Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label Diari Diet. Show all posts
Showing posts with label Diari Diet. Show all posts

Monday, July 2, 2012

I'm the re-Atkiner


Sekarang Shu dah jadi Atkiner semula yang tertangguh sejak hari itu (Sila klik kalau nak baca celoteh sebelum ini). Berat semakin bertambah dan terus tak bertambah. tak leh jadi ni. kene diet gak. Shu ada 5 pasang baju yang di tempah tapi tak muat okay... sebab ikut ukuran lepas bersalin. Perkara yang sepatutnya dilaksanakan pada awal tahun 2012, tapi cuma minggu lepas dapat dilaksanakan dan moga berjaya diteruskan hingga mendapat berat ideal.

Perempuan GEMOK
Shu tak suka tengok gambar atas tu. Obviously memang gemok, muka tu membolat. Lengan tu dah terkeluar terkeluar dah. Muka kusam. Tak leh jadi ni... kene diet jugak. 

Untuk journal diet last week:-

Day 1 - 25/6 /2012 (Isnin)
Initially memang follow atkins rules tapi lepas lunch tu kepada dah start pusing. Tapi masih cuba bertahan sehingga balik office dan apabila sampai dirumah terus menelan 1 cawan milo panas. Yes I broke the rules. Pening kepala sampai ke malam tau. Tak pasti sama ada ada kaitan dengan atkin atau tidak.

Day 2 - 26/6 /2012 (Selasa)
Bangun pagi pening kepala macam dah hilang tapi decide tak nak buat atkins strictly. Breakfast macam biasa. Tengah hari makan Soy mee wantan. kat office still minum 2 liter air kosong. Balik rumah makan lauk2 je. no rice. Malamnya sebelum tidur tekun membaca status di wall Kelab Diet Atkins Malaysia. Ramai yag sudah berjaya dengan diet ni. Tidur dengan semangat membara, harus melaksanakan misi diet ini esok hari.

Day 3 - 27/6 /2012 (Rabu)
Bangun dengan semangat membara untuk follow atkins rules. Jadi, hari ini dikira Re-Induction la...sebab semalamnye dah kantoi. Isnin hari tu lupa nak amik initial weight before diet. So, pagi sebelum gi keje sempat naik penimbang untuk amik berat. Dah lama tak naik penimbang rumah ni, sebab takut nak tengok jarum penunjuk berat. Tapi pagi ni kene hadapi jugak dan hamikkkkkk ko.... 74 Kg. Tak pe I will work on this.
Alhamdulilah berjaya dilaksanakan with 3 meals tanpa pening kepala. Yeahhhhh, I just fine.

Day 4 - 28/6 /2012 (Khamis)
Since tak de apa2 yang berlaku, semangat berdiet diteruskan with no cheating. 
Balik ke rumah petangnya, mak cuma masak sup leher dan kaki ayam which it definitely not enough to full fill my tummy. Nasib baik ada pasar malam, beli ayam percik for dinner, of course with no sauce. Sebab sos ayam percik ada rasa manis, sure ada gula. 

Day 5 - 29/6 /2012 (Jumaat)
Semalam beli ayam percik extra, memang niat beli extra untuk breakfast. Dalam atkins sangat mementingkan breakfast and please never skip the breakfast. 
Lunch time member ajak makan kat BSC foodcourt. Ingatkan ada western food tapi nan ado. Fikir punya fikir, order chicken black pepper dari sizzling stall tapi pesan tak nak nasi. So the girl extrakan ayam but still it was not a big portion. Kalau ikutkan perut, portion sebegitu rupa, tanpa nasi pulak tu, memang tak cukup, tapi bila berdiet, minda memainkan peranan penting. Selalu kene fikirkan, apa yang ada didepan mata itu cukup untuk perut ini. Bila otak menghantar signal kepada perut menyatakan makanan itu cukup kita, perut akan menerima signal itu dan memproses sebagaimana yang diarahkan oleh otak. Yes, it worked. kenyang sampai ke petang. Anyway, ini cuma pandangan shu je ye. tak tau whether it works for you peeps.

