Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, August 20, 2015

Come back :)

Rindu giler okay nak conteng2 kat blog ni. Tak tau nak cakap mcm mana setelah berbulan2 tak meninggalkan jejak kat sini, kalau mengandung pun dah bole keluar lagi sorang gamaknye. Hihihihihi...

Baru bulan ni rasa kelapangan sikit, boleh tarik nafas lega sikit setelah mengharungi 4 bulan yang super2 busy beez beez beez. Sesungguhnye terasa rugi2 sangat tak dapat nak share sepatah habuk kat dalam blog yang dianaktirikan ni, tambah pulak otak mak2 yang mudah sangat pelupanya, istilah #throwback tu macam payah je, tapi akan cuba la mana yang boleh.

Actually, waktu tengah menaip pukul 2.45 pagi. Serius tak tau kenape mata ni tak mo tido. Pikir punya pikir setelah menelan 2 keping roti bersapukan susu pekat dan milo... nyums nyums.. (tu sebab badan tak mo kurus) dan otak mula berfungsi, terus nak buka blog & nak update sesuatu. Tapi... nak update ape eh? 

Okay, kalau korang bacala, last entry pasal Shu resign kan... Memang jadik resign, elok je bulan Nov 2014 selamat meninggalkan company tu, then join company baru. Tapi.... bulan Feb 2015 Shu join balik... huahuahuahuahaaa.....

Ape issue dengan company yg telah Shu tinggalkan tu? Actually, rasa bersalah gak nak resign, sebab tau manager yang hire tu betul2 kasi peluang Shu belajar benda yang memang selama ni Shu cari dan kejarkan. Memang semuanya depan mata la, tinggal nak tak nak je. Tapi seriously hati ni macam tak de kat situ. Baru masuk keje, tapi Aura nak bekerja tu tak de. Actually, since 1st day, dah rasa out, lepas tu terbawak2 hingga ke hari seterusnya. On 1st day lagi, dah rasa clueless, lagi sadis masa 1st day tu, tak de sapa ajak lunch. Shu like what??? dah 3 kali Shu tukar keje since start keje tahun 2008, ni kali pertama lunch tak de orang ajak. Ha... mesti korang cakap... eleh... tu pun nak sedih, tak independent, cakap je la ape2 pun tapi ni 1st time kot rasa situasi macam ni. Shu pulak jenis tak suka makan sorang kat open place. Sebab bajet, confirm team at least, akan ajak makan2. Rupenye nan hado. kalau tau... siap2 bawak bekal. Disebakan peristiwa hari pertama tu, maka hari2 seterusnye... memang bawak bekal la. dan ada few reasons lagi la nape Shu nak chow. Sambil2 usha2 cari keje lain, tup tup manager company sebelum tu contact tanye khabar dah offer masuk balik, ape lagi, bagai pucuk di cita ulam mendatang la. Pendekkan cerita, masuk la balik company yang Shu keje sekarang ni, tapi bertaraf contract la, tu je opening yang ada. Tak pe la, doa2 ada rezeki untuk diserap semula. Masuk2 memang hazab la, involve dengan project untuk company split ni, 2 projects concurrent plak tu. But Shu happy je, willing je nak buat. for the past 4 months, memang life Shu upside down la. Mujur la ada support daripada insan2 yang ku cinta. Alhamdulillah...

Tu la Alkisahnya... So dalam minggu ni, kat opis team kitaorg buat potluck. Penganjur tak perasan, raya dah habis sebenarnya, ah... bantai je... yang penting makan. Photos kat bawah ni, boleh dikatakan, sebahagian besar team Shu sekarang, tapi lepas split nanti berpecah dua la kitaorang, ni pun sebahagiannye ada yang dah ke KL.

PS team Cyberjaya on Potluck day
The trio, gang gossip kat opis, tak pakat pun nak sama tema


Monday, November 3, 2014

Dear Sir, I Quit.


Hi peeps, lama day tak conteng2 kat sini. Look at picture yang shu tepek pun sudah cukup untuk merungkai segala-galanya. Selepas 2 tahun setengah berkhidmat dgn company sekarang ni, akhirnya shu decided untuk cari job baru, yang shu fikir lebih menepati kehendak shu at this moment.

Yes, 2 tahun lebih bukan tempoh yang lama. Belum habis timba pengalaman pun, dah pulak nak cari job lain which Shu rasa it's inappropriate. But seriously, actually from the 1st day Shu join this company pun... shu dah rasa nak cari job lain. Tapi.... shu cuba pujuk diri sendiri, gigihkan diri... wait and see what I can gain. After 2 years, I think it's enough, not much in terms of job knowledge and skill I gain here and it's about time to move on. Nak level up pun seems like there is no opportunity at first. So... that's it... there the episode of updating resume and job hunting started.

What I want actually? At this point of time Shu still interested to explore further in the current I involve in. Baca keyword tu.... "further". Maksudnye in deep, dan shu nak gain experience in mana2 part yg belum shu sentuh lagi. For that, Shu kene selective dengan company yg shu nak apply. Ceeewahhh ... bajet macam bagus kan???? I know, shu x bagus mana pun, in fact skill yang shu ada pun minima je. So.... what I did was... shu apply job yang skill mentioned kat JD yg tak de kat shu. Kononnye.... kalau dapat, dapat la peluang buat benda2 tu, dapat la gain new skill. Huhuhuhu.... nampak tak kaedah ni, kaedah gaye x mo keje. Confirm la employer akan panggil candidate yang ada required skill kan.... but i don't care... if Shu apply job yang menepati skill yang Shu ada, shu rasa I will do the same task all over again. While my intention is to learn....So, shu kene cari jd yg lain skit. And kalau ada company yg sudi panggil interview, that's a bonus and I'll try my best.

Shu apply tak banyak pun... so dalam banyak2 tu ada la 2 company sangkut panggil interview. Yang 1st tu Failed. Biasa la... skill interview out time tu, boleh plak kenal dengan interviewer... hmmmm.... ape lagi???? Memang gugup yang luar biasa la... forget about it. Tak lama lepas tu dapat plak panggilan interview dari 2nd company. This round, take time to prepare. Kasi solid segala knowledge yang ada. Sebelum citer panjang lebar lagi... Shu nak bagitau yang Shu suka interviewer 2nd company ni. Dah berpuluh2 interview shu pergi, tapi interviewer ni, style nye lain pada yang lain. Masa interview tu, betul2 dia cungkil kelemahan shu with his own way. Dah rasa macam sesi motivasi dan membina jati diri plak. Perasaan sepanjang interview tu, mula2 rasa cool.... then start loosing confident... sampai terasa.. owh mannnn I should't say this way. In any of his questions, he's not only taking my input but he also gave his input in every of my answers. And his input is worth to hear for future improvement. Tapi time tu memang dah loose hope dah la kan. Until a moment he starts asking questions which boost up my confident again. Pulakkkk dah.... nampak tak betapa bercampur2 perasaan shu masa sesi interview tu. Giler emosi!!!!

Owh... sesi interview ni ada 2 stages. Kalau pass 1st stage - face2face then proceed to 2nd stage which is written test related to position applied. So... dipendekkan cerita, at the end of the session boleh plak dia tanye patut ke dia kasi shu written test? Dengan confidentnye jawab Why not? Hahahahahaah. Maka dapat la Shu ke stage berikutnye.... written test ala2 assignment. Interviewer email soalan and do it over the weekend.

Lepas submit test, tak lama pun dah dapat result. Adehhh... panjang lagi ceritanye... tapi malas nak sambung aci tak?


See ya in next new story ;)



Friday, May 16, 2014

DIY: Jom sembunyikan extension wire yang menyemakkan

Initially, refer kat gambar bawah ni, macam tu la pandangan dan susun atur atas tv kabinet rumah Shu. Orang yang jenis macam Shu ni, memang sakit je mata tengok benda-benda berselerak ni. Tapi Shu pun bukan jenis yang suka mengemas sangat pun. Tapi kalau tiba mood mengemas tu, tak tau nak berhenti la plak.
Sebelum

Sebelum Shu DIY kotak wayar ni, shu ada pernah beli kotak wayar kat MR. DIY, tapi saiz yang shu beli tu kecik sikit, tak muat masuk kepala extention yang besar2 saiznye. Bila google blog2 susun atur rumah, jumpa plak DIY extension. Ape lagi, berDIY la Shu. 

Taraaaa.... tengok gambar kat bawah ni, baru rasa sedap mata memandang. Sebelum ni, remote-remote TV dan telefon tu... asyikla bersepah, asyikla nak kene susun. Sekarang elok je dok setempat, no more semak2. Lapang je atas kabinet TV tu.
Selepas: Susun Atur atas kabinet TV.
Wayar extension dalam kotak, telefon & kotak remote kat atas kotak.

Tak susuh pun nak DIY kotak wayar extention ni... semudah 1,2,3 je
Barang2 yang diperlukan: kotak kasut, kertas pembalut, seletape, gunting.
Cara2 membuatnye:
1) Tebuk atau potong sebahagian sisi kotak untuk laluan wayar. Sample potongan sisi seperti gambar dibawah.
2) Balut kotak kasut kemas2.
3) Masukkan suis extention dan susun elok2 wayar2 yg terlibat.

Settle. 

Sisi kotak yang telah ditebuk

Uols pun boleh cuba jugak!


Wednesday, May 14, 2014

ARTICULATE VENTURE penjual cheese powder PENIPU!!!!

Haaaa..... baca tajuk pun dah tau kan entry berkenaan ape??? bengang sangat dengan dealer  ARTICULATE VENTURE PENIPU ni. 

