Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label Hubby's Story. Show all posts
Showing posts with label Hubby's Story. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Kecut perut di buat Mr. Hubby

Hi peeps, lama tak bersiaran, rindu rasanya. Anyway, pencarian rumah masih diteruskan tapi bukan untuk disewa. We have decided to buy our own house. At the moment, we are staying at my mum's house in Port Klang.
Yup, port klang yang hujung dunia tu..... Sangat jauh okay nak gi keje. Keje plak kat Mid Valley. Guna plak federal highway yang jam nye tak payah nak citer la kan. Selalu keluar dari rumah kat Sentul kul 9, 9 suku dah boleh sampai opis. Sekarang ni, kalau keluar rumah kul 9, kul 10 suku baru sampai opis. itu pun dengan teknik pemanduan yang sangat sangat sangat risky by Mr. Hubby. Sekarang ni kalau keluar rumah nak gi kerja, sepanjang perjalanan sebelum masuk federal highway, rasa tak tenteram hati ni, kecut perut buatnya. Jalan yang kita orang guna tu, ada satu lane je, kat situ plak kira jalan kampung tapi banyak traller dan kontena guna jalan tu. Bila lori depan kete kitaorang bergerak macam ulat, haruslah mr. hubby potong. Kalau follow je bontot lori tu sepanjang jalan yang berkilo-kilo meter tu, tak tau plak kul brape baru sampai. Ada yang dekat time lunch baru sampai opis. Yang buat kecut perut ni, bila memotong ada pulak lori traller dari arah bertentangan yang hanya beberapa meter. Mr. Hubby konfiden je memotong. Shu plak dalam kete terjerit-jerit dibuatnya. Serius, sekarang ni keluar je dari rumah nak ke opis, hati ni mesti rasa gundah gulana, mulut terkumat kamit berzikir dan berdoakan agar Allah panjangkan umur kami dan pelihara sepanjang perjalanan pergi dan balik keje.

Saturday, December 24, 2011

Introduce our new family member

Eh! Mr. hubby buat apa tu?

Tak nampak ek? Let's look more closely

Got it? haaa ni la dia. Mr. Hubby is feeding the birdy.

Perkenalkan, our new family member, Angry Pity bird.

Kenapa Shu panggil 'Pity' bird?
Alkisahnya, Mr. Hubby terjumpa anak burung ni terdampar dan sedang menangis kat parking area bangunan kediaman kami. Then, Mr. hubby angkat burung ni dan mendapati anak burung ini cedera dan keadaannya sangat lemah. So, he decided to bring this bird to our home and take care of him. Balik rumah, Mr. Hubby terus bagi makan kat anak burung ni.

p/s: Next entry, story pasal reaksi Saqlain terhadap anak burung ni plak.

Monday, June 27, 2011

Dua2 dah botak

**Backdated Entry**


17.06.2011, Jumaat

Baba Saqlain cuti pada hari ini. Jadi baba Saqlain ambil kesempatan ini untuk mencukur rambut Saqlain. Untuk tak nak bagi Saqlain gerak2kan kepalanya, kene upah dengan susu. Sambil menyusukan saqlain, babanya memulakan sesi pencukuran.


Sebelah kiri kepala dah settle. Anak mama ni minum susu sampai tertidur. Tiarapkan Saqlain atas bantal. Lagi la senang la nak mencukur rambut tu.

Sebelah kanan pulak dicukur. Baik sungguh laku anak mama ni.

Baba mencukur dengan berhati2. Setakat ni tak de luka lagi.

Kasi licin dan kemas2 rambut yang telah dicukur. Dah nak2 selesai, tiba2 saqlain bergerak. Luka la sikit kepala tu. Tak snap plak bahagian kepala yang kene luka tu sebab mamanya ni gelabah tengok luka kat kepala anaknya.

Tadaaaa!!!! inilah hasilnya. My little cutie pie. Licin sudey ;)
Bertambah2 bambam nampaknya pipi tu.

Anyway, bukan Saqlain sorang je dibotakkan hari tu. Babanya pun sama membotakkan diri. Babanya dah niat nak sama2 botak dengan Saqlain. Ni barulah best friend namanya kan ;)
Like father like son
Sekarang dua-dua dah botak. Sayang bangat sama dua2 chenta hati saya. Muah! muah! muah

Monday, March 14, 2011

Ada apa dengan Nama?

Jumaat lepas, masa on the way Mr.Hubby hantar shu ke tempat kerja, dengar la siaran radio IKIM. Ada talk dari seorang ustaz, Shu tak sure topik apa, tapi ustaz itu ade menyebut pasal "nama" dan Mr. hubby setuju dengan kenyataan ustaz tersebut. Kemudian Mr. hubby bersuara dan menyuarakan isi pandangannya.

Mr. Hubby hairan kenapa orang Melayu suka pendekkan nama sehingga ada yang nama dipendekkan itu membawa makna yang kelakar atau tidak baik.

Cerita Mr. Hubby lagi, satu masa dulu Mr. Hubby pernah berkenalan dengan seseorang;
Orang itu memperkenal diri, "Nama aku Muzammil, tapi ko boleh panggil aku 'Mil', ape nama ko?".
Mr. Hubby jawab, "Nama saya Hamid".
Orang tu, "Ok, aku panggil ko Mid ye".
Mr. Hubby membantah, "No no no, Call me Hamid, no Mid or whatsoever".

