang lebih dan suruh promote Tawas ni. Ada 2 borang kat Shu.

*PERHATIAN : Tarikh Tutup Pendaftaran Adalah Pada Hari Ulang Tahun Pertama Pemohon*


Pendaftaran juga boleh dibuat secara online di website Tawas, tapi shu malas nak pos dokumen sokongan. Lagipun shah Alam dengan KL taklah jauh mana pun. Nak tau maklumat lanjut, sila lawati website Tawas.


Lepas daftar, kitaorang gi isi perut kat KFC. Kalau nak cari bangunan Tawas kat i-City tu, jari je KFC. betul2 atas KFC.
Ha... pandai pun anak mama gelak depan kamera ye.

No comments:

Post a Comment