Janji dengan diri nak naik penimbang setiap pagi isnin tapi Sabtu pagi... kaki ni gatal nak naik penimbang berat. Naik je dua2 kaki.... jarum menunjukkan.....71 Kg. Maknanya 3 Kg hilang dalam 3 hari dieting!!!!!!! Tahniah untuk diri sendiri.

Weekend tak yah citer la ek. Sebab diet dah ke laut. Susah nak kawal kalau weekend sebab ada kat rumah.  Semalam pergi kenduri kahwin, ada bubur jagung. Jagungnye sangat banyak dalam bubur tu. Tak leh tahan, Shu bedal 5-6 sudu. But still no rice, no bread. I guess it still not overloaded.

Pagi ni naik penimbang. Takut okay sebab memang banyak sangat langgar rules atkins.

Perghhhhhh.... nasib baik maintain. So, total lost weight untuk diet last week adalah 3 Kg without exercise. kalau weekend tak cheat, mesti banyak lagi pengurangan KG tu. 


Thursday, December 29, 2011

Permulaan diet yang tak berapa baik

Misi ber'atkins' diet sudah bermula. Alhamdulillah, satu hari dilaksanakan dengan sempurna. Apa yang Shu makan untuk hari pertama adalah seperti berikut:-

Breakfast
Omelette with salad

Lunch
Roasted Chicken with coleslaw (without carrot)


Dinner
Salad with chicken patty
No cheating ok... no high carbo food and no sugar at all. Minum hanya air kosong aje.
Tapi.... pada malamnya, pening tak ingat. Ntah apalah salahnya. Tidur awal untuk redakan kesakitan di kepala. Bangun pagi still ada fening2 lalat ditambah lagi dengan sakit perut (sedia maklum, Shu ada gastrik). 

Jadinya, the next day, pagi-pagi dah telan air horlics secawan. Barulah reda rasanya. 
So untuk hari yang ke-2, Shu dah melanggar rules atkins. Tapi still maintain dengan 3 time meals.
Breakfast: 1/2 paratha with omellette
Lunch: Goreng pisang (makan pada pukul 5 petang sebab late breakfast)
Dinner: Omelette with bun.

Agaknya, perut ni terkejut kot, dah biasa melantak banyak2, tetiba makan ikut peraturan plak. Kebiasaanya, shu akan buat diet detox untuk 3 days sebelum memulakan diet ni. But for this time around, i dont think detox diet is good for me as i am a breastfeed mother. 3 hari ko....makan epal ajo, ko sanggup? Shu sanggup aje, tapi kesian kat baby yang menyusu la. Tak pasal2 merudum plak susu.
Actually, diet ni tak digalakkan untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Tapi Shu tak rasa ada apa2 kekurangan pada diet ni, cuma kurangkan karbo je. Tak pe la, Just try and error. Insyallah, misi akan diteruskan untuk hari ke-3 but not that strict.

p/s: anyone can advise, kenapa Shu pening2 setelah seharian mengamalkan diet atkins ni? Kak Myoliza, any comment?


Tuesday, December 27, 2011

I am looking no more attractive!!!

Warghhhh.... Mr. Hubby dah bising. Bininya makin montel. Sekarang ni Mr. Hubby dah tak kuasa nak cakap apa2 lagi. Selama ni Mr. Hubby suka panggil isterinya kesayangannya ni "Moti" a.k.a GEMUK.  Kononnye nak bakar hati motivate isterinya supaya menguruskan badan. Tapi macam tak lut je.

Tapi di suatu hari yang tak berapa nak indah Mr. Hubby cakap......
"You are looking no more attractive".
Aduhai.... sentap tak? agak sentap jugak dibuatnya. I know, he has right to say that. Sape tak nak bini cantik oiiiii.... bila badan dah besar, lemak terkeluar sana sini, shape pun dah out, nak berfesyen pun tak de mood. Bila dah tak bergaya, kalau hubby jeling2 perempuan lain, jangan nak salahkan dia pulak. Lagi pulak,  bini kawan2 Mr. Hubby cantik2 gak. So, kalau boleh Mr. Hubby nak Shu nampak cantik dan presentable. So tak malu la bila tayang isterinya ni. 

