Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, December 29, 2010

BOY or GIRL

20.12.2010

Scan kandungan buat kali ke-2. Nak jengah keadaan baby, dah nampak kepala dan badannya, Nampak jugak jantung baby sedang berdegup . Alhamdulillah, doc Andy cakap baby normal.
Tu scan image pada minggu ke 21. Doc cakap baby tengah bersujud.Ada juga tanya pasal Detail scanning dan doc Andy cakap sekarang masa yang sesuai nak buat detail scanning sebab sudah minggu ke-21. Range yang sesuai adalah minggu ke 19-23. Lepas tu tak boleh sebab baby sudah membesar dan tulang2 baby sudah melindungi organ2 baby. So, dah set appointment on 6th January 2011, 8.30 p.m.

Fetal Anomaly Scan atau lebih dikenali sebagai detail scan ni bertujuan untuk melihat anatomi bayi dengan lebih terperinci, mengenal pasti ketidaknormalan pembesaran dan struktur bayi serta menentukan kedudukan ari-ari. Untuk maklumat lanjut mengenai detail scan ni boleh rujuk website Malaysia Gynaecologist, Malaysia Paediatrics, Klang Maternity Hospital

Another news, Mr. hubby paling excited dan happy bila dapat tahu gender baby. Keluar dari klinik terus cakap, "
After this can start shopping for baby". Tu yang syok dengar, heheheh...

Agak2nya baby ape ek? Cuba teka. Anyway, let me keep it secret first. Nak double confirm dulu, sebab one of my fren cerita pengalaman masa diaorang scan their 1st baby, the doctor said it was Boy. During scanning, it was clearly can see the 'bebird'. Tup!tup, bila keluar, gegirl la pulak. Maybe lepas Detail scan baru cik shu share ye.


Tuesday, December 28, 2010

Maternity Pants

Finally, sudah ada maternity jeans. Beli kat Jaya Jusco (JJ) masa jualan J-card day kat Mid Valley beberapa minggu lalu. Minggu sebelum tu dah survey kat JJ Wangsa Maju, tapi tak de diskaun. Bila tengok time J-card day ada diskaun 20% terus rembat 2 pasang, kaler biru dan hitam. Boring la asyik pakai slack, dah la kat office boleh pakai kasual, haruslah ada jeans.

Walaupun perut belum membolat, tapi dah tak boleh pakai jeans yang selalu pakai tu, jeans lama saiz 34 masih boleh pakai lagi, tapi tak selesa. Rasa macam sempit je perut ni, cian kat baby dalam perut ni, lagi pulak material jeans yg kasar dan keras. Memang selesa pakai maternity pant ni.


Kat bahagian perut tu boleh adjust nak besar atau kecik. Rasanya lepas bersalin pun boleh pakai lagi kot.

Sunday, December 26, 2010

3rd Check Up: Meal Glucose Tolerance Test (MGTT)

14.12.2010

Last week, minggu ke-20 pregnancy buat check up kat KKIB Sentul. Check up kali ni kene buat MGT a.k.a minum air gula. Cik Shu kene buat test ni sebab keturunan memang ada diabetis. Sebelum ni, macam2 Cik Shu dengar pasal minum air gula, sampai cik shu pun scary nak minum air gula tu. Bila diri sendiri kene hadapi, telankan aje la. So masa nak minum tu fikiran cik shu tak fokus akan kemanisan air gula tu (
yang hakikatnya memang manis), tapi fokus nak habiskan segelas air gula tu. Lagi pun cik shu antara terawal, so air gula tu masih suam2 lagi. Jadi rasanya macam minum air suam yang likat. Alhamdulillah, cik shu tak dipengaruhi oleh ibu mengandung sebelum giliran cik shu. Ibu mengandung sebelum cik shu amik masa lama gak nak habiskan air gula tu, sampai keluar air mata. kesian tengok dia. Done 1st part, kene tunggu 2 jam sebelum darah diambil. Sementara tu, pergi ambil lain2 bacaan seperti check up yang lalu.

Tekanan Darah --> OK
Berat --> Naik 2.5 kg (kira ok kot, sebab bulan sebelumnya berat tak naik pun)
HB --> turun lagi, 9.6

Disebabkan HB turun, nurse amik darah lebih sikit untuk diuji selain untuk uji kencing manis. Harap2 takde ape2 la.

Check-up kali ni gak cik shu dapat dengar degupan jantung baby. Masyaallah, terasa kebesaran Allah s.w.t. bahawa ada nyawa dalam perut aku. Alhamdulillah, keadaan baby adalah normal.

Lagi satu yang cik shu risau, perut ni kecik je, tak nampak macam ngandung pun, padahal dah 5 bulan pun. Ramai yang tegur tak nampak perut. Tapi, nurse cakap tak payah risau pasal perut ni. Nanti2 besar la. Pastu, pandai pulak perut ni main nyorok2, bila kat rumah, nampak gak perut ni, tapi bila kat office, tak nampak perut pun. Masa kat KK, excited tengok perut ibu2 mengandung membulat ;).
Tak sabar2 nak tunggu perut besar. Hehehe...

Cik Shu pun dah bagi tau dengan manager akan keadaan diri ini yang sedang mengandung. Rasa lega bila dah bagi tau. Ye lah, cik shu keje based on project, memang patut pun bagi tau supaya senang manager nak plan resources. Ni pun atas nasihat Kak Zura, kalau tak... sampai sekarang la cik shu rahsiakan.

