Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Sayangilah Hati-Hati Kecil Ini..





Satu cerita yang Shu nak share dengan kawan2 blogger yang bergelar mommy, ibu, mama, mak, umi atau apa saja panggilan pun. Sumber ini adalah daripada blog mommy iskandar. Ini juga adalah peringatan untuk diri sendiri agar Shu dan mama2 yang lain akan jadi mama yang baik buat anak2 kita.

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan..

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”

Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,

Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,
“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,

Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,
“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,
“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,

Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,

“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”
“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”
“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,

ibu tentu suka terutama yang unggu,
“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,

Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,

Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


Sekadar renungan untuk diri saya sendiri dan anda semua.. Hargailah permata hati kita..

Oh My son, mama will try my best just for you dear.

Friday, April 27, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Satu lagi artikel yang Shu copy daripada fb, Harap dapat menjadi penduan untuk kita mendidik anak2 kita.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. 
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)
seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


Monday, April 9, 2012

‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Artikel ni Shu dapat daripada FB, Shu copy dan paste kat blog ni untuk share dengan you all.


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

(Note: Statements in red color font is according to blog owner's opinion)

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. Setuju, I'm stronger now.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! - Setuju, rasa macam nak pregnant lagi, rindu sangat moment tu
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! - Setuju, Saqlain lah jadi jam kitaorang kejutkan solat subuh.
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. - Setuju, Shu ni jenis baran gak, sampai kadang2 tu terlepas dengan mak, tapi bila dah anak sendiri ni  shu cuba kawal baran Shu, sebab Shu tak nak anak2 shu buat macam tu. Mak, maafkan anakmak.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit. - Setuju, biarlah kita yang sakit, berat betul mata memandang.
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) - erk... tak terfikir pun
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. - Setuju,emosi terlebih.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. - No comment
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! - Setujuuuuuu... uish, sehari tak poo poo pun shu dah risau, takut-takut kalau badan dia sedang menghadapi masalah.
10- Kita akan lebih menghargai diri kita. - Setuju, sebab someone need us.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. - Sangat setuju, sebelum pergi keje, mesti nak cium2 dia, wajib. Sama wajib, kene salam mak sebelum pergi keje.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. - Betul, lebih2 lagi kalau suakan nenen kat dia. Kuat macam mana pun dia nanges, sure senyap lepas tu.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. - Hihihi... Shu la tu, hari2 dok tengok, ada gigi lagi tak nak tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya. - Ape pulak susah, anak itukan rezeki dan juga amanah Allah. Dia juga lah penawar hati bila penat2 balik dari keje.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. - Ye, betul ini.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! - Tak kot, biasa je. 
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! - Ini tak betul, sebelum ada pun memang selalu tegur jiran.
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. - No comment
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. - Ish, tak betul la ni. Saya sayang anak 
saya sejak hari pertama saya tahu dia di dalam perut saya.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! - Kejutan gak la, bila tiap kali ade je cerita2 baru tentang dia.

**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama mak dan anak anda!**


Monday, May 16, 2011

Detik kelahiran Mohammad Saqlain

Ini cerita buat Anak Mama, Mohammad Saqlain


The Saffron, Sentul
Lebih kurang 4 pagi, mama terjaga, rasa nak buang air besar. Mama ke bilik air, tengok panty masih bersih. kemudian mama kembali ke tempat tidur tapi tak terasa nak tidur. Mama duduk dan cuba untuk lelapkan mata. Tiba2 mama terasa sakit, tegang perut. Sakit itu datang dan pergi beberapa kali. Mama rasa tak sedap hati, mama pergi ke bilik air, ada kesan darah pada panty mama. Kemudian, mama mencapai handphone untuk buat catatan masa. Baba pula bertanya sama ada mama nak ke hospital atau tidak? Tapi mama cakap sabar dulu, selagi mama boleh tahan, mama akan tahan. Setelah hampir satu jam merekodkan masa, ternyata sakit itu adalah contraction dan ianya datang setiap 5 minit. Kemudian, mama ajak baba untuk ke hospital. Mama suruh baba kejutkan mak mama, mama mandi dahulu. Setelah baba dan mak mama selesai solat subuh, kami bertolak ke PPUM.

Dalam perjalanan ke PPUM
Rasa sakit itu semakin perit. Alhamdulillah, baba pandu kereta dengan tenang sekali. Perjalanan amat lancar walaupun kami melalui lebuhraya Federal yang sentiasa sesak. Dalam kereta, mama sempat minum minyak selusuh. 