Yer, Shu tau, badan dah naik mendadak ni. Nafsu makan menjadi2. Orang cakap kalau breastfeed baby boleh kurus. Tapi apsal Shu gemuk plak????
Yer, betul tu, dah tu kalau makan lebih daripada keperluan. Kurus kebendanya. Jangan harap la kan. Badan ni ada limit makanan yang diperlukan. Ha... tau pun. Tapi nafsu makan mengatasi kewarasan akal fikiran. hihihihi.

Baju2 dah tak banyak pilihan. Baju2 saiz M dah tak muat. Sekarang ni dah macam kena pakai saiz XL balik je. Oh no.... i don't want to be like this any more. Rasa macam selebet je. Satu lagi, Shu notice, Shu macam tak berapa endah dengan penampilan diri. Maybe sebab kegemukan ni la. Hmmm... my bad.
Recently gi keje, asyik pakai baju kurung je. Sebab tu pilihan yang selamat.

Latest pic.
Gemokkan? Pakai baju hitam pun still nampak kembang.

Buruk  beno la ghupenye
Hari2 cakap nak diet, tapi asyik fail je. Actually, sebelum2 ni percubaan diet untuk mengumpul semangat, tapi asyik la tersasar. Now, no more excuse,disebabkan dah masuk dalam entry. Harus amik serius perkara ni. Dengan ini diisytiharkan, bermulanya minggu ini. Shu mahu mengawal pengambilan makanan.

Meh, imbas kembali berat Shu sebelum2 ni.

Sebelum mengandung = 65 kg
Berat terakhir sebelum bersalin = 83 kg
Lepas berpantang = 64 kg
Lepas Raya = 78 kg
Sekarang = 72 kg

Berat dah elok turun selepas berpantang, cuma tinggal lagi 2 kg je untuk dapatkan berat ideal. Tapi emosi tak terkawal, berat naik melampau2. Kadang2 terasa nak preggy lagi sekali je, lepas tu jaga badan elok2. Aci tak? hihihi....
Kalau cakap macam tu kat mak, ada yang dapat pelempang sebijik.

Insyaallah, Setiap hari isnin, Shu akan buat entry tentang progress diet shu ye.

p/s: Anyone yang ada advice dan pendapat, dialu2kan.

Friday, May 14, 2010

Induction Day 17


Breakfast @ 8.45 am - Steamed Brokoli & Califlower + 1 keping Cheese + Patty daging (100% pure beef)



Dinner - Sup Ayam

Workout - Cross Trainer (15 mins) + Stretch and weigh exercise (15 mins).

Hmmm... lepas ni Cik Shu tak banyak update pasal diari diet sebab ape yang Cik Shu makan lebih kurang sama je hari2. Tapi kalau ada special menu, cik shu akan share denga u all k. Maybe lepas ni Cik Shu akan update pasal wedding preparation.

Thursday, May 13, 2010

Induction Day 14, 15, 16

I'm back on track, buat atkins balik.

Day 14
Breakfast - Salad Tuna + Cheese 1 keping

Lunch - Ikan 2 keping + Sayur2an
Workout - 30 minutes on treadmill, that's it.

Day 15
Breakfast - Telur rebus 2 biji (putih sahaja) + Timun + Tomato
Lunch - Ikan Bakar + Tauhu masak sambal + Sayur2an
Dinner - Tom Yam ayam + Telur Dadar.
Workout - 20 minutes Cross Trainer + 20 minutes senaman otot.

Day 16
Breakfast - Sayur Campur + Telur hancur 1 biji + Tomato 1 biji
Lunch - Sayur campur + grilled chicken + telur hancur 1 biji
Dinner - Chicken kebab + Chicken tikka + grilled lamb + grilled beef

Hari ke -16 ni tak buat workout, sebab hari ni nak tengok "Adamaya" episod akhir. Dan hari ini jugak adalah birthday mr. fiancee. Cik Shu tak bagi ape2 hadiah pun, tapi cik shu belanja makan kat restoran arab kat Jalan Ampang.

