Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label Noor Ajwa Shahjan. Show all posts
Showing posts with label Noor Ajwa Shahjan. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

Minor Operation pada Mata Ajwa

14th September 2016, Jumaat

Ajwa dijadualkan untuk menjalani minor operation akibat jangkitan kuman pada mata. Jangkitan ni berupa ketumbit yang berulang-ulang. Asalkan pecah, tak lama lepas tu akan tumbuh balik. Actually ada 2 tempat benjolan pada mata kirinya dan 1 tempat pada mata belah kanan. Exactly kat atas sikit daripada bulu mata kirinya ada satu ketumbit kecil yang sentiasa tumbuh dan pecah. Lagi satu tempat ada benjolan yang semakin lama semakin besar.

Shu dah pernah bawa ke Klinik harian dan Dr. kasi antibiotik, tapi tiada perubahan. Then, Shu cuba bawa ke klinik kerajaan, tapi this time doktor tak kasi apa-apa ubat dan terus kasi surat refer pakar. Tapi... doktor refer kat pakar Hospital Serdang. Aduhai... dah la Mr. Hubby nak balik Pakistan, nak Shu pergi sorang2, dengan si kenit ni, parking payah, menunggu lama. So, Shu hold dulu for sometimes. Tapi benjolan kat mata dia makin lama makin besar dan tak pecah2 amat merisaukan.

Bengkak pada kelopak mata

Finally, Shu decided nak bawa Ajwa ke KPJ Kajang since itu hospital terdekat dan Ajwa ada Insurance coverage. Without appointment,  Shu terus ke bahagian pakar, kat kaunter bagi tau apa masalah, nurse assign kepada Dr. Balbir. Selepas, pemeriksaan and based on history Shu dah pernah bagi antibiotik tapi tidak berkesan, Dr. cadangkan pembedahan untuk buang ketumbit tu. Doktor terangkan benda ni terjadi disebabkan liang pada kelopak mata tersumbat dan tak merbahaya pon. Tapi kalau dibiarkan, mungkin boleh mengganggu keselesaan penglihatan. Masa consultation doktor ada buat test tahap penglihatan Ajwa masa tu, and everything seems good. Tambahan pula, doktor cakap pembedahan akan dilakukkan pada kulit bawah kelopak mata, jadi tidak akan menjejas rupa luaran kelopak mata selepas pembedahan. Shu pon tak nak delay lama2, jadi proceed je dengan pembedahan yang dijadualkan 2 hari selepasnya.

Bermula tengah malam sebelum pembedahan, Ajwa dah mula berpuasa. Bangun pagi, Shu suruh dia minum air sebab last boleh minum air pukul 8 pagi, tu pon hanya air putih sahaja yang dibenarkan. 

Sebelum pembedahan. Focus pada mata Kiri.
Sampai hospital dalam pukul 8 pagi, nasib boleh dapat parking lagi. Terus register dan nurse bawa ke day care ward. Ajwa nampak tenang je sepanjang berada dalam ward, tak buat perangai. Maybe dia kecil lagi, tak paham erti gentar, takut atau seangkatan dengannya. 



Agak lama juga kitaorang lepak dalam ward, jenuh pujuk Ajwa suruh tido, nak elakkan dia dari ingat nak makan. Shu dan mak Shu pon keluar paginya tu dengan perut kosong. Nak makan pon kene sorok2 dari Ajwa. Botol air yang selalu diangkutya kehulu ke hilir pon Shu sorokkkan, jangan nampakkan kat dia. Akhirnya, lebih kurang sejam sebelum operation, tumbang juga.



Lebih kurang pukul 11 pagi, (awal dari masa yang dijadualkan), nurse datang untuk bawa Ajwa ke OT room. Untuk procedure bius Shu dibenarkan masuk. Kene bantu doktor untuk tenangkan Ajwa. Alhamdulillah... Ajwa sangat berkerjasama, tenang-setenangnya. Masa doktor nak lepaskan gas bius, Shu borak2 dengan dia sampai dia tertidur dan lepas tu Shu keluar dari OT room. Tak sempat Shu panas bontot duduk menunggu, nurse keluar, bagi tau operation dah selesai dan Ajwa dah pon terjaga. Nurse suruh masuk segara, sebelum dia nangis.


