Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label Rumah Kami. Show all posts
Showing posts with label Rumah Kami. Show all posts

Friday, May 16, 2014

DIY: Jom sembunyikan extension wire yang menyemakkan

Initially, refer kat gambar bawah ni, macam tu la pandangan dan susun atur atas tv kabinet rumah Shu. Orang yang jenis macam Shu ni, memang sakit je mata tengok benda-benda berselerak ni. Tapi Shu pun bukan jenis yang suka mengemas sangat pun. Tapi kalau tiba mood mengemas tu, tak tau nak berhenti la plak.
Sebelum

Sebelum Shu DIY kotak wayar ni, shu ada pernah beli kotak wayar kat MR. DIY, tapi saiz yang shu beli tu kecik sikit, tak muat masuk kepala extention yang besar2 saiznye. Bila google blog2 susun atur rumah, jumpa plak DIY extension. Ape lagi, berDIY la Shu. 

Taraaaa.... tengok gambar kat bawah ni, baru rasa sedap mata memandang. Sebelum ni, remote-remote TV dan telefon tu... asyikla bersepah, asyikla nak kene susun. Sekarang elok je dok setempat, no more semak2. Lapang je atas kabinet TV tu.
Selepas: Susun Atur atas kabinet TV.
Wayar extension dalam kotak, telefon & kotak remote kat atas kotak.

Tak susuh pun nak DIY kotak wayar extention ni... semudah 1,2,3 je
Barang2 yang diperlukan: kotak kasut, kertas pembalut, seletape, gunting.
Cara2 membuatnye:
1) Tebuk atau potong sebahagian sisi kotak untuk laluan wayar. Sample potongan sisi seperti gambar dibawah.
2) Balut kotak kasut kemas2.
3) Masukkan suis extention dan susun elok2 wayar2 yg terlibat.

Settle. 

Sisi kotak yang telah ditebuk

Uols pun boleh cuba jugak!


Tuesday, April 1, 2014

Wardrobe from Everskill

Dah setahun 4 bulan Shu menetap dirumah sendiri dan sejak pindah masuk, keadaan rumah itu masih serupa. tiada pertambahan perabot, deco-deco atau apa2 renovation. Masa masuk dulu pun ala kadar. Dulukan mana yang perlu dahulu. 

But this year, we plan to do something with the house. Ini pun, kitaorang dulukan ape yang dahulu. Bajet tak banyak, so buat sikit-sikit. Nak tunggu duit selambak tak tahu bila. Kalau simpan duit tu lama-lama pun takut terguna ke tempat lain. So for a start, finally we had our own wardrobes. Selama ni, pejam mata je sangkut baju-baju kat stand. Mata yang memandang ni rimas sebenarnye. Tapi Shu sabarkan je. 

Buat bajet, kira-kira duit dah cukup terus contact Everskill. Dah lama survey Everskill ni. Dan dah compare dengan 2-3 contractor, Everskill paling murah. Dengan bajet yang ada, Shu buat 2 biji wardrobe bersaiz 5 kaki. Rumah tak de tanah ni, ruang sangat limited. So memang patut buat built in wardrobe, leh wat sampai ceiling height. Ada extra storage kat atasnye.

Wardrobe purple tu kat Master bedroom, satu pintu ada full mirror located kat belakang pintu bilik berhadapan bilik air. Itu lah ruang yang paling sesuai bagi 'maximize'kan penggunaan ruang. Tapi takat 5 kaki je la yang leh buat pun. Yang ni pun 80% dipenuhi barang2 Shu.

Master bedroom

Balance baju2 hubby letak kat 2nd wadrobe kat 2nd room. Tgk kat pic tu, gitulah rupenye 2nd room. Dah serupa stor. Tapi since dah ada wardrobe, Shu keluarkan semua barang2 dalam kotak2 tu, dan susun elok2 dalam wardrobe. dalam wardrobe tu ada banyak partition. 1 side letak baju2 Mr. Hubby and kiddos, another side barang2 dalam kotak tu.

2nd bedroom

Sekarang ni, sedap sikit mata memandang. semua dah simpan dalam almari. Lepas ni mula la episode susun atur rumah, deco-deco, organizing dan seangkatan dengannye.


Monday, November 19, 2012

White TV cabinet High gloss

Masa pindah masuk rumah kami, Shu gunakan rak kecil sedia ada untuk letak TV di ruang tamu. Maklumlah, masa tu bajet tak de....asalkan boleh letak sudeyyyyy.

