Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, May 22, 2012

My last day in NGA

Exactly 1 and half year, I worked for NGA. Sincerely, it was a different feeling from what i felt when I left Nexbis previously. There is no reason to leave NGA but there is no reason to reject a good offer too. Decision has made and 8th May 2012 was my last day in NGA. Yup, it was 2 weeks ago.  Sedih tau! sob.. sob...

The last thing to be returned. Inilah benda yang Shu bawak kehulu ke hilir. 
Masih ingat lagi, masa nak tender my resignation, Aduhai...punya lah susah. Berhari2 email dok dalam draft. Satu keputusan yang di luar jangkaan. Tak terlintas pun dalam fikiran nak tukar keje sebab rasanya macam baru je company ni. In fact, tak apply pun mana2 job. Tapi.... gatalkan, orang panggil interview, dengan slumbernye attend interview tu. Kalau dah namanya rezeki, takkan nak tolak pulak. I tell you, it was very very hard decision to make. 

I was happy working in NGA, love the working environment and the people as well. Tak sempat nak kenal dengan semua staff dalam department tu dah nak blah. Anyway, NGA provides a good working experience, benefits and definitely i won't forget it. Bila Shu dah accept a new job offer,of course the benefits and offer are better but ada jugak certain area yang NGA lebih.

My temporary cubicle. Sepanjang keje kat sini, dah beberapa kali tukar tempat duduk. Memang takkan ada tempat duduk tetap. 
Key chains collection.
Colleagues kat sini, asalkan pergi travel or outstation suka bawak balik buah tangan.
My current project and name of each team members.
Lepas ni kene turun la nama tu.
All of us in Securex
From right at front line:- Huei Chee, Syida, Fakhri, Kak Fiza, Ayu & LiPyn
At the back :- Me and Yuzreen
Thanks for the gift. Sure i'll put on my table in new office
With Ayu and Yuzreen at in front of GTS aquarium
Shu pun dapat gak gift dari colleagues yang lain. Serius sangat terharu. Korang betul2 buat aku sedih and make me feel not to leave you guys. Saqlain pun dapat hadiah tau.
Gift from Gee, Securex team, fiza & sikin
Hey guys, if you are reading here, the ICT industry in Malaysia is very tiny, as long as we’re still in the same industry, we will, indeed, meet again, one day. Gonna miss everyone in NGA


Monday, May 21, 2012

Aktiviti yang akan diRindui

Jeng! Jeng! Jeng! Inilah aktivitinye. Berkaraoke dikala dalam ketensionan adalah sangat menggembirakan. Waktu lunch pun sempat lagi. hehehehehe

Red box @ The Gardens

Anyway, Shu bukan la penggemar karaoke. Tapi gara-gara tak pernah gi karaoke dan dek penangan ajakan      Miss Ayu for the first time dulu. Lepas2 tu pantang diajak la kekdahnye. Biasanya beramai2 perpakat2 dengan opismate serbu Red box tu pada hari Jumaat bagi release segala ketensionan. Of course la kene pergi situ time keje tak banyak kan.


With my partner in crime, Pn. Sikin

But this time around, berkaraoke berdua dengan Sikin pada hari Isnin dek kerana the last Friday that i have in NGA was public holiday. Disebabkan dah plan nak berkaraoke for my farewell, jadi redah aje for the 4th time.

Aksi bergedik depan kamera wajib ada. Lepas ni ntah bilanye nak bergedik macam ni. Memang tak de la kot jawabnye.

Suara memang out tapi suke nak nyanyi. Bedal je as long as we have fun.

Suara ini budak memang power, agak2 time Shu tengah nyanyi tak boleh nak bawak lagu tu, cepat 2 suruh Sikin back up. Haiyaaa...

Lunch @ Red box treated by Pn. Sikin. Thanks fren ;)

Sangat2 enjoy berkaraoke masa ni. I will always gonna miss this time.

To Sikin, Shu sangat senang berkawan dengan sikin, maybe sebab kita selalu fikirkan perkara yang sama. Macam2 topik kita boleh borak.... personal life, family, keje, investment, future planning, kesihatan, politik and gossipssss tooo... Ini jugak lah teman jalan2 cari makan time lunch dan kitaorang akan makan apa saje yang kitaorang rasa nak makan tak kira awal bulan atau pun hujung bulan. hihiihihihi

p/s: Korang2 yang pernah berkaraoke dengan aku, jangan lupa aku kalau gi karaoke tau.


Friday, May 11, 2012

Sayangilah Hati-Hati Kecil Ini..





Satu cerita yang Shu nak share dengan kawan2 blogger yang bergelar mommy, ibu, mama, mak, umi atau apa saja panggilan pun. Sumber ini adalah daripada blog mommy iskandar. Ini juga adalah peringatan untuk diri sendiri agar Shu dan mama2 yang lain akan jadi mama yang baik buat anak2 kita.

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan..

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”

Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,

Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,
“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,

Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,
“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,
“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,

Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,

“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”
“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”
“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,

ibu tentu suka terutama yang unggu,
“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,

Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,

Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


Sekadar renungan untuk diri saya sendiri dan anda semua.. Hargailah permata hati kita..

Oh My son, mama will try my best just for you dear.

Wednesday, May 9, 2012

ber'Baskin Robbins' on Pink Day

Hajat nak makan aiskrim Baskin Robbins dengan Puan Sikin dah lama tersimpan. Sejak dari kembali bekerja lepas cuti bersalin, tangguhkan dulu sebab pantang 100 hari minum ais. Bila dah habis pantang, puasa la pulak, tak dapat gak pergi. Nak pergi makan lepas lunch, perut pulak dah sebu. tangguh punya tangguh sampai la hari rabu minggu lepas, tak boleh tangguh lagi. Mesti pergi gak walau macam2 mana pun itulah Rabu terakhir Shu keje kat mid valley. Pasni dah tak dah nak makan heaven2 suka2 hati.Walaupun cuaca petang sejuk dek kerna baru lepas hujan lebat. Namun diredahkan jua tekak ini makan aiskrim.


Anyway, haruslah pergi hari rabu, sebab hari ialah Pink day. Tunjuk je ape2 kaler pink yang korang ada. Dah boleh makan aiskrim baskin robbins dengan harga murah. Double junior scoop cuma RM7.50 je. Kalau hari biasa, mau gak berbelas2 harganya.

Double jr. scoop @ RM7.50
+
Brownie ala moda @ RM12 
See... kitaorang purposely pakai pink on that day hanya kerana nak makan aiskrim baskin robbins. hihihih


Thursday, May 3, 2012

Happy 1 year old son

# Late and quick update sebelum 3 May melabuhkan tirai.


Alhamdulillah, anak mama Mohammad Saqlain @ Shawaiz sudah pun berusia 1 tahun. Syukur dengan kurniaan Ilahi ini yang tidak ada tolok bandingnya. Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan buat Mohammad Saqlain dan juga diberikan takdir yang baik buat anak mama. Jadilah hambaNya yang taat pada agama ye sayang.

Latest pic taken this morning

Tak decide lagi whether nak buat birthday party untuk Saqlain atau tak. Sebab, sebelum ada anak dulu.. fikir tak nak celebrate birthday 1 tahun, sebab macam kesian je dia tak dapat enjoy party sendiri. Tak faham apa2 lagi. Tapi tengok mommy2 yg lain buat party, rasa teruja nak buat jugak. Tengoklah, kalau ada bajet, nak buat jugak lah.