Sana sini sibuk dengan apam polka dot, pergi kenduri orang tu ada apam polka dot, pergi kenduri orang ni pun ada apam polka dot.
Last month, Along ada order apam polkadot daripada kawan opis dia, Shu dapat la rasa apam tu. Bila dah masuk mulut, rasanya tu macam pernah rasa. Tiba2 teringat kuih yang mak pernah buat dulu. Tu pun Along yang ingat kan. Ha.... tiba2 rasa nak cuba. Apa lagi, mintak la resipi dari mak. pastu sibuk kitaorang pergi bakery cari barang2 nak cuba buat.
Resultnya macam ni la. Meriah sungguh, warna warni. soooookaaaaaaaaa...
Sila abaikan rupanya yang tak berapa nak mengancam. Saiz pun tak sama, ada tinggi ada rendah. Ini baru percubaan pertama. Tapi memang inilah rasanya sama dengan kawan along tu buat. Next time buat kene kurangkan tepung sikit, bagi lembut dan kene tingkatkan skill buat corak.
Last weekend, Along nak buat lagi apam ni, dan inilah hasilnye:-
Tahap kegebuan dan rupa telah diperbaiki. Kitaorang sangat suka dan excited buat apam ni. Cuma ada 1 benda yang kene improve, filling dalam tu mencair dan membuatkan base apam tu melecir. Macam mana nak buat filling tu boleh ada kat tengah2 ek?
Ha ko... 2 minggu berturut2 buat project apam je, Lepas ni, mak dah ada kuih baru yang boleh bagi kat orang kenduri kendara. Kalau tak... kek coklat je memanjang bagi kat orang.
Shu cuba nak buat lady bird. tapi tak jadi.
Nak kene buat lagi ni untuk practice buat corak lady bird. pastu buat angry bird plak, pastu buat corak strawberry plak. pastu buat ... macam2 la nak buat. Ni lah kekdahnya , orang excited baru belajar buat apam. hihiiihihi...

