Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, May 16, 2014

DIY: Jom sembunyikan extension wire yang menyemakkan

Initially, refer kat gambar bawah ni, macam tu la pandangan dan susun atur atas tv kabinet rumah Shu. Orang yang jenis macam Shu ni, memang sakit je mata tengok benda-benda berselerak ni. Tapi Shu pun bukan jenis yang suka mengemas sangat pun. Tapi kalau tiba mood mengemas tu, tak tau nak berhenti la plak.
Sebelum

Sebelum Shu DIY kotak wayar ni, shu ada pernah beli kotak wayar kat MR. DIY, tapi saiz yang shu beli tu kecik sikit, tak muat masuk kepala extention yang besar2 saiznye. Bila google blog2 susun atur rumah, jumpa plak DIY extension. Ape lagi, berDIY la Shu. 

Taraaaa.... tengok gambar kat bawah ni, baru rasa sedap mata memandang. Sebelum ni, remote-remote TV dan telefon tu... asyikla bersepah, asyikla nak kene susun. Sekarang elok je dok setempat, no more semak2. Lapang je atas kabinet TV tu.
Selepas: Susun Atur atas kabinet TV.
Wayar extension dalam kotak, telefon & kotak remote kat atas kotak.

Tak susuh pun nak DIY kotak wayar extention ni... semudah 1,2,3 je
Barang2 yang diperlukan: kotak kasut, kertas pembalut, seletape, gunting.
Cara2 membuatnye:
1) Tebuk atau potong sebahagian sisi kotak untuk laluan wayar. Sample potongan sisi seperti gambar dibawah.
2) Balut kotak kasut kemas2.
3) Masukkan suis extention dan susun elok2 wayar2 yg terlibat.

Settle. 

Sisi kotak yang telah ditebuk

Uols pun boleh cuba jugak!


2 comments: