Ha... baru hari ni dapat publish entry dan entry ni actually mula ditulis sebelum tahun 2011 lagi. Sepanjang minggu ni sibuk fokus dengan kerja, memang tak sempat nak update blog dan blogwalking. Tahun 2011 sudah pun membuka tirainya. Alhamdulillah, tahun 2010 telah meninggalkan pelbagai terindah walaupun padanya awal tahun 2010, terlalu banyak duka lara yang perlu ditempuhi. Cik shu memang tak de azam ape2 pun, tiap2 tahun tak pernah nak set azam sebab bagi cik shu azam a.k.a objektif hidup itu boleh dicipta pada bila2 masa je. Ni awal2 tahun je bersemangat buat azam, tapi tak dilaksanakan dengan kesungguhan, tak de gunanya. So, apa dah jadi pada tahun 2010 ye?, let's recap
April 2010 - Memulakan diet atkin untuk turunkan berat badan dan kuruskan berat badan.
--> Turunkan tu berjaya tapi kuruskan badan tu tak berjaya lagi. Sekarang misi ini kene put on hold dan di bawa ke tahun ini hanya selepas berpantang. Based on experience, dah macam2 kaedah diet pernah cuba, dan Atkin diet is the best way to lose weight.
03 Jun 2010 - Selamat diijabkabulkan dengan Mr. Hubby
--> Akhirnya kami disatukan setelah melalui pelbagai onak dan ranjau berduri. Selepas nikah, masih tinggal berasingan, tambahan pula selepas nikah sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan. Tak banyak masa dapat diluangkan bersama.
04 July 2010 - Walimatul Urus di Port Klang
--> Majlis berjalan dengan lancar, walaupun hujan turun dengan lebatnya pada waktu pagi. Sangat puas hati sebab kebanyakan persediaan diuruskan sendiri dengan bantuan keluarga tercinta. 2 hari selepas majlis, pindah masuk rumah Mr. Hubby dan bermulalah kehidupan sebagai suami isteri. Isyaallah, cik shu akan buat yang terbaik untuk menjaga keharmonian rumah tangga kami.
September 2010 - Disahkan mengandung 6 minggu dan dapat tawaran kerja
--> Satu nikmat yang tak terhingga, rezeki bertimpa2. Semuanya dapat tahu dalam masa dekat2. Sangat2 gembira.
15 November 2010 - Kerja di Company baru
--> Memang aim tahun 2010 nak tukar keje baru sebab nak cari experience baru dan mahukan lebih benefit. So far, tak de masalah dengan kerja baru.
So, apa pulak resolusi atau yang bakal berlaku pada tahun 2011 ini...
1) Berdebar2 untuk menghadapi kelahiran orang baru yang dijangka pada awal bulan 5.
--> Insyaallah, sudah bersedia jadi Ibu. Dan hopefully, bila dah jadi Ibu, tak lupa jadi Isteri. Doakan semuanya selamat ye.
2) Kuruskan badan
--> masih mahu meneruskan misi ini tapi hanya selepas pantang baru boleh dilaksanakan. Kurus itu
3) Kasi clear hutang piutang yang membebabkan kewangan dan kepala otak.
--> Memandangkan tahun lepas sudah buat hutang dan terasa sangat hutang2 tu sangat membebankan, jadi tahun ini kene fikir cara macam mana nak kurangkan beban hutang2 yang ada ni.
4) Lawat family hubby di Pakistan.
--> Hubby selalu cerita pasal kampung halamannya yang cantik dan setiap ahli keluarganya. Walaupun jauh, kitaorang selalu berhubung melaui Skype. Nak sangat jumpa dengan keluarga Mr. hubby, especially Abaji (Father in law). Tapi haruslah kene faham bahasa urdu dulu. So, tambah satu lagi keazaman untuk belajar memahami bahasa urdu.
5) Kurangkan main 'Farmville' dan 'Cafe World' dab berhenti bermain game2 ini.
--> Hahaha... jangan tak tau, cik shu ni Farmville addicted, dah setahun lebih bekecimpung dalam arena game Farmville ni. Actually sedar gak, banyak guna masa main farmville, tapi insyaallah akan cuba kurangkan dan terus berhenti. Tak senang nak berhenti tau bila dah addicted ni because i love all my neighbors as all of them are very cooperative. Tapi demi menguruskan hidup dengan baik, cik Shu akan cuba ;)
Anyway, Malam tahun 2011 kitaorang suami isteri sambut tahun baru kat Dataran Merdeka. Pergi sana just nak tengok bunga api, sebelum tu ada konsert ka sana tapi tak tengok pun. Memang ramai giler manusia. First time tengok bunga api dengan dekatnya dan bunyinya sangat kuat. Tahun ni je la boleh tengok, kalau ada baby dah tak leh tengok dari dekat dah sebab bunyinye terlalu kuat. Bila tengok dari dekat, terasa bintang2 jatuh dari langit. Memang cantik. Lampu di Bangunan Sultan Abdul Samad pun bertukar2.
SELAMAT MENEMPUHI TAHUN 2011
GOOD LUCK EVERYBODY
GOOD LUCK EVERYBODY
No comments:
Post a Comment