Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label 2nd Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 2nd Pregnancy. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

08.09.13 : My Little Princess


Alhamdulillah, Shu sudah selamat melahirkan The Little Princess.

D.O.B: 8th September 2013 (same as EDD)
Time: 5.55am
Gender: Female
Weight: 3.91 kg
Mode of Delivery: SVD (Normal)
Name: TBC

Monday, September 2, 2013

Counting the days... mommies i need tips please.....

Last Monday checkup kat HUKM, doc dah bagi surat kemasukan wad. Kalau masih tak de tanda-tanda nak beranak, 7 September kene lapor diri di Wad O&G.

Surat cinta daripada doctor HUKM

Haih.... ni gara2 2nd result MGTT, gula tinggi... terus disahkan kencing manis.... owh tidak.... sampai sekarang Shu tak leh terima, sebab Shu tak de tanda2 pun kencing manis. Berat Shu naik tak mendadak. Siap kene refer dengan doctor berat tak naik ada lah. BSP test dah 2 round (8kali) buat, result darah pun cantik. Waktu Shu buat MGTT tu tengah bulan puasa... time tu gula memang tinggi kot. Tapi dah doc cakap cenggitu, berani nak membantah ke? Terpaksa akur tanpa rela :(

Mencik la kalau kene paksa2 ni. Tau... ni adalah untuk kebaikan ibu dan baby dalam kandungan, tapi sape yg suka kene paksa kan? Termasuk hari ni Shu ada 5 hari lagi sebelum termasuk dalam wad. At the moment, I pray hard supaya disegerakan secepat mungkin, Shu juga kerapkan berjalan, banyakkan buat kerja rumah.... kalau sape2 ada tips untuk memudahkan dan mempercepatkan bersalin... please share... 

Thursday, August 29, 2013

Persediaan bersalin kali ke-2

Minggu ke-38 dan memasuki minggu ke-39, persediaan untuk bersalin, berpantang & kelengkapan baby pada Shu sudah cukup seadanya. 

Untuk berpantang kali ini Shu memilih produk Nona Roguy. Masa berpantang anak pertama Shu mengalami sembelit yang sungguh menyeksakan. So Shu baca review, rata2 pengguna Nona Roguy tak mengalami masalah sembelit. On top of that, ramai yang berjaya menurunkan berat badan, tu la sebabnya Shu pilih NR untuk berpantang kali ni. Harap NR sesuai untuk Shu. Set NR ni shu beli secara online dengan harga RM285 1set (tak termasuk postage) dari SET Bersalin Mall. kira murah gak la, sebab dapat free gifts dan ada options plak gifts yang diberikan.

Set berpantang NR + free gifts, Maternity Pad, Pilis & Param
Dengan pembelian lengkap Set NR ni, shu pilih free gift pilihan 2 yang mengandungi:-
1) Kapsul haruan (60 biji)
2) Minyak telon
3) Tungku bayi 
4) Barut bayi (1 helai)
5) Pilis (1 paket)
6) Param (1 ketul)

Shu tambah lagi item berikut:-
1) Pilis Air Mancur - 5 paket
2) Param - 5 ketul
3) Maternity Pad (untuk digunakan masa heavy flow, beli juga pack kecil untuk dibawa ke hospital nanti)

Items berikut Shu dah ada:-
1) Bengkung bertali ( tapi macam nak beli bengkup berzip tu la, sebab bengkung bertali tu cuma boleh balut half part je)
2) Stokin
3) Krim Kurus ?????

Krim Felinna InchLoss

Ek eh!!!! terselit plak krim buang lemak ni. Al-kisah krim Felinna Incloss ni, Shu beli masa hujung tahun lepas, kononnye time tu nak apply untuk buang lemak2 jahat dalam badan ni. Elok je dah order, pi buat pregnancy test, positive plak. Makanya, simpan aje lah niat nak membuang lemak, Shu guna lepas bersalin nanti. Dalam set NR pun dah disertakan dengan Krim barut, so habiskan dulu yang tu, then baru guna krim Inchloss.

Keperluan baby pun sudah disediakan seadanya. Mostly memang recycle Saqlain punya... baju2, kain lampin, barut, kain bedung, blanket... semua ni telah dikeluarkan darip kotak simpanan, dipilih, dicuci dan diletakkan dalam baby's box. Barang baru, Shu beli 4 set baju, set mandian/wangian Pureen & newborn diapers. Shu masih tak confident dengan gender baby, tu yang tak shopping banyak2. Lepas berpantang baru gi shopping.

Tak lupa juga persediaan breastfeed. Ni pun kene buat persediaan jugak. Last time Shu dah ada 2 breast pump (bp) manual & electric. Patutnye, bp electric tu kene hantar gi service since dah lama  x guna tapi Shu betul2 frustrated dengan supplier bp Modu. Nanti Shu citer kat entry lain la ye. Buat sementara dalam pantang nanti, Shu guna manual dulu la. Lepas habis berpantang baru beli bp electric bagi menggantikan bp Modu. 

Ini je persediaan fizikal yang Shu buat, selebihnya tengah buat persediaan mental untuk menghadapi proses bersalin, tempoh berpantang 44 hari, bagaimana nak handle Saqlain dan adiknye nanti. Walaupun sudah pernah menghadapinya sebelum ini, tetap rasa berdebar. It's just like a new story to begin.

Friday, August 2, 2013

2nd MGTT

Week 34 - Tadi baru lepas minum air gula untuk yang kedua kalinya untuk 2nd pregnancy. 1st MGTT result 7.3 which very near to diabetic. Hmmm... so kene buat 2nd test. Hopefully this time result adalah normal.
Rumah dan klinik jaraknye sekangkang kera je. Balik dulu ar, tak kuasa nk bertapa lama2 kt klinik. Jap lagi pergi semula utk amik darah, then chow pergi kerje.
By the way, ini entry untuk test upload entry guna Blogger-droid.
Kt bawah ni latest pic ibu mengandung.