Temporary TV kabinet
So, the next thing in the list untuk berbelanja kelengkapan rumah adalah TV kabinet. TV punyalah gedabak besar, tapi kabinet untuk letak TV nye....cinonet je. So, Last friday, masa on the way balik dari keje, Mr. hubby berhenti kat kedai perabot yang pernah kami lawat sebelum ini untuk survey TV kabinet. Masa 1st visit memang dah aim TV kabinet tu, ideal dengan ruang tamu kami. Tapi time tu bajet tak de. 

On the 2nd visit, Mr. Hubby nego harga lagi dengan tauke kedai, then close deal.

So now, kabinet TV kami sudah bertukar wajah........ taraaaaaaa

Our newly TV cabinet High gloss White

Tauke offer harga murah.... tu pun Mr. Hubby nego mintak kurang lagi.... dapatlah kurang sikit lagi. Tu memang kebiasaan bagi Mr. Hubby, memang dia pasti akan turn down harga serendah yang boleh. Kalau Shu, memang tak mintak kurang dah... sebab 1st sebut harga dah memang murah. 

The same material and length tapi design lain sikit la, tapi kat Red Apple, harganya dalam RM999 if beli cash. Kalau guna voucher, diaorang akan charge dengan harga RM1700. Tak heran pun... sebab High gloss material memang harga macam tu. Lagi pulak kat kedai perabot ternama.

Kitaorang beli kat kedai perabot biasa je, di tepi jalan pekan batu 9, untuk material yang sama.... cuma RM600. Giler ko tak amik???? 

Sangat suka dan puas hati.... kini ruang tamu rumah kitaorang nampak lebih kemas dan berseri ;)


Monday, November 12, 2012

We have moved to Langat Jaya


Table top dah siap. Sink dan stove dah install.

Dinding dapur yang dipecahkan pun dah dikemaskan

Grill dah install
Dinding yang kotor-kotor sudah siap di cat semula.
Barang-barang yg di redeem dari Red Apple pun dah sampai

Plaster siling pun dah siap. Lampu dan kipas pun dah pasang.

TV LCD 42" yang developer bagi pun dah diambil. And definitely UNIFI is a must....hehehe

Apakah maksud gambar-gambar di atas?

Maksudnya, house is ready to move la......

2 minggu Shu MC lepas operation, jadi komitmen Mr. Hubby untuk hantar Shu pergi dan amik keje direhatkan dalam sepanjang tempoh ini. Compare to Shu, Mr. Hubby yang lagi excited nak pindah cepat-cepat ke Our own little crib. 

Soooo.... Mr. Hubby gunakan kesempatan ini untuk siapkan rumah kitaorang supaya kitaorang boleh pindah cepat-cepat. Dia dah tak larat nak ulang alik KL-Port Klang hari-hari, merempuh highway yang sentiasa jam.

For that, Mr. Hubby always follow up dengan contractor untuk siapkan keje cepat-cepat. Bila contractor dah siapkan keje dan amik barang-barang diaorang... Shu contact Red Apple suruh hantar barang yg kitaorang order dan dan buat appointment dengan TM untuk pasang unifi. Mr. Hubby amik LCD TV  percuma dari kedai. Then Mr. Hubby minta tolong kawan-kawan dia tolong cat rumah, 2 malam berkampung kat sana nak siapkan cat dinding. Semua ini berlaku dalam  minggu yang sama.

All this while bila orang tanya bila nak pindah, Shu cuma jawab, bila rumah dah ready. Jadi memang tak de exact date yang ditetapkan untuk pindah rumah. Mr. Hubby memang orang yang susah nak dijangka. Makanya, bila dah siap cat dan bersihkan rumah, terus cakap nak pindah segera. Nak pindah sebelum Shu habis mc. Nasib baiklah barang-barang sudah dihantar beransur-ansur sejak dapat kunci. Jadi tak banyak la lagi barang nak pack up. Tinggal barang yang besar-besar je. Nasib baik last minute punya plan nak pindah ni leh dapat lori.

So...officially, kitaorang dah pindah masuk ke rumah kitaorang di Kondominium Langat Jaya pada 3 November 2012. Alhamdulillah....

Mode sekarang ni adalah mengemas dan menyusun.

Tuesday, October 30, 2012

Home progess #2: Red Apple Voucher

Hi peeps, Shu dah discharge dari hospital last week a day before Raya Haji. Doctor bagi MC 2 minggu. Next week baru kembali bekerja. Bila dok kat rumah, barulah dapat peluang nak update blog.

Now, nak citer pasal furniture yang kitaorang order dari REd Apple untuk unit kami. Rumah masih belum ready lagi, sikit je lagi. 3 minggu lepas kitaorang pergi Red apple untuk redeem voucher yang developer bagi. 

Ni la voucher yang kitaorang dapat seperti yang dijanjikan oleh developer semasa pembelian rumah. 

