Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, April 13, 2012

Amaran Tsunami!!!!

Ehhhhh... jangan panikkkkk... bagi la Shu story dulu.

Cuti umum pertabalan Yang Di Pertuan Agung rabu lepas, sepanjang hari dok kat rumah. Kesian pulak kat Saqlain, dah la hari mama dan baba bekerja kene dok rumah, Hari cuti pun kene dok rumah gak. Haih la.... Petang tu, ajak la Mr. Hubby pergi Tanjung Harapan, tempat rekreasi paling dekat dengan kediaman kami, 10 minutes drive.

Sampai je kat Tanjung, Mr. Hubby tegur, kenapa air tinggi? As usual, wifey nyer yang tak berapa bijak ni cuma jawab, "I dont know".

Syok2 lepak kat Tanjung Harapan, tiba2 ada annoucement supaya berhati2 kerana amaran Tsunami sudah dikeluarkan. Layankan video kat bawah ni.


Rupa2nya gempa bumi terjadi kat perairan sumatera pada skala ritcher 8.6 (11 April 2012, 3.30 petang waktu malaysia). Mana tau weiiii!!!!! nama je satu hari dok rumah, tapi 1 hari jugak tak on TV.

Ingat lepas kitaorang dengar announcement tu.... kitaorang terus balik ke????? idoknyeeeee
Boleh plak sambung lepak situ lagi kat restoran Lilin. Tak pernah nak amik tau pun ape nama sebenar restoran ni, Shu panggil je restoran lilin, sebab setiap meja ada letak lilin, ala2 candle light dinner gitew..., kirenye candle light dinner bajet la).

Hajat dihati gi tanjung nak makan steamboat, tapi sebijik lori pun tak de hari tu. Nak jugak ikut nafsu perut ni, tak sah kalau gi jalan2 tak makan mana tak montel. Makanya hadap gak la makanan yang agak2 ringan ni.
Tauhu Bakar Pinggan Besar
Masa order Tauhu bakar ni, pelayan tu tak tanye pun nak pinggan besar ke kecik. Jadi bila tauhu bakar ni sampai, rasa kagum sebab kedai tu dah upgrade portion hidangan. Bila nak bayar, nampak kat kertas order tulis "Tauhu Bakar Pinggan Besar". Ooooo....ade kategori rupenyer.... tak pe lah, nasib baik sedap, sapu bersih semua masuk dalam perut ni.

Satay Ayam 10 cucuk,
Satay daging 5 cucuk
Set hidangan datang sekali dengan nasi impit. Kalau kat tempat lain nasi impit tu kene order. Satay ayam, nak kate sedap tu... ok la, not bad. Tapi satay daging nye liat. Apa2 pun, Satay Sri Melaka AU5 gak jadi pujaan hatiku.

Masa lepak2 kat restoran tu, tiba2 air laut berkocak dengan kuat. Seriau gak dibuatnya, nasib baik kejap je. Uish... takut gak la kalau Tsunami melanda port klang ni, sah2 la kawasan kediaman Shu ni kene dulu.  Malam tu bertalu2 orang call rumah, ingatkan tentang amaran Tsunami kat negeri Selangor. 

Bersama2 la kita berdoa agar Allah lindungi tanah air Malaysia daripada bala bencana. 

Monday, April 9, 2012

‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Artikel ni Shu dapat daripada FB, Shu copy dan paste kat blog ni untuk share dengan you all.


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

(Note: Statements in red color font is according to blog owner's opinion)

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. Setuju, I'm stronger now.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! - Setuju, rasa macam nak pregnant lagi, rindu sangat moment tu
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! - Setuju, Saqlain lah jadi jam kitaorang kejutkan solat subuh.
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. - Setuju, Shu ni jenis baran gak, sampai kadang2 tu terlepas dengan mak, tapi bila dah anak sendiri ni  shu cuba kawal baran Shu, sebab Shu tak nak anak2 shu buat macam tu. Mak, maafkan anakmak.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit. - Setuju, biarlah kita yang sakit, berat betul mata memandang.
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) - erk... tak terfikir pun
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. - Setuju,emosi terlebih.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.No comment
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! - Setujuuuuuu... uish, sehari tak poo poo pun shu dah risau, takut-takut kalau badan dia sedang menghadapi masalah.
10- Kita akan lebih menghargai diri kita. - Setuju, sebab someone need us.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. - Sangat setuju, sebelum pergi keje, mesti nak cium2 dia, wajib. Sama wajib, kene salam mak sebelum pergi keje.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. - Betul, lebih2 lagi kalau suakan nenen kat dia. Kuat macam mana pun dia nanges, sure senyap lepas tu.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. - Hihihi... Shu la tu, hari2 dok tengok, ada gigi lagi tak nak tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya. - Ape pulak susah, anak itukan rezeki dan juga amanah Allah. Dia juga lah penawar hati bila penat2 balik dari keje.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. - Ye, betul ini.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! - Tak kot, biasa je. 
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! - Ini tak betul, sebelum ada pun memang selalu tegur jiran.
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. - No comment
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. - Ish, tak betul la ni. Saya sayang anak 
saya sejak hari pertama saya tahu dia di dalam perut saya.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! - Kejutan gak la, bila tiap kali ade je cerita2 baru tentang dia.