Minggu ni tak berani nak timbang berat. Takut kecewa sebab makan tak follow rules hujung minggu lepas. Setakat ni berat tak banyak turun, tapi jeans cik Shu sekarang sangat 'loose'.

Monday, May 10, 2010

Induction Day 11, 12, 13

Oh... dah lama Cik Shu tak update. Sibuk dengan urusan pernikahan + laptop buat hal. bila on wireless je keluar blue screen. Dah lama tak update ni, macam mana dengan Cik Shu punya diet? Hehehe... actually, last weekend Cik Shu balik hometown di port klang. Warghhhhhh.... Cik Shu dah buat dosa. Harus bagi hukuman.

Day 11 - Sabtu
Breakfast - Telur goreng (1 biji) + Tomato
Lunch - Ayam masak rempah + Daging goreng rempah + Timun + Air Limau tanpa gula
Dinner - Kerabu taugeh + Daging Bakar +

Day 12 - Ahad (out of plan)
Breakfast - Air nescafe setengah cawan + mee maggi beberapa sudu + Roti canai secubit.
Lunch - Nasi minyak (skit je) + Lauk2 kenduri + Bubur Kacang (sikit je)
Dinner - Ayam masak merah 1 ketul + Beef patty burger king + fries

Day 13 - Isnin (out of plan)
Breakfast - Air nescafe setengah cawan + Sate ayam beberapa cucuk + Kuah kacang 1 sudu
Lunch - Mee Bandung + 1 gelas air limau tanpa gula + Donut
Dinner - Black papper sosej + Nescafe ice 1 gelas

Senarai kat atas tu apa yang Cik Shu ingat la, ada la ntah ape2 yang Cik Shu makan. Dan sepanjang 3 hari ini tiada sebarang workout yang dilakukan (nak kene denda Cik Shu ni). Ni la masalahnya kalau balik hometown. Diet tak teratur. Lepas ni tiap2 minggu Cik Shu kene balik hometown sebab nak uruskan persediaan hari pernikahan. Sedih bila mengenang diet sepanjang hujung minggu lepas.


Friday, May 7, 2010

Induction Day 11

Hari ke-11 Atkins, tidak berapa berjaya, sebab Cik Shu langgar pantang. Tengok la ape yang Cik Shu makan nih.

Breakfast @ 8.40 am - Salad + 2 biji telur rebus (putih sahaja)

Lunch @ 12.45 pm - Grilled fish with Garlic sauce + Cauliflower soup + Hot tea ( guna 'non sugar sweetener)
Kentang goreng tu cik shu tak sentuh pun, mix vegetable pun tak sentuh tapi Cik shu dah langgar pantang sebab minum tea dan makan soup. Tea tu cik shu guna 'non sugar sweetener', harap boleh dimaafkan. Tapi cream soup tu mesti ada tepung, tu tak boleh dimaafkan. Lagi satu, Cik Shu ada makan secubit roti tu, teringin sangat nak makan roti. Cik Shu telankan saje la sebab dah 1 set kan.

Dinner @ 8.30 pm - Tom Yam Daging (kuah putih) + 1 biji telur dadar + sepinggan asparagus.

Workout - 30 mins berjalan dan berjogging di atas treadmill (2.5km) + 20 x abs crunch + 10 mins stretching exercise.

Workout yang sangat menyeronokkan dan kepuasan yang terasa nikmatnya. Mana taknya, semalam Cik Shu tak boleh nak workout sebab sakit belakang. Alhamdulillah, hari ni dah pulih sedikit, sakit2 ni tak boleh nak dimanja2kan, nanti lagi melarat. Lagi pun hari ni Cik Shu dah langgar pantang, harus la beri hukuman pada diri sendiri.

Thursday, May 6, 2010

Induction Day 10

Here we go for the 10th day of Induction.

Breakfast @ 8.40 am - Salad Tuna


Lunch @ 12.40 pm - Grilled dory fish + Sayur campur (Brokoli+cendawan+sayur daun hijau)

Dinner @ 8.30 pm - Tom Yam Ayam (Kuah Putih) + Telur dadar 1 biji

Workout - Berjalan atas treadmill selama 15 mins ( 1km) + 2 set Abs crunch (10 x setiap set).