5k Red Apple voucher gifted by developer
Nampak je macam banyak je nilainye, tapi  barang yang kitaorang boleh amik tak lah banyak mana. Lagi pulak, diaorang charge item yang kami pilih dengan harga jualan. Walaupun during that period, item yang yang dipilih itu ada diskaun, tapi original selling price yang akan diambil kira. Dah la time kitaorg pergi tu tengah ada sales dan harga after discount was much lower. Those yang pernah survey furniture kat Red Apple ni mesti tau range harga produknye. Katenye rekaan dari Europe..... BUT still made in China anyway. Mahal pada design la.

But, memang not bad la design furniture yang ditawarkan kat Red Apple ni. Those yang sukakan modern and stylist concept may opt for this furniture shop. Lebih-lebih buat kami yang bakal menetap di apartment unit dengan keluasan yang tak berapa mengiznkan, pi mai pi mai tang tu gak kan, better we keep our house simple bagi menyedapkan mata kami yang dok  memandang rumah itu hari-hari nanti.

Display unit in Red Apple outlet which mostly come in white color. Nampak sangatlah bersihnye 

So, what we had choose for our house? Dengan nilai 5k ni, kami hanya dapat pilih 3 items je. Salah satu item yang kami pilih ada dalam gambar bawah ni. Tapi yang pasti BUKAN meja tu la. Meja tu mahal bebenau la untuk kami.

Kitaorang pilih Decorative Glass Rack yang terselit di sebelah devider rack. Tapinye.... macam Dining Table yang menjadi tajuk utama gambar ini. hehehehe...
Cer close up sikit kalau nak tau harga meja ni.

Dining table yang mahal
(
Harga yang dipaparkan pada pink paper adalah harga setelah discount.)
Haaaa kauuuuu.... Meja je lagi 20 hengget 2k. tu meja aje, kerusi plak charge harga lain-lain. satu bijik dah 4 ratus lebih, dah kalau meja tu untuk 6 seater, tak ke dah 2k lebih. 1 set dining table je dah 5k. Kalau redeem guna voucher tu, hmmm semata-mata 1 dining table set je la yg kitaorang boleh pilih. Tak berbaloi buat kami. 

Anyway, awal-awal lagi Shu dah aim set sofa. Nak beli sofa yang berkualiti, memang harganya mahal. Kalau nak keluar duit sendiri, memang fikir 1000 kali la gamaknye. Dah alang- alang dapat voucher, amik je la set sofa.  

Lama gak la, kitaorang nak buat pilihan untuk next item. Kalau fikirkan keperluan, memang kitaorang nak TV kabinet. Tapi round punya round, Shu terpandang dan terpesona dengan decorative glass rack kat satu penjuru kedai tu. Bila tunjuk kat Mr. Hubby, dia pun berkenan gak. fikir punya fikir, sebab kalau keluar duit sendiri, memang tak tau bilenye la ada kan. So, kitaorang pun pilih la Decorative Glass Rack tu. Mr. Hubby cakap, TV kabinet leh dapat kat kedai lain dengan harga yang lagi murah. 

Then, kitaorang ada balance lagi RM400 dan tak banyak pilihan yang kitaorang ade. Kitaorang nak pilih item yang memang ngam-ngam dengan balance value yang ada, tak mo keluar cash. Finally, kitaorang pilih wall kabinet macam kat pic bawah ni. 

Wall cabinet ni boleh suruh diaorang pasangkan nanti


Mission completed, tapi tak complete untuk our living area, kene cari lagi TV kabinet. Dah order barang siap2, bila rumah ready baru bagi instruction untuk delivery. Actually elok gak pilih barang awal-awal sebelum masuk rumah ni. At least kalau barang yang kita nak tu tak de stock, orang kedai boleh tolong orderkan untuk kita. Nak order barang pun amik masa gak. Macam kat Red Apple ni, kalau stock tak de, amik masa sebulan lebih gak untuk order yang dibuat tu siap. Sebab tu la, kaler sofa Shu tak pilih kaler lain, walaupun tak berkenan sangat dengan kaler ready stock. Nak cepat punya pasal, rembat je ape yang ada, tapi tak la buruk sangat kalernye pun.

Settle redeem furniture, singgah sekejap kat unit rumah kitaorang untuk tengok progress rumah.


