Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, June 3, 2013

Saqlain's 2nd Birthday Party

18 May 2013

Alhamdulillah, Birthday party Saqlain sudah dilaksanakan dengan jayanya. Tak buat besar-besaran pun sebab mamanye pun bajet gak. Jadilah.... dulu masa 1st year tak sambut. So niat nak sambut birthday untuk 2 tahun kene teruskan. Masa majlis berjalan, Shu memang bz layan tetamu, jadi memang tak pegang kamera pun. Ni pun nasib baik kakak ipar banyak amik gambar, amik dari tab dia je ni. Padahal dalam otak memang dah plan nak amik gambar ape2 yg patut untuk dimuat naik kat blog ni. Tapi bila tiba masanya, jadi blur plak. Hmmmm my bad.

Majlis Sambutan Hari Jadi Saqlain ni berlangsung di rumah mak Shu di Port Klang. Senang adik beradik lain berkumpul kat rumah mak. Kerje masak memasak pun jadi lebih senang sebab kakak2 ada yang tinggal berdekatan. Nak buat kat rumah sendiri, tak cukup peralatan memasak.
Simple Stage background
Untuk majlis ni Shu tak la bertema sangat. But since Saqlain suka sangat dengan Upin Ipin, ada gak elemen upin Ipin yang Shu masukkan serta dipadankan dengan warna Biru dan Kuning. Shu rasa warna biru dan kuning ni ideal untuk Upin dan Ipin.

Entrance deco - Pintu gerbang loaded with balloons

Sebelum Majlis sambutan Birthday Saqlain, Majlis doa tahlil untuk arwah atuk & nenek telah berlangsung, dan tengah2 berwirid, boleh plak birthday Boy tido.... Plan asal lepas habis bacaan doa, nak potong kek, then makan2. Makanya, sesi potong kek terpaksa ditunda buat sementara waktu.
Birthday Boy Tido
Menu of the day... Nasi minyak, Rendang Ayam, Kuah Dalca, Jelatah Nenas, Papedom, Pulut Kuning, Kari Telur, Karipap, Nuggets Ayam, Cheesy Wedges, Agar2 Santan, Buah Tembikai, Air buah & Air Kopi.
Terima kasih sangat2 kat Abang Ipar yang sudi masakkan Nasi minyak dan my sisters yang banyak menolong kerja2 dapur bagi menyiapkan menu yang telah dirancang.
The foodies

Birthday cake Saqlain adalah Carrot Walnut Cake, order daripada Lynda, jiran sebelah rumah.  Citer pasal cake ni, Shu cuma sempat tgk rupa cake ni masa sessi tiup lilin. Lepas sesi tiup lilin, potong sikit bagi kat kawan yang datang, selang beberapa minit, kakak ipar bg tau kek dah habissss... Me like what????. Tak sempat nak rasa lagi okay. Laku macam goreng pisang panas. Then cuit sikit dari mangkuk my niece, Hmmmm... this cake memang yummylicious. My sisters pun puji kek ni sangat sedap, siap mintak tolong orderkan kalau ada apa2 family event.
Saqlain's Birthday Cake

Aksi2 Birthday baru bangun tidur

Aksi-aksi Birthday Boy potong cake

Tetamu
Ishhhh.... rasa rugi plak tak snap picture dengan kawan2 yang datang. Memang blur la time tu.

Baba, Birthday Boy & Mama
Macam-macam Aksi

Thank you very much to everyone yang bagi hadiah kat Saqlain. He was very happy seeing those presents especially the cars, bus & truck.
The presents

Note: Entry dibuat ketika sedang menunggu built to Production ready. Jenuh menunggu... baik update blog to kill the time. hihihihihihi

Friday, May 17, 2013

Birthday Party in the making

Birthday sape lagi???? Birthday budak bertual sorang ni la yg terpaksa di postponed berminggu2 lamanya.

Untuk ke-2 tahun
Masa Saqlain 1year, memang tak plan nak sambut pun dan berparty2. Kitaorang just spend time pergi bercuti. Buat party untuk dia pun, bukannye dia boleh enjoy, bukannye dia paham. Sekarang dah kenal kek, dah kenal ballon, dah suka nak berkawan, boleh la buat majlis untuk dia. 

Yang lebih2 sebanarnye, mamanye. macam2 dalam otak ni nak buat. Buat list macam list nak kahwin (tipu je... list nak kahwin lagi berjela2 panjangnye).