**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama mak dan anak anda!**


Thursday, April 5, 2012

12R poster from wedoo


Dah lama tak print gambar. Mak shu pun asyik bising je, amik gambar banyak2, tapi tak print. Haaaa... amik ko, sekali besar punye shu print. Guna coupon yang dibeli dari milkAdeal. This was the 2nd coupon bought from milkAdeal. Untuk 4 keping 12R poster semurah RM19. Plus, shu dapat 10% staff discount, lagi la murah. Harga asal RM78. Memang deal yang berbaloi2.

Coupon ni belinye dah lama, tapi sehari sebelum expiry date beru nak redeem. Last minute baru gelabah, nak print gambar yang mana 1?. Nasib baik tak de problem masa nak buat online order tu. Instruction yang diberikan sangat simple dan jelas. Seminggu selepas confirm order, poster pun selamat tiba di rumah.

Plan asalnye nak guna coupon ni untuk print gambar2 yang akan diambil masa outdoor photoshoot yang jugak dibeli dari milkAdeal. Tapi disebabkan shu tunda sessi photoshoot sebab saqlain demam, makanya gambar2 outdoor photoshoot tu tak dapat dapat deliver sebelum coupon wedoo ni expired. Jadi, print je la apa2 gambar yang patut.

Poster 1: Saqlain bersama nenda tercinta.

Poster 2: Saqlain from 0 month till the next few months
Poster 3: Keluarga kecil kami
Poster 4: Percutian kami
Kalau nak print tanpa guna themes yang diaorang sediakan pun boleh jugak macam poster 1. Tapi sebabkan shu nak print banyak2 gambar. Shu gunalah theme yang boleh masukkan banyak2 gambar.

Kualiti printing memuaskan. Ala... gloss paper je pun. Kalau korang expect kualiti printing macam canvas photo untuk 19 hengget, memang tak dapat la kan. For my opinion, if you give a good quality image, then it will turns good too after printing. 
The output: Printed poster

Gambar dah ada, cuma frame je yang tak de lagi. Ingat nak tempah je frame tu. Nanti dah ada rumah sendiri, boleh la jadi hiasan kat ruang rumah.

Sangat2 recommend this deal. Kalau jumpa, jangan lupa grab tau.

p/s: Ada 1 lagi coupon nak redeem, Photobook... Malas je rasanya nak buat. Silap2 hari bulan, nak dekat expiry date, baru terhegeh2 nak buat ;)

Tuesday, April 3, 2012

Saqlain 11 bulan


Dah lama tak citer pasal budak ini. Hari ni Saqlain dah 11 bulan. 1 bulan je lagi nak setahun. Perkembangan setakat nak masuk 11 bulan ni, anak mama:-

  • Sudah boleh bangun sendiri, still kene improve untuk balancekan badan.
  • Bertatih dan menapak beberapa langkah. Pencapaian terbaik setakat ni sejauh 2 meter sebelum tumbang.
  • Gigi sudah ada 4 batang. Walaupun gigi baru 4 batang tapi bila makan roti, macam dah ada gigi penuh. Kalau diberi pilihan antara nestum dan roti, sudah tentu roti jadi pilihan anak mama. Ape kelas makan nestum?
  • Bila nampak makanan dan mahukannya, dia akan sebut "Mam...mam..mam...mam..". Maksudnya, apa lagi?? nak makan la... sila suap ke mulut dia ye.
  • Suka memanjat. Setakat naik tangga rumah nenek tu, tak de hal la. Tapi habit anak mama ni, bila dah sampai kat aras tengah, dia akan berhenti dan tengok ke bawah. Kononnya nak tengok betapa tinggi la dia memanjat tuh!
  • Masih minum susu mama tapi dah campur dengan susu formula sejak berpindah tinggal kat rumah nenek di port Klang.


Monday, April 2, 2012

Dah 10 bulan baru nak cukur jambul

Baby biasanya buat majlis cukur jambul masa umur awal2 baby. Tapi Saqlain ni dah 10 bulan baru lah nak ada majlisnye. Dah 3-4 kali kene cukur pun. Ni idea mak Shu la. Shu memang tak de plan nak buat majlis cukur jambul ni. Tak wajib pun kan. Kitaorang cuma bagi sedekah makan selepas cukur rambut saqlain kali pertama tu. Tapi hajat hati si nenek ni, nak sangat tengok cucunya dalam majlis cukur jambul. Kebetulan my 3rd sister, Alang nak buat kenduri kesyukuran. Apa lagi, mak Shu pun ambil kesempatan panggil kumpulan marhabannya dan buatkan upacara cukur jambul untuk cucu keciknya ni.

Tu dia budak yang bakal digonjengkan. Baik dia dok diam-diam dengan neneknya
Boleh pulak tido, mana taknya, lagu marhaban tu lah mak Shu nyanyikan bila nak tidokan cucunya.
Buat pusingan dan menyerah diri untuk rambut digonjengkan
Picture taken by Mr. Baba
Mama dan baba Saqlain pun nak enter frame gak