Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, April 17, 2013

Update 2nd pregnancy

Alhamdulillah... minggu ni nak masuk 20/21 minggu pregnancy.... Tengok tu... minggu pregnancy pun tak confirm betul2. Ni lah akibatnye kalau tak ingat last date period, EDD pun tak confirm betul2 gak. Now, depend pada keputusan ultrasound je la. So far dah 3 kali buat ultrasound. Setiap hasil ultrasound memberikan keputusan yang berbeza-beza. Tapi tak lari banyak pun... +- 1/2 minggu je.

1st ultrasound - 4 weeks 3 days
EDD - 13/09/2013
Keadaan janin masih kecil, it's just a tiny dot

2nd ultrasound - 11 weeks 3 days
EDD - 08/09/2013 (a week earlier from the 1st scan)
Dah nampak bentuk kepala & badan

3rd ultrasound buat pada 20/03/2013 di KKIA menunjukkan Shu sudah 17 minggu pregnant dan EDD adalah 30/08/2013. Hmmm... tiap kali ultrasound EDD berkurang satu minggu.

Sekarang ni memang sesuai sangat nak buat detail scan. Appointment untuk detail scan pun belum set lagi, tapi tempat klinik berkenaan sudah dikenal pasti. Definitely masa tu, leh tau gender baby.

Sama macam 1st pregnancy, regular check up Shu buat kat KKIA je. Agak susah nak decide pada mulanya, sebab KKIA kat Batu 9 ni agak lembap perkhidmatannya. Nasib baik  manager sporting  bagi kelonggaran datang lewat ke office pada hari antenatal check up. Delay punya delay minggu ke 17 pergnancy baru terhegeh2 nak buat buku pink. Shu masih ada HB low problem for this time pregnancy. Sekarang ni tengah gigih makan sayur bayam hari2.

Lega rasanya alahan dah hilang. No more batuk2, no more pusing2 di petang hari, no more mual2 bila bau tumisan di dapur dan nikmat memakan ayam goreng juga sudah kembali. hehehehe... melantakk je lah kejenya sekarang ni, walhal nurse dah bagitau at this moment boleh gain 0.5 kg sebulan. Ni tak tau lah berapa kg dah naik. tunggu je la next check up.


Wednesday, April 10, 2013

Nak mengudi punya pasal, kene la postpone

PRU 13

Lihat poster di atas. Rasanya hampir semua orang dah tau kot, berita hangat hari ni, berita yang ditunggu2. Kat fb pun penuh friend update pasal benda ni. PRU-13 ni memang sangat mendebarkan. Shu pun baru first time nak mengundi. terasa gak bahangnye nak mengundi ni. Inilah masanya untuk kita menggunakan hak kita sebagai rakyat. Siapa pun yang akan memerintah, kita pasti mahukan yang terbaik.

Anyway, ini bukanlah reason utama Shu up entry ni. Sebenarnya 5 May tu Shu dah buat perancangan untuk menyambut Hari Lahir Saqlain yang ke-2. Disebakan mengundi, terpaksala postpone weekend yang lain. Now tengah mood excited plan birthday Party Saqlain :)

p/s: banyak sebanarnye cerita nak dikongsikan tapi jari jemari ini sangat berat untuk menaip. Sorry everyone.

Tuesday, February 12, 2013

Telur Mata 2

Korang pernah tak pecahkan sebiji telur, tapi ada 2 mata kuning?
Hari tu Shu pecah kan telur, surprise bila tengok ada 2 biji mata kuning. comel je bulat2 kecil.
Untuk Shu yang 1st time dapat pecahkan telur macam ni, mesti la rasa teruja, tapi Mr. Hubby cakap dia dah pernah tengok... tak heran punnnn...
Ada Shu kisah... yang Shu tau ni 1st time tengok sebiji telur ayam ada 2 mata kuning.

Macam 'SMILEY'
Kalau telur ni ditetaskan, mesti dapat twin baby chicken kan?
Pastu Shu pun mula berangan, kot2 dalam perut ni pun twin gak. hehehehe...

Versi setelah digoreng



Thursday, January 31, 2013

Yes, It's confirmed

Haishhhh... lambat betul nak update kan?. Baiklah, rentetan daripada entry sebelum ni (klik sini), dek kerana was2, shu buat test lagi. for second test, serta merta nampak double line dengan jelasnye.
Double line nampak dengan jelasnye.

Tapi masih tak puas hati lagi. Pergi famasi beli digital pregnancy test plak. Keputusannye positive pregnant, dan indicate 2-3 week conceived.

3rd test

Hamboi... dulu sekali test, terus confident, terus gi jumpa doctor untuk pengesahan. Kali ni sampai 3 kali buat test ko..... 

Next step, pergi jumpa doctor buat ultrasound, dah nampak dah, tapi masih kecil lagi. baru 4 minggu time tu. Tapi kalau ikut entry ni ditulis, dah masuk 7 minggu sekarang.

Memandangkan Shu lupa tarikh last period, doc suruh datang buat ultrasound lagi on the following month untuk confirmkan EDD. 

Pregnancy kali ini, Shu tak de la alami morning sickness yg teruk sangat. Bila petang je, kepala pusing2, badan rasa berat, sejuk2, dan mengantuk. Tekak dah tak leh terima Ayam. Padahal, ayam goreng memang favourite. Dulu pantang ade je drumstick ayam dalam fridge, mesti nak goreng. Makan dengan selera sekali, sekarang ni, pandang pun boleh mual tekak ni dibuatnye. Jadi, stock ayam pun dah kurang kat rumah ni. Bau2 masakan pun tak leh terima. Kali ni selera makan lain macam sikit. Tak suka makan lauk pauk berkuah,maybe sebab baunye kot. Bagi Shu sekarang ni, makan nasi dengan ikan bilis, dan kicap pun dah cukup. Mak masak lauk2 memang tak pandang dah. Dari segi makan, makin cerewet la. Tu yg jadi masalah bila nak kuar lunch pada hari bekerja. Tak tahu nak makan ape??? last2 telan subway je :(

Sunday, January 6, 2013

Year 2013, what to expect?

Entry pertama untuk 2013. Happy Year 2013 uols....
So, year 2013, what to expect?????
Look at the following picture....

tested on 31hb disember 2012

Hmmmmmm...... Am I pregnant? Nampak macam ada 2 line, tapi line lagi satu tu kabur2. Tu pun, nak nampak line yg ke-2... selang 2 minit selepas line pertama keluar. Macam experience test masa mengandungkan saqlain, lepas line pertama appear, terus muncul line ke-2 serta merta dan line yg muncul memang clear. Bila nampak je double line, memang happy giler, confirm tanpa was2. Tapi pengalaman kali ni macam was-was. So tak nak berharap sangat.

Shu memang dah lama tak period, dah lebih 2 bulan kot tak period. Shu cuba nak minum sesuatu yg boleh buat period keluar, tapi Mr. Hubby tak bagi, dia suruh test dulu. Dan.... itu lah resultnye.

3 minggu lepas ada gak buat test. Time tu test result single line je. dahla tarikh period terakhir tak ingat. Adoyaiiiiii....

Sehingga saat ni masih belum pergi jumpa doctor untuk confirmation.