Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

1 Syawal 1434H

Syawal hampir melabuhkan tirai, baru lah Shu nak masukkan gambar raya kan. Gambar Raye wajib dimasukkan dalam blog. 

Pagi Syawal sebelum Solat sunat Aidilfitri
Tahun ni, Saqlain ikut babanya sembahyang raya. Memang sukala dia dapat pergi Masjid. Mamanya lagi senang hati sebab senang nak buat keje2 dapur. 

Selepas Solat Sunat Aidilfitri

Tahun ni tema kitaorang "Cream" color. Tema ni dapat time shopping baju raya father & Son. Biasanya baju lelaki yang susah nak cari matching, tu yg shopping baju diaorang dulu. Dua2 dah jumpa yang matching then cari baju mamanya. Target nak cari dress cream color princess cut. Bajet macam senang nak dapat la, habis bertawaf kat AEON Big wangsa maju, kat booth terakhir, baru jumpa 1. Cantik memang2 la cantik, tapi bukan lycra material. Of course prefer lycra type sebab slebih selesa digayakan dalam keadaan berbadan 2 ni. Tapi nak buat macam mana, tak jumpa satu pun. Chiffon pun chiffon la, rembat aje, dah itu je pilihan yang ada.

Sebuah family kecil
Father & Son
Merpati 2 sejoli ;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Uollls!!!!

Thursday, August 23, 2012

1 Syawal 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

I guess it is not too late to greet to all of you. Dah raya ke-5 baru nak greet kan? Anyway I already back to office yesterday (raya day 4). Tak amik cuti extra pun sebab cuti Shu sikit je, baru join company baru kekdahnye. Lagi pun hujung tahun ni for X'mas celebration kene force leave, sia2 je tolak annual leave sendiri, kalau 1 hari je tak pe gakla ni 5 hari koooo.. banyak tuh!!!!!

By the way, this year raya celebration tak raya jauh mana pun. Raya pertama kat teratak bonda di Port Klang (The place where i stay right now). Kat teratak ni la semua adik beradik berkumpul dan meneruskan tradisi bermaaf-maafan.

Tahun ni, tahun ke-3 berturut2 dari sejak berkahwin Shu tak dapat menunaikan Solat Raya. Tahun pertama, Mr. hubby bersiap lambat sangat sampai termissed solat, bila sampai masjid je, orang dah selesai solat raya. Tahun ke-2 pulak, I have baby to be taken care and the same reason as well for this time Raya. However, Mr. Hubby went for solat raya with My Mak. I know, Solat Raya itu cuma sunat, but for me, Raya is incomplete without performing Solat Raya. 

For this year raya outfit, again we were in blue. Mr. hubby pakai baju yang ada je. While mine wore a dark blue embroidered salwar suits (hadiah daripada my sis in laws from pakistan). Untuk saqlain pulak, tahun pertama berbaju melayu. 2 hari sebelum raya baru gi keluar cari kat Klang. Susah betul nak cari baju melayu untuk si kecik ni, coz i opted for cotton plus nak cari cari warna yang sama dengan babanya. Kalau kain cotton terletak lama la sikit kat badannya sebab kain cotton kan sifatnye sejuk. At the end, rembat je ape yang ada. Mr Hubby dah rasa tak seronok sebab kaler baju tak sama dengan anaknye. Pagi raya tu pakaikan saqlain, nampak macam sama pulak. Excited giler Mr. Hubby. Biar tak sama dengan isteri, tapi dengan anak lelakinya seboleh2nye nak sama. Ape2 je lah kan.