Shu masuk je, nampak dia kemamaian. Lagi satu yang Mama bangga dengan anak manja Mama ni, dia tak nangis pon masa terjaga daripada pembedahan. Temankan  dia kat dalam bilik OT sebelum di pindahkan ke day care ward. Menurut nurse yang ada semasa operasi pembedahan, banyak cecair kuning (nanah) yang dikeluarkan daripada kelopak matanya.

Lepas masuk day care, nurse sediakan roti, dan air coklat. Tapi Ajwa tak nak jamah pon, dia cuma nak air kosong. Time ni, kene pujuk dia makan pulak, kesian dari malamnya tak makan. Tanya macam2, akhirya dia cakap dia nak cookies. Turun lah Shu beli kat kedai bawah.

Masih boleh tersenyum

Kene stay sampai petang. Dia rehat, Shu pon rehat. Sunyi je day care ward tu walaupon ada beberapa orang lagi dalam tu.


Bila dah letih, Ajwa sambung tido.


Dah lewat petang, Doktor datang  bukakan balutan matanya. Nampak bengkak kesan daripada pembedahan. Doktor cakap amik masa 2-3 hari nak surut dan perlu monitor kalau2 keadaan bertambah teruk.. Doktor highlight ada 2 spot yg  berkemungkinan boleh membesar, 1 kat bawah mata, dan lagi satu mata belah kanan tapi kedua2nya masih kecik. Boleh jadi akan membesar dan boleh jadi mengecut.


As of now, nampak OK je. Mudah2an ia nya tak berulang lagi especially pada tempat yang sama.

Thursday, March 27, 2014

Lil Brother & Lil Sister

Since baby Ajwa dalam kandungan lagi, Shu sudah mula pupuk Saqlain supaya sayangkan his little Sis. Keep telling him that inside Mama's tummy has a baby and the baby is his sister. Also told him that he will always be my baby too. 

Kalau dah ngadap tab, memang tak kisahkan ape pun,
tapi sedar plak bila nak snap pic her sister

Actually ketika mengandung second baby, Shu ada satu perasaan dilemma dan juga ragu-ragu. Macam2 soalan bermain dalam fikiran ni. Bolehkah Shu bagi tumpuan yang sama pada Saqlain? Bolehkah Shu sayang Saqlain macam mana Shu sayang dia tika waktu itu? Sayang yang tiada sempadannya. dan macam2 lagi la. Bukannye unwelcome baby dalam perut tu, cuma risau Saqlain akan rasa tidak disayangi lepas baby dalam perut tu keluar. 

Pantang nampak kita nak snap Ajwa, mesti datang menempel

Sebelum baby Ajwa keluar, Saqlain memang excited tengok baby. Kalau keluar jalan2, terserempak ngan baby mesti Saqlain suka. So, Shu fikir memang takkan ada masalah bila baby Ajwa keluar nanti.

Love to see when they get together

Tapi... bila Baby Ajwa keluar, lain pulak perangainye. Nampak sangat Saqlain cemburu. Instead of cium, Saqlain menggigit. Instead of peluk, Saqlain lay down on the baby. Pukul dan hampir2 nak memijak pun pernah... we realize that, dan memang tak berani nak tinggalkan baby Ajwa alone with him. Bila mood Saqlain nak bermanja-manja dengan kita, sedang kita mendukung baby Ajwa, Saqlain akan arah alihkan baby Ajwa dari pangkuan kita. Adehhh.... serba salah dibuatnya. Nak marahpun tak boleh. It's natural behaviour bila kid sambut ahli keluarga baru. Kene pandai2 pujuk dan sentiasa pujuk sayangkkan adik.

I can say the 1st 3 months was critical for us. Tapi kitaorang dalam rumah ni, tak kira Shu, Mr. Hubby and their grandmother sentiasa cakap we love both of them equally.