Hari ni Cik Shu boleh nak aktif exercise sebab sakit belakang. Mungkin sebab semalam Cik Shu tak guna exercise mat masa buat aktiviti stretching.

Wednesday, May 5, 2010

Induction Day 9

Breakfast @ 8.45 am - Salad Tuna


Lunch @ 12.30 pm - Ikan Kembung masak asam + Sayur Kobis + Hati dan pedal masak kunyit


Dinner @ 8.30 - 2 biji telur hancur, digoreng dengan baby sawi, tomato, red capsicum dan batang celery.

Workout - Berjalan dan berjogging berselang seli atas treadmill selama 25 mins (2km) + Abs crunch (20 x) + Stretching exercise (10 mins)

Cik Shu rasa macam dah muak la asyik makan telur =(

Tuesday, May 4, 2010

Induction Day 8

Masuk minggu ke-2 buat Atkins, here we go:-

Breakfast @ 8.50 am - Salad + 1/2 tb mayonise


Lunch @ 1.15 pm - Sambal Sardin + Brokoli, Cendawan & Sayur daun hijau.


Dinner @ 8.30 pm - Rib's Steak Black Paper dari Restoran Kapal Kampung Baru

Roti dan kentang tu tak makan tau... no..no..no...

Workout - Berjalan dan berjogging serta mendaki bukit di atas treadmill selama 25 mins + Exercise ringan 10 mins.

Monday, May 3, 2010

Induction Day 7

Cik Shu on MC today. Lepas makan ubat malam tadi terus tido dan tido dengan nyenyaknya. Bila bangun terus prepare breakfast, nanti dah lewat tak breakfast plak. Pagi ni x de selera nak makan, tapi kene makan gak sebab tak nak kasi perut lapar. Cheese jadi pembuka selera.

Breakfast @ 10 am - Salad + Mayonis + 1 keping Cheese

Lunch @ 2.30 pm - Sayur campur + Telur dadar + Hati masak kunyit + Ikan Goreng Cili.

Lunch kat luar hari ni, lupa nak snap gambar.

Dinner @ 8 pm - Terung goreng cili dimasak dengan udang, cendawan dan baby sawi.

Hari yang meletihkan, walaupun MC tapi Cik Shu keluar dari rumah dan pergi ke pejabat Imigrasen di putrajaya untuk buat permohonan kebenaran kahwin bagi pihak My Fiancee. Badan tak berapa sihat, tapi alang2 dah MC, uruskan cepat sebab tak nak amik leave banyak2.

Induction Day 6

Hari ni dalam sejarah, tak pasal2 kene alergi, selalu dengar2 dan tgk orang kene alergi. Sekarang sendiri yang rasa tapi tak la serius. Ni gara-gara makan ayam panggang black paper beli kat ColdStorage. Doktor yang rawat Cik Shu tu citer, ayam-ayam kat pasaraya dan restoran makanan segera biasanya akan disejuk bekukan dan disimpan dalam tempoh yang lama. Ada sesetengah fast food tu especially yang rendah turn over penggunaan ayam, ayam2 tersebut akan disimpan sampai 1 tahun. Fuhhh... lama tuh. Lepas ni Cik Shu akan berhati2 bila makan kat luar. Tak pasal kene la jarum secucuk. Memang tak tahan la kene alergi ni, gatal2 seluruh badan, telinga ni sampai merah jadinyer. Lepas makan ubat, terus tido dengan lenanya.

Misi Atkin masih diteruskan. Tengok ape yang Cik Shu makan ek,

Breakfast @ 9.45 am - Salad + Telur 2 biji + mayonise


Lunch @ 2.30 pm - Ayam masak pelbagai rempah

Cik Shu pun tak tau nama masakan tu, ape pun memang sedap. Tapi yang kecewanya, bila order sup sayur lama betul, tak sampai2. My fiancee dah habis makan pun, sup tak sampai2 lagi. Bila dah sampai, sangat menghampakan sebab rupanya tak macam sup pun tapi macam tom yam. My fiance suruh rasa dulu, tom yam pun tak de rasa, pelik betul rasanya. Bila tanya dengan pelayan ape yang bahan2 yang dimasukkan, terus REJECT. Sebabnya dia letak Tepung!!!. No way man.