Saqlain is looking so adorable in this pic.
Masa ni di pagi raya, mood Saqlain sangat baik and he's being camera friendly baby.
A small family of mine
Picture was taken in a lovely whether outside of the house.
But saqlain was not in a good mood this time. Drowsiness perhaps 
My sweethearts


Friday, August 10, 2012

Iklan Raya yang best

Hai peeps, Dah lama kan Shu tak bersiaran. Recently, mood blogging dah ke laut, blogwalking je yang mampu. Ni dah nak raya kene la bersihkan sawang2 dan habuk2 yang mula melekat kat blog ni. Hihihihihi 

Eh! korang dah tengok ke iklan Raya tahun ni. Nak dekat2 raya ni ni, selain excited nak dengar lagu raya, Shu selalu tertunggu2 iklan raya yang bakal dimainkan di TV. Kebanyakan iklan2 ni mempunyai mesej yang terkesan dihati. Nak2 pulak kalau iklan hasil buah fikiran Arwah Yasmin Ahmad. Boleh nangis dibuatnye.  Biasanya iklan2 Yasmin Ahmad ni, iklan daripada Petronas lah kan. Tapi apakan daya, kita sudah kehilangan seorang pengarah yang sangat kreatif, Al-fatihah buat Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Malam tadi Shu berpeluang tengok iklan raya dari Bernas. Terkesan gak la, tak expect pun endingnye macam tu. Ia mengisahkan cerita 2 orang kanak-kanak istimewa, Fizi dan Ahmad yang ingin pulang berhari raya di Kampung, melalui pelbagai rintangan untuk menuju ke destinasi dituju. Korang tontonlah video kat bawah  ni, selamila perasaan 2 orang kanak-kanak istimewa ini dan lihat la di mana mereka di pengakhiran cerita ini.
Ihsan daripada YouTube

Kesian kat diaorang kan? Untunglah sape yang masih ada ibubapa. Untuk yang masih ada ibubapa, cuba tengok Iklan raya tahun 2006 daripada Petronas, of course ini adalah hasil Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Shu suka sangat sangat sangat... iklan ni (tengok tu berapa banyak SANGAT daaa..... memang suka sangat la kan.). Mula2 tengok, sentap gak la, terkesan sangat di jiwa dan buat Shu ingat, "What you give, You'll get back".

Ihsan daripada YouTube


Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri 2011

Baru nak update pasal raya kan. Rasa macam malas je nak update pasal raya, sebab tak de apa yang menarik sangat tahun ni. Tapi bila tengok banyak blogger update pasal raya, tiba2 rasa gedik nak update, walaupun tak de story, update gambar je pun boleh kan?

Tahun ni, macam tahun lepas, raya kat Port Klang. Tapi tahun lepas berdua, sekarang sudah bertiga. 1st raya buat Saqlain. 
Tema tahun ni warna biru. Actually tak plan pun warna biru ni. Tapi Mr. Hubby ada kurta* warna biru yang belum dipakai.  So Mr. Hubby nak pakai kurta tu untuk sembahyang raya. Shu pulak pakai baju punjabi. Nasib baik ada kain warna biru dalam simpanan, baju ni pun dihantar tempah 3 hari sebelum raya kat kawan Mr. Hubby. Petang sebelum raya dah siap. Maka sedondon la kami berbiru-biruan di pagi raya.

Kami yang serba biru


Mama and Baba love Saqlain


Kitaorang dengan my Mom

Saqlain with Along's family (Nurul + Along + Ajrun)

Baju raya Saqlain di Hari Raya Pertama sponsored by  Mak Long
Raya tahun ni Shu memang decide tak nak buat baju Melayu untuk Saqlain. Rasa macam kecik sangat nak pakai baju Melayu. Daripada pengalaman anak2 buah terdahulu masa diorang kecik2, sekejap je pakai baju melayu tu sebab baby panas dan rimas, pastu pakai pun sekali dua je. Insyaallah, next year ada la baju Melayu untuk Saqlain.

Rugi pulak tak amik gambar banyak2. Gambar yang ada ni pun amikl sebelum bertolak untuk menziarahi kubur. Semua rumah kakak2 dan abang beraya, tapi lupa nak snap pictas. Kalau tak, mesti meriah blog ni dengan gambar family Shu. Aksi2 drama bermaaf2an di pagi raya pun tak snap gak. Insyaallah, tahun depan nak amik gambar di setiap rumah yang kami beraya. 

* Kurta is a traditional item of clothing worn in Pakistan,AfghanistanTajikistanBangladeshIndiaNepal, and Sri Lanka. It is a loose shirt falling either just above or somewhere below the knees of the wearer, and is worn by both men and women. Continue