Thursday, December 23, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Kene tag dengan blogger Cuna lagi untuk giveaway MAMA KEMBAR 3. Giveaway ni adalah anjuran blog MAMA KEMBAR 3 tapi penaja hadiah adalah daripada blog Itsy Bitsy Secrets...
Jadi, haruslah kene jadi follower untuk kedua2 blog ni kan. I'm done.


follower blog "Mama Kembar 3" --> 1150
follower "Itsy Bitsy Secrets" -->
400

Cik Shu dah pun berblog walking kedua-dua blog ni. Kak Nani ni adalah pemilik kepada blog MAMA KEMBAR 3 dan memiliki 3 orang cahaya mata kembar 3. Kebanyakan entry kak nani ni berkisarkan anak-anak kembarnya.
Manakala blog itsybitsysecrets pula merupakan blogshop yang menjual barang2 wangian, telekong dan aksesori wanita. berkenan gak cik shu dengan telekong2 daripada itsybitsysecrets.


3 lucky blogger yang cik shu nak invite untuk join blog ni adalah...

1. GathiS AYU
2.
ColoURful JOurneY
3.
AIN NAZRI

Aduhai, asyik tag orang yang sama je, kesian korang. Lepas ni kene tambah banyak gang2 blogger la nampaknya.
So korang boleh pergi ke link ni untuk dapatkan details giveaway ni anjuran MAMA KEMBAR 3 ni.

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Dan, tarikh tutupnya adalah 6 Januari 2011, So sempat lagi ni. kalau tak menang pun, maybe boleh tambah kenalan :)

Monday, December 20, 2010

Tempat keje baru

Sudah 1 bulan Cik Shu di tempat keje baru, baru sekarang nak masuk entry. Sekejap je masa berlalu kan? Kalau buat masa awal2 join, macam awal sangat lak nak buat judgement. So, tunggu dah start running project baru leh story. Ok, mulakan dengan ....

1-
Perasaan pada company. Mula2 tu memang berbelah bahagi nak masuk company ni, sebab banyak dengar benda yang buruk daripada yang baik. Tapi bila dah masuk, semuanya jadi terbalik. So, pada blogger2, jangan terlalu dengar dengan khabar angin daripada 1 pihak saja lebih2 lagi kalau dia cuma keje 2-3 bulan kat situ je. Cuba dapatkan maklumat daripada orang yang dah keje bertahun2 kat company, so barula opinion dia dikira valid.

2-
Belajar benda baru dan proper testing process - Cik Shu rasa macam fresh grad je kat sini. Walaupun dah ada experience kerja 3 tahun, tapi banyak benda yang cik shu missed. Environment and working style is totally different. Kat sini, kene guna tool (QC), belajar SAP. Diaorang dah ada proper process, so kerja tersusun. Kalau company lama, process tak establish, banyak stage skipped, so walaupun cik shu tahu process2 yang sepatutnya tu tapi cik shu tak de peluang nak adapt knowledge yang pernah belajar masa training. Basically, cik shu keje dalam software testing. Kalau dulu buat testing ikut suka hati, tapi bila masuk sini barula cik shu kenal apa itu testing scope. Dulu masa training ada belajar, tapi tak pernah apply pun kat previous company. Buat testing suka2 hati, buta2. Hopefully, kat sini cik shu dapatla experience yang diidam2kan.

3-
Company benefit - Benefit offered by current company is far better than the previous company. Annual leave lebih, medical claim and insurans cover spouse sekali, ada optical dan dental claim. Paling best, kalau public holiday jatuh pada hari Sabtu, hari Jumaat tu akan cuti. Pendek kata serba serbi lebih la. Gaji for sure la lebih... Alhamdulillah. Hmmmm... bagi orang lain ni mungkin benefit2 biasa yang pernah diaorg dapat tapi cik shu tak pernah dapat benefit macam ni kat previous company.

4-
Time flexibility - Boleh dikatakan kat sini, waktu kerja adalah flexible walaupun official office hour adalah 9am - 6pm. Normally, waktu kerja based on project, ada yang masuk kul 9, 10, 11,12, depend on project dan tempoh bekerja tetap 8 jam sehari. Ada jugak yang boleh kerja dari rumah (Work from Home - WFH). Tapi cik shu belum cuba lagi la WFH ni, kalau ada keperluan je boleh buat macam ni.

5-
Unlimited internet access - Nak kate unlimited, ada gak site yang kene block macam social networking website for sure kene block. Tapi website lain2 so far semua leh masuk. Bukannya apa, senang nak buat research pasal keje. Compare ngan company dulu, mood untuk belajar terus turun merudum lepas internet access kene sekat.

6-
Orang2 sekeliling - Sangat peramah dan very helpful. Tak terasa pun diri ni macam orang baru.

7-
Social Club - Rasanya kelab ni memang dah biasa bagi mana2 company. Kelab ni akan susun aktiviti2 sosial untuk staf untuk merapatkan ukhwah antara pekerja. Setakat ni diaorang ada buat bowling tournament, bagi breakfast free (1 hari aje) dan banyak lagi la dalam perancangan. Bezanya, kat company dulu pun ada kelab macam ni tapi setiap bulan kene potong RM5 daripada gaji. Kat sini tak payah potong pun.

8- Lokasi - Office kat bangunan The Gardens, Mid Valley. Tak berapa jauh dengan rumah, lebih kurang 10-15 minit perjalanan je. Nak gi keje tak jam, balik keje jam skit. Tapi yang syoknye dengan shopping mall, cepat je dapat informasi kalau ada sale, j-card day atau free stuff. hehehe...

Overall, Alhamdulillah, cik shu happy dengan apa yang ada sekarang ni. Waktu2 terakhir masa kat previous company, my manager ada gak macam psyco cik shu, sebab cik excited nak masuk company baru, siap cakap
'The grass is not always greener on the other side'. Tapi nampaknya the grass over here is greener than the previous side.