Dinner @ 7.30 pm - Ayam panggang black paper yang dibeli dari Cold Storage (Makanan yang menyebabkan cik shu gatal2).

Workout - 20 mins berjalan dan berjogging berselang seli atas treadmills (1.65 km) + 10 mins buat Cross-Trainer (less than 1km at level 12, penat sungguh..)

Kaki ini lenguh bershopping kat Giant mencari barang2 keperluan untuk meneruskan misi berdiet. Yang kat pic tu cuma sebahagian sahaja, stock sayur2an pun ada beli jugak.

Then, jalan2 kat Cold Storage, Cik Shu suka jalan2 kat Cold Storage sebab banyak item2 yang tak dijumpai di tampat lain, boleh dicari di sini. Especially kalau nak masak western food, cari aje di ColdStorage. Item2 yang menarik perhatian Cik Shu hari ni ialah Sugarless or Sugar Free food, ada banyak choice kat sini untuk orang yang tengah berdiet macam cik shu, biskut, coklat (aha... yummy), caffeinated coffee and tea. Tunggu la lepas 2 minggu ni, cik shu nak beli. Sebelum tu servey dulu.

Sunday, May 2, 2010

Induction Day 5

Hari ni cuti. Cik Shu risau bila cuti, sebab diet mesti lari. Kalau dpt control makan, air selalu kurang minum lebih2 lagi kalau kuar jalan2. Tapi demi untuk turunkan 12 kilo, cik Shu kene berdisiplin. Memandangkan hari ni cuti, Cik Shu bangun lewat tapi tetap prepare breakfast. Biasanya, kalau cuti2 memang selalu skip breakfast. So, ini lah rumusan makanan untuk hari ini

Breakfast @ 9.30 am - Sayur hijau (tak tau nama sayur tu) digoreng dengan cendawan, terung dan telur 2 biji

Lunch @ 1.50 pm - Ayam Tandoori + Sayur kobis goreng + Timun
Jelatah tu ada carrot, timun, bawang, dan nanas tapi cik shu makan timun je ye.

Dinner @ 8.30 pm - Sup ayam + Baby sawi + Cedawan

Syok minum sup, rasa lega badan

Workout - 15 mins berjalan dan berjogging atas treadmills (1.3 km) + 15 mins buat Cross-Trainer (1.05 km) + 15 mins stretching exercise.

Friday, April 30, 2010

Induction Day 4

Cik Shu perasan, sejak beberapa hari ni cik Shu cepat rasa ngantuk bila malam. Kul 10 je dah ngantuk. Kebiasaannya, kul 12 atau 1 malam baru tido. tak pasti kesan ini berlaku disebabkan diet yang Cik Shu amalkan atau terlalu banyak berfikir. Maklumlah, sepanjang minggu ni, cik Shu buat job programmer (huhuhu...Cik Shu kembali ke pangkal jalan).
Anyway, setakat hari yang ke-4 ni, cik Shu masih bertahan cuma hari ni dinner terlewat makan sebab balik office lambat skit, then pergi gym plak. Untuk hari ke-4, macam biasa cik shu cuba practice minum air 1 gelas air setiap kali bangun pagi, sebelum pergi office dan setelah sampai office. Air kene minum banyak2 especially waktu pagi.

Breakfast@ 8.40 am - Salad + Telur rebus 2 biji dan Tuna mix

Lunch @ 12.40pm - Sayur + 2 ketul ikan tenggiri masak asam pedas (makan ikan sahaje ye)

Dinner @ 9.10pm - Pecal + paru masak sambal

Workout - Berjalan dan berjogging atas threadmill selama 30 minit untuk 2.5km.

Thursday, April 29, 2010

Induction Day 3

Ini menu hari Khamis untuk hari ke-3 induction.