Di PPUM
Sesampai di hadapan Klinik Ibu Mengandung, mama dah tak larat nak berjalan, guard di situ membawakan kerusi roda untuk mama dan kami terus ke wad bersalin tingkat 1. Mama diarah untuk menukar baju dan menanggalkan semua barang kemas yang mama pakai. Kemudian terus mama dimasukkan ke labor room. Baba tidak dibenarkan masuk bersama.

Labor Room
Nurse terus pasangkan alat untuk buat CTG pada mama. Lebih kurang 7.30 pagi, doktor datang buat VE, bukaan sudah 4cm. Doktor pecahkan air ketuban dan doktor beritahu mama jangakaan bersalin lagi 6 jam, iaitu mungkin lebih kurang pukul 2 ptg baru ready untuk bersalin. Makin lama makin sakit. mama tak dapat ceritakan sakit tu macam mana, tapi memang sakit. Setiap kali contraction tu datang, mama terasa nak meneran tapi doktor tak benarkan mama meneran. Doktor beritahu, kalau mama meneran, ia akan menjejaskan keadaan kamu dalam perut. Dah la sakit, tak boleh meneran pulak tu, lagi sakit rasanya.


Pukul 8 pagi, doktor datang bertanyakan tentang pengambilan Epidural. Doktor galakkan mama untuk ambil epidural memandangkan keadaan mama yang terlalu lemah. Mama cuba untuk tidak mengambil epidural, tapi mama minta dengan doktor tempoh setengah jam lagi untuk buat keputusan. Mama cuba kuatkan semangat, mama tak nak kalah, bibir mama tak putus2 membaca doa nabi yunus. Tapi sakit mama ini memang tak tertahan lagi. Tenaga makin berkurang, mama takut kalau mama tiada tenaga, mama tak boleh lahirkan kamu secara normal. Akhirnya pada pukul 8.30 pagi, mama buat keputusan untuk ambil epidural dan memberitahu kepada nurse berhampiran.Tunggu punya tunggu, dah dekat satu jam doktor yang sepatutnya masukkan epidural tak datang-datang. Dalam tempoh itu, mama terus berperang dengan kesakitan yang amat sangat. Datang tempoh itu juga, mama didatangi oleh doktor praktikal yang bertanyakan pelbagai soalan. Pada mulanya, mama cuba menjawab soalan2 yang diajukan, tapi lama2 suara mama ditenggelami dek kesakitan. Mama terpaksa menghidu gas ubat tiap kali kesakitan datang. 

Lebih kurang pukul 9.40 pagi, dalam mama keseorangan di labor room, mama dihadiri seorang nurse. Keadaan mama masa tu dah senget ke sana, senget ke sini menahan kesakitan. Sampai pelekap untuk mengesan jantung kamu pun dah lari. Nurse tersebut tengok pada graf CTG, dia cakap bacaan jantung kamu dah tak cantik. Terus nurse tersebut buat VE, dan cakap "Eh, nak bersalin dah ni". Terus nurse tu keluar dan datang semula dengan beberapa orang doktor. Semuanya sedang membuat persiapan untuk mama bersalin. Setelah persediaan dibuat, terus nurse tersebut suruh mama "push". Dalam ketiadaan tenaga, mama kuatkan semangat dan dalam beberapa kali nafas dan tepat jam 10 pagi, akhirnya kamu keluar dari perut mama secara normal tanpa penggunaan Epidural. Mama nampak kamu, tali pusat kamu dipotong, mama mendengar suara tangisan kamu dan nurse tersebut terus menujukkan kamu pada mama. Lalu kamu dibawa keluar untuk dibersihkan. Tak lama kemudian, kamu dibawa kembali kepangkuan mama untuk sesi skin to skin. Sukanya mama melihat kamu, mata kamu terbuka luas melihat keadaan sekeliling. Selepas 5 minit kamu di atas dada mama, kamu diangkat untuk dibawa kepada baba untuk diazankan.

Mama bersyukur sangat kamu dilahirkan dengan selamat. Mengeluarkan kamu dari perut mama adalah perasaan yang terlalu indah. Mama juga berterima kasih dengan kehadiran nurse yang terakhir itu, dia benar2 menyelamatkan keadaan mama pada waktu itu. Syukur kehadrat Illahi atas segalanya.