Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, May 5, 2010

Induction Day 9

Breakfast @ 8.45 am - Salad Tuna


Lunch @ 12.30 pm - Ikan Kembung masak asam + Sayur Kobis + Hati dan pedal masak kunyit


Dinner @ 8.30 - 2 biji telur hancur, digoreng dengan baby sawi, tomato, red capsicum dan batang celery.

Workout - Berjalan dan berjogging berselang seli atas treadmill selama 25 mins (2km) + Abs crunch (20 x) + Stretching exercise (10 mins)

Cik Shu rasa macam dah muak la asyik makan telur =(

Tuesday, May 4, 2010

Induction Day 8

Masuk minggu ke-2 buat Atkins, here we go:-

Breakfast @ 8.50 am - Salad + 1/2 tb mayonise


Lunch @ 1.15 pm - Sambal Sardin + Brokoli, Cendawan & Sayur daun hijau.


Dinner @ 8.30 pm - Rib's Steak Black Paper dari Restoran Kapal Kampung Baru

Roti dan kentang tu tak makan tau... no..no..no...

Workout - Berjalan dan berjogging serta mendaki bukit di atas treadmill selama 25 mins + Exercise ringan 10 mins.

Monday, May 3, 2010

Induction Day 7

Cik Shu on MC today. Lepas makan ubat malam tadi terus tido dan tido dengan nyenyaknya. Bila bangun terus prepare breakfast, nanti dah lewat tak breakfast plak. Pagi ni x de selera nak makan, tapi kene makan gak sebab tak nak kasi perut lapar. Cheese jadi pembuka selera.

Breakfast @ 10 am - Salad + Mayonis + 1 keping Cheese

Lunch @ 2.30 pm - Sayur campur + Telur dadar + Hati masak kunyit + Ikan Goreng Cili.

Lunch kat luar hari ni, lupa nak snap gambar.

Dinner @ 8 pm - Terung goreng cili dimasak dengan udang, cendawan dan baby sawi.

Hari yang meletihkan, walaupun MC tapi Cik Shu keluar dari rumah dan pergi ke pejabat Imigrasen di putrajaya untuk buat permohonan kebenaran kahwin bagi pihak My Fiancee. Badan tak berapa sihat, tapi alang2 dah MC, uruskan cepat sebab tak nak amik leave banyak2.

Induction Day 6

Hari ni dalam sejarah, tak pasal2 kene alergi, selalu dengar2 dan tgk orang kene alergi. Sekarang sendiri yang rasa tapi tak la serius. Ni gara-gara makan ayam panggang black paper beli kat ColdStorage. Doktor yang rawat Cik Shu tu citer, ayam-ayam kat pasaraya dan restoran makanan segera biasanya akan disejuk bekukan dan disimpan dalam tempoh yang lama. Ada sesetengah fast food tu especially yang rendah turn over penggunaan ayam, ayam2 tersebut akan disimpan sampai 1 tahun. Fuhhh... lama tuh. Lepas ni Cik Shu akan berhati2 bila makan kat luar. Tak pasal kene la jarum secucuk. Memang tak tahan la kene alergi ni, gatal2 seluruh badan, telinga ni sampai merah jadinyer. Lepas makan ubat, terus tido dengan lenanya.

Misi Atkin masih diteruskan. Tengok ape yang Cik Shu makan ek,

Breakfast @ 9.45 am - Salad + Telur 2 biji + mayonise


Lunch @ 2.30 pm - Ayam masak pelbagai rempah

Cik Shu pun tak tau nama masakan tu, ape pun memang sedap. Tapi yang kecewanya, bila order sup sayur lama betul, tak sampai2. My fiancee dah habis makan pun, sup tak sampai2 lagi. Bila dah sampai, sangat menghampakan sebab rupanya tak macam sup pun tapi macam tom yam. My fiance suruh rasa dulu, tom yam pun tak de rasa, pelik betul rasanya. Bila tanya dengan pelayan ape yang bahan2 yang dimasukkan, terus REJECT. Sebabnya dia letak Tepung!!!. No way man.

Dinner @ 7.30 pm - Ayam panggang black paper yang dibeli dari Cold Storage (Makanan yang menyebabkan cik shu gatal2).

Workout - 20 mins berjalan dan berjogging berselang seli atas treadmills (1.65 km) + 10 mins buat Cross-Trainer (less than 1km at level 12, penat sungguh..)

Kaki ini lenguh bershopping kat Giant mencari barang2 keperluan untuk meneruskan misi berdiet. Yang kat pic tu cuma sebahagian sahaja, stock sayur2an pun ada beli jugak.

Then, jalan2 kat Cold Storage, Cik Shu suka jalan2 kat Cold Storage sebab banyak item2 yang tak dijumpai di tampat lain, boleh dicari di sini. Especially kalau nak masak western food, cari aje di ColdStorage. Item2 yang menarik perhatian Cik Shu hari ni ialah Sugarless or Sugar Free food, ada banyak choice kat sini untuk orang yang tengah berdiet macam cik shu, biskut, coklat (aha... yummy), caffeinated coffee and tea. Tunggu la lepas 2 minggu ni, cik shu nak beli. Sebelum tu servey dulu.

Sunday, May 2, 2010

Induction Day 5

Hari ni cuti. Cik Shu risau bila cuti, sebab diet mesti lari. Kalau dpt control makan, air selalu kurang minum lebih2 lagi kalau kuar jalan2. Tapi demi untuk turunkan 12 kilo, cik Shu kene berdisiplin. Memandangkan hari ni cuti, Cik Shu bangun lewat tapi tetap prepare breakfast. Biasanya, kalau cuti2 memang selalu skip breakfast. So, ini lah rumusan makanan untuk hari ini

Breakfast @ 9.30 am - Sayur hijau (tak tau nama sayur tu) digoreng dengan cendawan, terung dan telur 2 biji

Lunch @ 1.50 pm - Ayam Tandoori + Sayur kobis goreng + Timun
Jelatah tu ada carrot, timun, bawang, dan nanas tapi cik shu makan timun je ye.

Dinner @ 8.30 pm - Sup ayam + Baby sawi + Cedawan

Syok minum sup, rasa lega badan

Workout - 15 mins berjalan dan berjogging atas treadmills (1.3 km) + 15 mins buat Cross-Trainer (1.05 km) + 15 mins stretching exercise.