Tengok ni.. menempel lagi!!!
Shu nak amik aksi Ajwa tido menonggek

Since baby Ajwa pandai meniarap, Shu observe perangai Saqlain mulai berubah. Menggeram @ pukul / gigit / cubaan memijak tu masih ada. Tapi... bukan disebabkan jealous, tapi tindakan itu lebih kepada geram sebab his sister did not give any response when he tried to play or make fun to her. Bila tak de response, mulalah kene cepuk si cinonet sorang tuh.

As a mother, definitely my attention will goes to my little baby girl, as I need to carry her most of the time breastfeed her. But when she's sleeping, I'll try my best to fulfill my time with my boy, play with him, teach and do revision, kiss and hug him and never stop telling him that he always gonna be my buah hati.

Watching cartoon together

As time goes by, sifat tangan cepat tu sudah makin sangat berkurang apabila Ajwa semakin berkemampuan bergerak sendiri serta memberikan respond to her brother. Now, they spend more time together doing their activities.

As myself, from the start, I'll let them to be together and observe them. Just let Saqlain to do whatever he wants as long as does not harm his lil sister. I don't know what more to describe when seeing them playing together. I feel GREAT & WONDERFUL. Thanks to Allah for giving me this feeling :)


Saqlain suka main sembur2 perut Ajwa. Then Ajwa mesti gelak suker

Tuesday, March 18, 2014

Ajwa 6 months old

Alhamdulillah, my baby girl now has turned to 6 months old. Sangat bersyukur, mama Shu berjaya sempurnakan the 1st term of my breastfeeding journey. This time my bf journey is different than before, different challenge. Moving to 2nd term of bf journey will be more challenging because now i'm in process of relactation. My bad, always skip the pumping job in office.

Ajwa at 6th month,

Dari segi kenaikan berat badan, month to month, tak la sebanyak her brother, Saqlain. Pada umur 6 bulan, berat Ajwa telah meningkat sebanyak 300g, menjadikan berat terkini sebanyak 7.5kg.

Dari segi perkembangan pergerakan, melangkah masuk umur 6 bulan, Ajwa sudah mula belajar merangkak, dan sekarang pada umur 6 bulan 2 minggu, Ajwa sudah mahir merangkak. Lebih cepat berbanding Saqlain.

Dari segi tempo suara, dah pandai melontarkan suara mengikut kehendaknya. Ada intonasi memanggil, gembira, merengek manja dan juga intonasi.... "Mama, sila ambil Ajwa segera!!!!!". Haaaa.... gitew.

Apa yang kita pegang, Ajwa nak pegang sama. Pandai kasi respond dan nak bermain sama dengan her brother.

Sekarang dah mula makan, dengan rutin, pagi with biscuits, lunch / dinner with fruit puree. Tapi nak kasi makan kene la banyak2 bersabar, sebab Ajwa belum nampak lagi sifat pemakan seperti her brother.

Ajwa starts taking solid food


Tuesday, February 25, 2014

ber'Gymboree'

Shu ni memang jarang jalan-jalan kuar rumah. Weekend prefer stay kat rumah je. Lebih2 lagi sekarang ni yang heavy sangat dengan keje. Rasanya cuti hujung minggu tu sangat bermakna, nak rehat puas2. Kalau tak busy pun memang suka stay kat rumah je. Layan movie, cooking, tido... duit pun tak banyak nak keluar.

But then we notice that, It's not good for kids growth. They should have exposure to the world, let them mix around with people. Macam Saqlain, he's actually an active and talkative boy but when he's outside he become to the opposite way. Suddenly he doesn't want to show his ability and skills. We do encourage him to try, but he will refuse it. Owhhh you hurt me boy. So, we plan to always bring him out as frequent as possible. As right now, i might have barrier to go out because of my baby Ajwa, but maybe soon Insyaallah more plan will coming in.

He had so much fun
Last week a bit free, bawak Saqlain ke newly open shopping mall, Cheras Sentral. Ni dekat sangat dengan rumah, tu yang ringan kaki nak pergi. before that check kat Fb Cheras Sentral, I read that Gymboree has opened and the entry fee is free for the whole month of Feb. So, grab it!

Dari luar Gymboree centre tu pun Saqlain dah seronok... bila dah dapat main.. lagi lah seronok. Layan je all the pictures of him.