Mr. Hubby cakap, Muzammil tu adalah antara nama-nama Mulia Nabi Muhammad s.a.w, kenapa perlu pendekkan jadi 'Mil', apa maksud 'Mil' tu?

Shu pun kene tegur gak, sebab memanggil nama anak sedara Shu sebagai 'UL' yang disingkatkan daripada 'Nurul'. 'UL' tu ada makna ke?. 'Nurul' tu kan maknanya "Cahaya", cantikkan maknanya...

Kalau nama yang dipendekkan itu masih membawa makna yang baik, ianya tidak menjadi masalah. Tapi macam mana pula kalau membawa makna yang tidak baik atau hina?. Kalau nak bagi contoh nama2 yang dipendekkan dan tidak membawa makna apa2 terlalu banyak rasanya seperti Lan (Azlan), Mail (Ismail-Nama Nabi) etc.

Ada jugak Shu argue dengan Mr. Hubby, nama pendek tu senang nak panggil dan diingati atau lebih mesra. Tapi, bila fikir2 balik betul jugak. Susah2 ibubapa kita fikir nama kita sebelum lahir, bagi nama cantik2 serta indah maknanya. Tapi bila keluar kat dunia ni, orang panggil dengan panggilan yang tak bermakna. Shu pernah dengar, orang cakap nama tu umpama doa, sebab itu ibubapa perlu menamakan anak dengan yang membawa makna yang baik. Lagipun, nama yang diberikan oleh ibubapa kita yang akan dipanggil di padang Mashyar nanti.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”

Jadinya, Shu bersetuju dengan pendapat Mr. Hubby. Sebagai permulaan, kene betulkan diri sendiri dahulu. Lepas ni, kalau kenalkan diri dengan orang, kene la kenalkan diri sebagai "Shuhada" dan bukannya "Shu". Tapi "Shu" masih boleh digunakan sebagai nama pena dalam blog kan?.

Then, ini juga boleh dijadikan panduan untuk meletakkan nama anak Shu nanti. Biasanya nama yang mempunyai 2 suku kata lebih senang diingati dan disebut berbanding 3 suku kata.

Lagi satu info, not sure sama ada kita aware atau tidak mengenai isu ini. Sekarang dah tak dibenarkan untuk memendekkan ejaan "Muhammad" kepada 'Muhd' atau'Mohd'. Shu pun tak pasti bila arahan ini dikeluarkan.

Shu ada terjumpa artikle ni masa surf pasal nama. Insyaallah, ianya boleh dijadikan panduan untuk kita memilih nama2 anak2 kita kelak. (klik sini)

p.s: Jadinya, shu dengar talk dari Mr. Hubby sepanjang perjalanan ke tempat kerja jumaat minggu lepas.

Friday, November 26, 2010

Kasih seorang bakal ayah


Alhamdulillah, I'm getting more comfortable with my new life, happy and happier. Keadaan sekarang ini sangat membahagiakan. Kurang stress berbanding waktu sebelum kahwin. Bersyukur sangat2 dengan anugerah ini dan akan cik shu hargainya.

Mr. Hubby semakin concern dengan bayi dalam kandungan ini. Last week dia ada tanya, "How to make baby to be genius?".

Balas Cik Shu, "I had read about Jewish formula where once a lady get to know that she is pregnant, they will start practice few routine such as singing, playing piano, solve the mathematical problems in order to develop the baby's brain to be genius".
Cik Shu tambah lagi, "But we're as muslim, on top of that we are advised to always read the Quran in this period".

Sudah menjadi rutin harian, lepas solat subuh, hubby mengaji Quran. Cik Shu sambung tido lepas solat Subuh. Eeeee, buruknye perangai. Hari biasa tak mampu la nak ngaji lepas Subuh, ngantuk sangat tapi Cik Shu akan pastikan untuk ngaji lepas solat Maghrib. Sabtu Ahad baru join Mr. Hubby ngaji sama2.

So, dalam minggu ni, Cik Shu hairan sebab, lepas solat subuh Mr. hubby masuk bilik bawak Quran (biasanya mengaji kat ruang solat berjemaah @ kat luar). Pastu pandang Cik Shu yang nak sambung tidur, then keluar dari bilik.

Semalam, hubby bersuara, "Ve, after this, after Subuh prayer, you don't switch off the light because I want to read the Quran for baby. I want to touch your stomach while reading the Quran. But everytime i want to do that, you switch off the light".

Cik Shu: "Oh, really ar?. Ok, tomorrow i won't switch off the light. But... I want to sleep, I still can sleep right?".

Mr. Hubby: "Ok, you just sleep la."

Maka, hari ini Cik Shu tidur selepas Subuh sambil diiringi bacaan Quran daripada Mr. hubby. Inilah kasih sayang seorang bapa sebelum anaknya dilahirkan dimuka bumi ini. Moga2 baby dengar bacaan Quran itu dan melonjak2 keriangan sebab tak sabar2 nak berjumpa dengan mama dan babanye.

"Baby... mama dan baba love baby so much, we will do the best that we can. Jadi anak yang soleh/solehah yer sayang".