Table top dah naik tapi tiles belum pasang lagi
Rangka plaster siling dah pasang
Tuan kecik pun nak buat inspection jugak

Ini untuk progress rumah 3 minggu lepas, last week Mr. Hubby received call daripada contractor bagitau rumah dah siap. Tapi that time, Mr. Hubby busy dan tak sempat nak tengok the final outcome. Atas dasar kepercayaan, Mr. Hubby, terus buat remaining payment. Bila dah free, baru Mr. Hubby ada kesempatan tengok rumah dan ada beberapa perkara yang tak puas hati. So sekarang tunggu contractor datang untuk buat adjustment. Planning nak pindah sebelum raya haji pun tak jadi. Kene postpone lagi, hopefully can make it dalam seminggu dua lagi. 

Monday, October 15, 2012

Rumah Kami: Renovation in progress

Dah lama tak de entry pasal rumah, tak de entry sebab memang tak de cerita. Tapi sekarang dah ada cerita boleh la buat entry pasal progress rumah. 

Walaupun Shu dapat kunci rumah bulan 6 yang lalu (klik untuk entry Kunci rumah dan....), kitaorang sampai sekarang masih belum pindah masuk rumah tu. Kalau ikutkan perancangan, sebelum raya Aidilfitri kitaorang nak pindah. Tapi nama pun perancangan. Nak masuk rumah ni, bukannye nak pakai duit sikit2. Lagi pulak kalau rumah tu rumah sendiri, sudah tentu masing2 ada angan2 untuk renovate atau decorate rumah tu mengikut citarasa sendiri. Maka sebab itula kitaorang postpone untuk masuk rumah kitaorg tu.

Masa kitaorang booking rumah ni, selain dapat 10% diskaun which kitaorang tak payah deposit untuk rumah ni dan Agreement fees ditanggung oleh developer, kitaorang dapat hadiah sampingan jugak yang sangat menggembirakan kami.
1. Voucher berupa barangan Perabot Red Apple bernilai RM5000
2. TV LCD Panasonic 42" dan;
3. Maintenance fees for 2 years covered by developer 

But then all those things kitaorang tak dapat lagi masa amik kunci tu disebabkan bank belum release duit lagi. Tapi developer being very nice bagi kunci awal kat kitaorang. Konon2 kitoarang boleh la buat ape2 yg patut kat rumah tu sebelum pindah masuk. Tapi apakan daya halangan bajet menimpa kitaorg untuk move in. After 3 months dapat kunci, baru wakil developer panggil untuk collect cheque duit yang kitaorang bayar untuk booking sebelum proses loan. Yes, for my case, developer returned the booking fees. Ada sesetengah developer akan include duit booking dalam harga rumah.

Lega sikit bila developer nak pulangkan duit booking. Not only that, the developer also gave another cheque  with quite big amount. Maintenance fees yang sepatutnye kitaorang dapat, ditukarkan kepada CASH. Developer sudah bayarkan maintenance fees 6 bulan untuk rumah kami itu dan selebihnya untuk bayaran 18 bulan diberikan kepada Shu. Mr. Hubby pun cakap, baiknye developer ni, kan elok gak kalau voucher RM5k tu boleh ditukarkan kepada cash. hehehehe..... Bagai pucuk dicita ulam mendatang dan bagai Bulan jatuh ke riba la jadinya kitaorang. Dan at the same time hubby pun dah dapat income yang boleh dibuat bajet untuk rumah kami itu. Syukur sangat2.

Dan sekarang.... renovation in progress :)


Tak de la nak renovate besar2an mana pun sebab bajet kitaorang pun sikit je. Things yang kitaorang boleh buat lepas masuk rumah, kitaorang letak tepi dulu. Now, benda2 yang boleh mengecahkan rumah, pecah memecah, bancuh membancuh simen, tu yang kitaorang buat dulu. Macam pasang plaster siling, kalau buat kemudian... berhabuk pulak rumah nanti, habis kotor langsir dan segala perabut kene bersihkan. Satu keje plak nak bersih2kan tu. So, ape yang Shu buat dulu, pasang plaster siling, tambah wiring, buat concrete table top, install grill dan pecah dinding....

Owh.... shu sangat suka dengan kitchen yang ada counter table. Kitchen dah la tak besar mana pun. But since first time tengok rumah pun, kepala otak Shu dah survey kat mana shu boleh buat counter/bar table and I got the idea but keep to myself. Bila hubby mula survey contractor untuk dapatkan quotation, baru request dan bagi tau Mr. Hubby plan yang ada dalam kepala otak ni. Tapi Mr. Hubby tak respond sangat masa tu. I understand, our budjet is VERY limited. Sampai la Mr. Hubby jumpa contractor yang menepati bajet ciput kitaorang. And Me, sangat happy bila Mr. Hubby bagi tau dinding akan dipecahkan. Dan dah pecah pun sekarang.....hehehehehe



Eh... nanti la dulu, ni tak siap lagi. Bila dah siap Shu update ye.