Tak tau penat
* Lari, Lompat, Panjat *

Saqlain seronok main... sampai ajak balik pun dia tak mau. Kene pujuk baru berhenti main.

Baby Ajwa pun boleh berGymboree

The followers are behind there.
* Fiza, Nurul, Nurul's Mom, My Mom *

Shu ada gak gather information pasal classes offered... Fuhhh...... hmmm... "Kalau aku KAYA.... slumber aku sign up untuk budak berdua ni." Eh... tak yah sign up untuk classes pun boleh bergymboree. Just walk-in, bayar fee entry RM20 je per hour. Tapi tak staff guide la. Parent wajib temankan anak bermain dan parent wajib memakai stokin.
Fees


Thursday, October 10, 2013

Detik Kelahiran Noor Ajwa Shajan

Hari ni baby Ajwa sudah pun berumur 33 hari. Hari ni baru dapat Mama update detik-detik kelahiran puteri Mama ni.

7 September 2013: Daftar masuk Wad
Since doctor dah keluarkan surat untuk admit ke hospital jika sakit bersalin masih belum datang (baca di sini), akhirnya pada 07 September 2013, Sabtu, Mama terpaksa pasrah serah diri di wad O&G HUKM. Bangun awal-awal pagi dengan berat hati, breakfast then berangkat ke hospital.

Lapor diri di wad O&G, buat pembayaran, masuk ke wad dalam keadaan berkerusi roda disorong oleh nurse yang baik hati. Dalam wad nurse ambil bacaan BP dan buat CTG. Doc datang interview to gather necessary information, Tengah hari baru doc datang. Buat VE, bukaan baru 2 cm dan tiada tanda-tanda contraction. Doc beritahu kalau tak de rasa bersalin sehingga pagi esok, then induce procedure akan dijalankan. 

Ada pelbagai pendapat tentang induce ni, ada yang cakap sakit, ada yang cakap tak sakit. Tapi bila doctor beritahu procedure induce ni sikit sebanyak akan beri kesan pada baby. Ya Allah... Mama dah risau, mintak dijauhkan segala kesulitan. Dalam keadaan ini, kita tak boleh duga apa yang akan berlaku, sebab ia bukan kawalan kita.

Sehari suntuk dalam wad belum ada tanda2 bersalin lagi
Sepanjang hari keberadaan di wad, Mama cuma mampu tawakal tawakal dan bertawakal. Berzikir sebanyak yang boleh agar dipermudahkan segalanya, solat wajib juga disertakan dengan solat hajat dan berdoa dengan sepenuh hati. Kemudian sambung dengan bacaan yassin. Hanya ini sahaja usaha2 yang mampu Mama lakukan bagi mengurangkan rasa gementar dalam hati. Apa yang Mama minta, biarlah Mama bersalin sebelum keesokan paginya.

Sakit contraction datang sebelum induce
From time to time ada pegawai perubatan datang tanya sama ada rasa sakit contration. Sehingga tengah malam memang tiada sebarang rasa sakit. Tapi malam tu Mama tak dapat tidur selesa. Bahagian pinggang belakang rasa sakit, tapi sakit2 manja je. Anggaran 3 pagi lebih perut sakit rasa macam nak berak, tapi takut nak gi toilet, jadi tahankan je, baring diam2 atas katil (hihihihi penakut gak Mama ni). Bila pukul 4 pagi baru berani nak gi toilet, tapi tak berak pun, buang air kecil je. 2-3 kali gak ulang alik ke toilet, tapi tak terberak pun. Tak lama lepas tu, masa tengah duduk2 terasa air keluar dari bawah, tapi Mama tak rasa pun yang Mama kencing sebab baru je lepas kencing. Then panggil nurse dan inform pasal air tu. Mama suspect tu air ketuban. Nurse suruh tunggu doctor datang buat round check kul 6 pagi nanti. Mama pun OK kan je la, sebab time tu tak rasa sakit sangat pun. Tak lama lepas tu sakit sudah mari tapi masih cuba bertahan. 