Decoration items for party.
Shu buat majlis ni kat rumah mak kat Port Klang, dah la jarang balik, ape yang shu boleh buat dan beli awal2 semua dah settle. 2-3 hari ni sibuk sikit nak settlekan ape2 yg patut untuk majlis tu, macam letak lebel kat gift, ape2 barang nak dibawa ke rumah mak, semua letak dalam kotak. 

Since rumah mak dah 2 kali kene pecah masuk, memang tak berani nak simpan ape2 barang kat rumah mak. Buatnye kene pecah masuk sebelum majlis, habis rosak plan. Tu yang jadi 2 kotak medium size nak diangkut ke rumah mak. Esok maraton lagi, pergi beli pasar beli barang2 untuk foodies, nak pergi kedai borong makanan ringan, nak pergi Giant, nak pergi plaza GM utk tambah gift lagi, takut tak cukup. Bertabahla mak buyong ni untuk hari esok. No worry, family tersayang sentiasa disisi dan baik hati menghulurkan bantuan.

Ok, layankan gambar latest Saqlain bercelak. dah lama tak tengok dia bercelak, tapi semalam babanye tekad letak celak kat matanya. Tak senang OK...

Celak
Later on Shu akan share dgn korang pasal majlis birthday Saqlain ni ye.

Friday, December 14, 2012

Turned to 29, My Birthday Cake

Sebelum cerita lebih2... hari ni bukan birthday Shu. Birthday Shu Jumaat lepas k. Kalau nak wish... include "Belated" please. Tapi ok je tanpa "Belated". Hari2 pun birthday shu jugak. Setiap hari usia bertambah 1 hari kan. So, today Shu 29 tahun 8 hari.

Alhamdulillah... 7 december 2012, hari Jumaat lepas, genaplah umur Shu 29 tahun. Maknanya, kalau dipanjangkan hayat Shu ini (dengan izinNya), Shu kene say bye2 to 2 series and welcome to 3 series. 

Shu bukan jenis yang kisah sangat pasal sambutan hari jadi ni. Kalau ada, memang sangat Shu hargai, tapi kalau tak de tak pe la. Pada hari tu, mak la yang sibuk tanya apa yang Shu nak. Hmmm ... maksud mak tu, apa Shu nak makan hari tu.. Memang tak de apa2 dalam fikiran ni. Lagi pun on that day mak nak balik port klang. Tak nak lah susahkan mak. nanti mak sibuk nak kemas barang2 mak. Kalau mak masak sedap2 pun, makanan yang sedap pun jadi tak sedap bila mak tak de kat rumah. So, no special request.

Sabtu dan Ahad, mak kat Port Klang. Sempat plak dia mak order kek daripada kawan dia. Isnin petang baru Mr. Hubby ambil mak dari port Klang, then terus amik Shu dari office. Masuk je kete, nampak kotak kat sebelah mak. Wahhh... mak nak buat surprise untuk anakmak ni. Sangat2 appreciate it. Here we go with my birthday cake and cake cutting.


My Birthday cake
Salah ejaan nama Shu tu. Sepatutnya, Noor Shuhada.

Tak sangka dah tua2 ni pun dapat Birthday cake sebijik

Thanks mak for the Birthday cake. Mak, you are the Best in my world.

VVIPs in my life.
Ada lagi sorang VVIP, definitely my lovely son, Saqlain. Tapi dia tengah tido masa ni.

Cutting the cake

A slice of cake. Yummy!!!

Great moments of the day

Chocolate + Strawberry sponge cake

Mak belikan kek 1 kg, kat rumah ni kitaorang berempat je. Nak elakkan pembaziran... agih-agihkan kat jiran sebelah dan depan rumah ;)



Wednesday, December 7, 2011

I'm turning to 28


Alhamdulillah, hari ini genaplah usia Shu 28 tahun.
Allah masih memberi ruang untuk Shu menumpang dibumi ciptaanNya.
Dan masih memberi peluang untuk memperbaiki diri yang selalu lupa akan kewajipan sebagai hamba Allah didunia ini.


"Ya Allah, peliharalah hambaMu ini.
Dekatkanlah aku padaMu.
Jadikanlah aku seorang hambamu yang bertaqwa,
Jadikanlah aku seorang Isteri yang Solehah,
Jadikanlah aku seorang Ibu yang Mithali,
Berikanlah takdir yang baik buatku. 
Ameen."