Pagi bangun tidur - 1 gelas air (250 ml)
Pagi sebelum pergi office - 1 gelas air (250 ml)
Pagi lepas sampai office - 1 gelas air (250 ml)
Breakfast @ 8.45am - Egg Roll (Isi tuna, tomato, cheese, batang celery)

In Between - 4 gelas air (1000 ml)
Lunch @ 12.30 pm - Sayur Kacang + Sayur Kobis + 1 Ikan Bakar

Dinner hari ni kat kedai mamak sebab stuck dalam kehujanan kat Mont Kiara.
Dinner @ 6.30 pm - Sayur Bayam + Udang masak kari

Rasanya, hari ni tak minum air banyak macam semalam la. Hari ni pun tak workout sebab badan dah basah kene hujan. Jadi tak pergi gym dan terus pulang ke rumah.

Balik dari office tadi, Cik Shu pergi Flea Market kat Plaza Mont Kiara, beli sayur-sayuran bagi meneruskan misi menguruskan badan. Suka beli sayur2 kat situ sebab segar2. Kalau beli kat pasar, baru beli dah layu. Dulu selalu pergi situ sebab beli buah-buahan. Cik Shu suka makan buah, tapi untuk induction ni tak boleh makan buah. Esok ada pasar malam kat rumah, nak beli lauk2 pulak.

Wednesday, April 28, 2010

Induction Day 2

Alhamdulillah, hari pertama berlalu dengan sempurna. Dengan keadaan otak yang terkawal. Ye, Cik Shu kene kawal otak, sebab dia mudah dipengaruhi. Hari ni adalah hari kedua, ape yang Cik Shu makan yer?

Pagi bangun tidur - 1 gelas air (250 ml)
Pagi sebelum pergi office - 1 gelas air (250 ml)
Pagi lepas sampai office - 1 gelas air (250 ml)
Breakfast @ 8.50am - Salad tuna + 1 biji telur rebus + Tomato ceri

In Between - 4 gelas air (1000 ml)
Lunch @ 12.30 pm - 2 ketul ayam masak kicap (tanpa kuah) + Sayur sawi goreng
In Between - 6 gelas air (1500 ml)
Dinner @ 8.45 pm - Telur hancur 2 biji digoreng hancur dengan tomato, batang calery dan cheese.
First time makan telur dengan cheese, hmmmm.. memang yummy.

Lepas balik dari office ada buat workout, berjalan dan berjogging atas threadmill selama 30 mins = 2km. Then buat sikit2 stretching selama 15 mins.

Bila sampai rumah, kaki ni gatal naik atas penimbang. Patutnya timbang seminggu, sekali je kan. Hmmmm.. keputusan yang sangat memberangsangkan dan menggembirakan. Ape2 pun, tunggu cukup seminggu baru reveal k.



Tuesday, April 27, 2010

Hari Pertama memulakan Diet Atkin

Ini hari pertama Cik Shu memulakan diet secara serius. Eh, kenapa baru sekarang ke nak serius?. Lebih kurang macam tu gak la, sebelum2 ni Cik Shu jaga makan gak, tapi selalunya tersasar, sudahnya sampai sekarang berat tak turun2, maintain je. Lagi pun tak lama nanti dah nak kahwin, mestila nak nampak cantik kan. Sambil2 diet nak menurunkan berat badan, nak belajar memulakan pemakanan sihat.

Sebagai permulaan berat Cik Shu ialah 68 kg.

Ape Cik Shu makan dan berapa banyak air kosong diminum hari ni?

Pagi bangun tidur - 1 gelas air (250 ml)
Pagi sebelum pergi Kerja - 1 gelas air (250 ml)
Pagi lepas sampai office - 1 gelas air (250 ml)
Breakfast @ 8.50 am - Telur digoreng dengan tomato dan green capsicum + Tomato Cherry+Timun


In Between - 5 gelas air (1250 ml)
Lunch @ 1.30 pm - 2 keping Ikan Tenggiri masak kari + Sayur Kubis bunga

In Between - 4 gelas air (1000 ml)

Dinner @ 7.30 pm - Tuna Roll

No workout for today.