Pukul 4.51 am, Mama whatsap Baba bagi tau dah rasa sakit. 
Pukul 5.06 am, Mama whatsap Baba suruh datang bila baca message tu sebab Mama rasa sakit tu datang makin kerap & mungkin sudah tiba masanya.

Tapi bila fikir2 balik, macam la baba baca message tu, tengah sedap2 tido kot. Then Mama terus call dan inform dia yang Mama dah mula sakit, datang je la. Elok je lepas tu, contraction datang makin sakit, Mama cuba tahan sakit tu. Orang cakap kalau duduk, sakit tak terasa sangat. So, Mama duduk je la menahan kesakitan dan ternyata Mama lebih selesa dalam keadaan duduk. Memang leh tahan sakit tu sampai lah tak tertahan.... 

Lebih kurang 5.15 am Mama panggil nurse. Nurse datang bawak ctg machine. Sebelum tu nurse buat VE, bukan sudah 8 cm. Dengan segera nurse tu panggil nurse2 yang lain untuk tolak katil Mama masuk labor room.

5.26 am, On the way ke labor room, Mama call Baba inform Mama nak masuk labor room.

Dalam Labor Room
Sesampai di labor room, doctor dan nurses bergegas prep untuk bersalin. They did very quickly. Bila semua dah ready, terus doctor bagi arahan untuk push. Mama masa tu like huh??? betul ke kene push ni, kan baru je masuk labor room ni. Tambah pulak keadaan Mama masa tu memang tak tentu arah, sakit sangat sangat. Nurse bagi arahan pun tak dapat nak ikut dengan baik. Mama lebih focus pada kesakitan yang sedang dilalui. Hmmm...my bad. Mama cuba untuk meneran semampu yang boleh tapi kederat tak terdaya. Sukar nak tarik nafas dalam2. Separuh jalan mesti dah lepaskan nafas. Memang kene la dengan nurse2 kat situ kan. Diaorang tak garang pun cuma terasa la ketegasan suara mereka. Sapa lagi yang mampu nak keluarkan baby dalam perut ni kalau bukan Mama sendiri kan? Dalam pada itu sempat gak berfikir, kalau kene operate pun redha je la. Mama betul2 tak larat sampaikan ada masa tu dah tak larat nak mengaduh kesakitan cuma tahankan je dan diam. Doctor tak bagi tahan sakit, sakit itu akan reda bila kita meneran. Nurses kat labor room tu betul2 beri sokongan padu.

Lahirnya Puteri Mama
Percubaan terakhir untuk meneran setelah beberapa kali percubaan yang tak berjaya, Mama tekad amik nafas sedalam dalamnya dan terus teran. Akhirnya pada 5.55 am, keluarlah puteri Mama dengan selamatnya. Sebaik sahaja puteri Mama keluar dan diputuskan tali pusatnya, nurse terus letak puteri Mama atas dada mama. Dalam keadaan yang teramat lemah, Mama biarkan baby tertiarap pada dada Mama. Sejurus itu, terdengan laungan azan subuh. Baba masih belum tiba pada waktu itu. Hajat Mama untuk Baba bersama-sama ketika melahirkan baby tak kesampaian. Alhamdulillah, atas Rahmat dari-Nya.


Tuesday, October 1, 2013

Noor Ajwa Shahjan

Yeahhhh.... akhirnya nama my Little Princess telah didaftarkan. Alkisahnye, Mr. Hubby ingat registration can be made within 1 month from the date of delivery. Since hubby pun tengah busy time tu, dia delaykan urusan pendaftaran kelahiran our lil princess. Last week Apis's family datang visit, tanya nama baby. I just simply answered, haven't register yet. Then... baru lah tau kene register within 14 days after delivery setelah diberitahu oleh Apis. Aiyaaa... dah exceed due date da time tu. Pastu last week Mr. Hubby demam berhari2. So baru semalam sempat register dan kene la denda 5 hengget!!!

Baby Ajwa's Birth Certificate

Lega rasanya... bila dah ada birth certificate ni boleh la claim insurance, update dependent details kat company untuk buat company insurance card. Lepas pantang ni boleh la buka akaun simpanan si kecil ini.


Noor Ajwa Shahjan

"اجوا" - Ajwa