Meh nak citer, Shu placed order tepung Mashed potato dengan ARTICULATE VENTURE and payment was made on 29 April 2014, tapi sampai sekarang barang tak sampai2.

Actually the moment i've done the payment, I felt weird sebab dia tak balas pun email Shu untuk update payment received ke, bagi tracking number ke. But for about more than a week I kept quiet sebab policy penghantaran dia bukannye order hari ni, esok dapat. Postage hanya di buat pada setiap hari jumaat. OK, shu dah baca T&C and I understood it. Tapi ni dah 3 kali jumaat kot, ape hal plak tak dapat2 barangnya. email dah beremail2, tapi satu pun tak balas. Call pun dah banyak kali tapi tak berangkat. 

Pembayaran sudah dibuat pada 29 April 2014, since that email2 tak berbalas

Kot ye la kalau ade problem or item out of stock, bagi tau je la, kita boleh tolak ansur. Kalau senyap je, memang orang akan simply cakap, ARTICULATE VENTURE PENIPU. Shu pernah berurusan dengan  ARTICULATE VENTURE PENIPU sebelum ni, the last deal was April 2013, beli Jalapeno Cheese Powder. Masa tu, urusan macam dengan delaer2 yang lain, dan barang sampai dengan selamatnye. That's why, Shu tak ragu2 nak berurusan dengan  ARTICULATE VENTURE PENIPU lagi. Tapi kali ni memang dia buat S**T la. Bila dah terkena ni, shu cuba google "ARTICULATE VENTURE CHEESE PENIPU", baru terjumpa coretan pasal ARTICULATE VENTURE PENIPU kat blog noryusnita. Then only I know that I'm not alone in this issue. Rupenye ramai lagi yang pernah terkene dengan PENYANGAK SONGLAP DUIT ORANG ni.

Shu memang biasa beli barang online ni, Ini lah kali pertama kene macam ni, sebelum2 ni, kalau item yg shu order ada problem, cepat2 dealer akan inform they will try to negotiate as best as they can. 

Delaer macam ni, tak leh bagi muka, buat rosak periuk nasi orang2 yang menjalankan perniagaan online. Oleh itu, jom boikot ini dealer, jangan berurusan dengan ARTICULATE VENTURE PENIPU lagi!

Nama Syarikat: ARTICULATE VENTURE
No Pendaftaran: SSM (0583867-H)
Website: http://jalapenocheesepowder.blogspot.com/
Email: articulateventure@gmail.com
Contact No. : 016 - 258 5766 / 012 - 279 2858No Account: CIMB 01250006508057 Articulate Venture / Maybank 151258361365 noor hasliaziziyati

http://jalapenocheesepowder.blogspot.com/



Tuesday, April 1, 2014

Wardrobe from Everskill

Dah setahun 4 bulan Shu menetap dirumah sendiri dan sejak pindah masuk, keadaan rumah itu masih serupa. tiada pertambahan perabot, deco-deco atau apa2 renovation. Masa masuk dulu pun ala kadar. Dulukan mana yang perlu dahulu. 

But this year, we plan to do something with the house. Ini pun, kitaorang dulukan ape yang dahulu. Bajet tak banyak, so buat sikit-sikit. Nak tunggu duit selambak tak tahu bila. Kalau simpan duit tu lama-lama pun takut terguna ke tempat lain. So for a start, finally we had our own wardrobes. Selama ni, pejam mata je sangkut baju-baju kat stand. Mata yang memandang ni rimas sebenarnye. Tapi Shu sabarkan je. 

Buat bajet, kira-kira duit dah cukup terus contact Everskill. Dah lama survey Everskill ni. Dan dah compare dengan 2-3 contractor, Everskill paling murah. Dengan bajet yang ada, Shu buat 2 biji wardrobe bersaiz 5 kaki. Rumah tak de tanah ni, ruang sangat limited. So memang patut buat built in wardrobe, leh wat sampai ceiling height. Ada extra storage kat atasnye.

Wardrobe purple tu kat Master bedroom, satu pintu ada full mirror located kat belakang pintu bilik berhadapan bilik air. Itu lah ruang yang paling sesuai bagi 'maximize'kan penggunaan ruang. Tapi takat 5 kaki je la yang leh buat pun. Yang ni pun 80% dipenuhi barang2 Shu.

Master bedroom

Balance baju2 hubby letak kat 2nd wadrobe kat 2nd room. Tgk kat pic tu, gitulah rupenye 2nd room. Dah serupa stor. Tapi since dah ada wardrobe, Shu keluarkan semua barang2 dalam kotak2 tu, dan susun elok2 dalam wardrobe. dalam wardrobe tu ada banyak partition. 1 side letak baju2 Mr. Hubby and kiddos, another side barang2 dalam kotak tu.

2nd bedroom

Sekarang ni, sedap sikit mata memandang. semua dah simpan dalam almari. Lepas ni mula la episode susun atur rumah, deco-deco, organizing dan seangkatan dengannye.