Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, November 2, 2010

Kenapa tukar keje?

Tinggal kurang daripada 2 minggu cik shu berkhidmat untuk company sekarang. Mid of this month dah start di tempat baru. Memang berat rasanya, nak tinggalkan colleagus yang memang dah rapat. Walau tak seronok dengan keje sekarang, tapi bergaul dengan budak2 office di sini, sangat menyeronokkan. Tapi saya harus melangkah pergi dan tak boleh berada di sini selamanya. Saya ada sebab tersendiri dan antara sebab2nya ialah....

1. Ini adalah job pertama selepas graduate, dah hampir 3 tahun berkhidmat di sini. Jadi cik shu perlukan mencari lebih pengalaman dan menambah pengetahuan untuk meningkatkan mutu kerja di masa hadapan. Ada ilmu yang cik shu tak boleh dapat di tempat sekarang. Seronok dengar kawan2 yang pergi travel sana sini, tahu buat itu ini. Setakat ni, belum ada apa2 pencapaian yang boleh dibanggakan dalam kerjaya.

2. Nak naikkan gaji. Seronok tengok kawan2 yang dapat gaji beribu riban berganda2 daripada cik shu. Sebab nya mereka setahun 2 kerja... dah cari tempat lain. Everytime tukar keje mark up 20-30%. Bukan cik shu tak nak blah awal2 tapi cik Shu ada pegangan sendiri bila bekerja. Tak suka lompat-lompat keje. Profile tak bagus. Jadi terima sajalah gaji yang ada ni. Bukan tak cukup dengan apa yang ada sekarang. Alhamdulillah, cukup. Tapi cik shu sudah berkeluarga dan ada perancangan untuk masa depan. Planning nak beli rumah dan nak buat simpanan lebih untuk kebajikan anak2. Jadi cik shu perlukan duit yang lebih.

3. Dah tak ada semangat untuk kerja di tempat sekarang. Rasa terlalu selamat. Dah demotivated sejak selepas setahun kerja kat tempat sekarang ni. Rasa macam mayat hidup pun ada kat office ni. And i am not a person who i am suppose to be. Confident level bukan semakin turun, tapi dah tak ada. Terlalu leisure. Dah jadi pemalas pun ada. Stress owhhhh bila tak ada keje. And this is just not me. I want myself back. I know i can be someone better, but not here. I am looking for challenges.

Lebih kurang macam ni la stress nye. Stress memikirkan bila la nak dapat task.
waiting... waiting... sampai tertido dibuatnye.

Yang kat atas tu main reason kenapa nak bertukar angin. Ada jugak reason kecik2. Ada seorang kawan advice jangan masuk kat tempat yang cik shu dapat tu. Ada banyak management issue. Kalau nak citer management issue, mana2 pun ada, kat tempat sekarang ni pun memang ada. But i think that place will be better for me to earn experience which i cannot have here. And the person yang advice tu pun cuma beberapa bulan je keje kat sini. Dia tak pernah rasa apa yang cik shu rasa sepanjang bekerja di sini. Mungkin dia tak tahu kat sini lagi horror daripada di sana. Atau dia memang sudah ada banyak pengalaman, bekerja di company besar sebelum masuk di tempat sekarang.

But trust me, Saya betul2 nak kembangkan kerjaya saya.

Cik shu sedar risiko2 yang akan diterima apabila berada ditempat baru. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Dan buat masa ini, cik shu tengah tunggu tawaran kerja daripada sebuah company ni. Dari dulu memang cari peluang untuk kerja di company ni. Cuma baru beberapa minggu lepas untuk position cik shu ada opening. Last week dah pergi interview, Alhamdulillah everything went very smoothly. Kalau ikutkan everything dah deal but the result will subject to medical check up. Cik shu berusaha yang terbaik untuk kehidupan family cik shu di masa hadapan. Moga2 Allah beri yang terbaik buat saya, tabahkan dan cekalkan hati saya. Ameen.

7 comments:

  1. ganbatte cik shu. hopefully job kali ni mmg btl2 ur dream job. mesti keriangan berganda kan. dpt keje baru pastu nnt nk dpt baby plak. doakan Myo pun dpt keje baru jgk ;)

    ReplyDelete
  2. Thanks cuna. Hope for the best. Insyaallah, myo pun boleh dapat keje baru gak, kene cuba jaya. Dah transfer tips2 kat dia.

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya cik shue..mia doakan semoga dimurah rezki selalu

    ReplyDelete
  4. wish u all the best..xpela, tukar angin sket..yg penting ko kena sungguh2..

    ReplyDelete
  5. gudluck shu...
    nnti keje baru kat mane? ade keje kosong lg x kat ctu?hahaha

    ReplyDelete
  6. finally sis...gud luck for ur new job n enviroment..hopefully akn dpt lg byk pengalaman dr tmpt skank ni...

    ReplyDelete
  7. Mia-Ina: Thanks Mia, rezeki baby ni.

    MrsYusofhussain: Ye la, teringin nak keje dengan big company.

    Suriati: New office kat MId Valley. Maybe ada kosong sebab dengar citer banyak yg resign tapi IT job la. Kontena Nasional ok what.

    MsYuYu: Yes, finally. Harap2 gitu la ayu, better than current.

    ReplyDelete