Monday, July 1, 2013

Detail scan @ week 21

Sewaktu kandungan  kedua berusia 21 minggu, Shu pergi buat Detail scan & 3D/4D scan. Masa 1st pregnacy pun Shu ada buat detail scan (entry di sini). Pada pandangan peribadi Shu, detail scan ni penting, bukan sahaja kita dapat lihat perkembangan bayi dalam kandungan secara terperinci, malah dapat mengesan sebarang ketidaknormalan pada fizikal bayi & tumbesaran.

Shu nak cerita terperinci hasil keputusan detail scan pun tak berapa ingat sebab shu buat ni dah lama. Sekarang shu dah 29 minggu pun. Tapi menurut sonographer Jezlyn, tumbesaran bayi adalah normal dan mengikut jadual. Alhamdulillah...

Kat bawah ni Shu upload imej yang telah diambil semasa detail scan berlangsung. Sesi detail scan hanya boleh dilakukan dengan paparan imej 2D.

Imej my 2nd baby

Imej Otak

Tak pasti imej apa ni, rasanya kedudukan buah pinggang kot.
Boleh nampak tulang kerangka bayi juga.

Detail scan report (1/4)

Detail scan report (2/4)

Nak tau jantina baby, tengok report berikutnya :)
Detail scan report (3/4)

Detail scan report (4/4)

Seterusnya, jom tengok hasil 3D/4D scan plak. Tak senang tau nak capture imej 3D/4D ni. Baby tak nak bagi kerjasama, leh tidur plak tu. Lepas habis detail scan, Ms. Jezzlyn suruh jalan-jalan 10 minit dulu dengan harapan baby akan jaga dan bergerak aktif. Tapi still baby tak bagi sepenuh kerjasama. So, ini je lah hasilnye..

Imej tangan tutup telinga

Imej tangan tutup telinga (2)

Kali ni angan dah tak tutup telinga
Bak kate hubby, nampak gayenye, gen mama lagi kuat, sama macam abangnye, hidung tak tinggi. Huh!. We will see soon anyway.

Untuk detail scan ni Shu booked online dari website BAYI-IBU.com. Ms. Jezzlyn buat detail scan ni di 3 tempat iaitu Shah Alam, Ampang dan Seri Kembangan. Shu pilih tempat yang paling dekat dengan rumah Shu kat Seri Kembangan di mana ia beroperasi di alamat yang berikut:-

Poliklinik An-Nisa'
No.5, Jalan BPP 8/1 Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor
43300, Malaysia

Berikut senarai harga bagi setiap pakej:-

3D/4D Scan Charges : RM120 ( include 3D picture and video in CD and 1 4R Colour Print Out)

2d Detail Scan Charges : RM150 ( Check for anomaly in 2D scan, for 20-24 weeks only! )
3D/4D Scan + 2d Detail Scan Package : RM220 --> Shu ambil pakej ni.

2D scan : RM50 (only for ampang and seri kembangan area)



For twin:

3D/4D Scan Charge : RM130 (include 3D picture and video in CD and 2 4R Colour Print Out)
2d detail scan : RM280
3D/4D Scan + 2d Detail Scan Package : RM320


Personally, I think it was a reasonable price for detail + 3D/4D scan which included 1 printed 3D/4D image and CD which consists of all captured images and videos.

For further info kindly visit their website or visit their facebook page.

Wednesday, April 17, 2013

Update 2nd pregnancy

Alhamdulillah... minggu ni nak masuk 20/21 minggu pregnancy.... Tengok tu... minggu pregnancy pun tak confirm betul2. Ni lah akibatnye kalau tak ingat last date period, EDD pun tak confirm betul2 gak. Now, depend pada keputusan ultrasound je la. So far dah 3 kali buat ultrasound. Setiap hasil ultrasound memberikan keputusan yang berbeza-beza. Tapi tak lari banyak pun... +- 1/2 minggu je.

1st ultrasound - 4 weeks 3 days
EDD - 13/09/2013
Keadaan janin masih kecil, it's just a tiny dot

2nd ultrasound - 11 weeks 3 days
EDD - 08/09/2013 (a week earlier from the 1st scan)
Dah nampak bentuk kepala & badan

3rd ultrasound buat pada 20/03/2013 di KKIA menunjukkan Shu sudah 17 minggu pregnant dan EDD adalah 30/08/2013. Hmmm... tiap kali ultrasound EDD berkurang satu minggu.

Sekarang ni memang sesuai sangat nak buat detail scan. Appointment untuk detail scan pun belum set lagi, tapi tempat klinik berkenaan sudah dikenal pasti. Definitely masa tu, leh tau gender baby.

Sama macam 1st pregnancy, regular check up Shu buat kat KKIA je. Agak susah nak decide pada mulanya, sebab KKIA kat Batu 9 ni agak lembap perkhidmatannya. Nasib baik  manager sporting  bagi kelonggaran datang lewat ke office pada hari antenatal check up. Delay punya delay minggu ke 17 pergnancy baru terhegeh2 nak buat buku pink. Shu masih ada HB low problem for this time pregnancy. Sekarang ni tengah gigih makan sayur bayam hari2.

Lega rasanya alahan dah hilang. No more batuk2, no more pusing2 di petang hari, no more mual2 bila bau tumisan di dapur dan nikmat memakan ayam goreng juga sudah kembali. hehehehe... melantakk je lah kejenya sekarang ni, walhal nurse dah bagitau at this moment boleh gain 0.5 kg sebulan. Ni tak tau lah berapa kg dah naik. tunggu je la next check up.