Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, October 21, 2010

2nd Check up: Ambil Sample Darah

Hari ni ada clinic appointment, awal2 lagi cik shu dah apply medical leave. Last round pergi kan lama, so this round pun apply la cuti. Hari ni, awal2 pagi dah bangun, dan awal2 pagi dah sampai di KK. Bila melangkah, tak ramai orang, bagi buku check up kat kaunter dan ambil nombor. Uhhhh... no yang pertama, terus di suruh ke bilik 12. Tunggu lebih kurang 10 mins, sekejap je orang dah ramai. Fuhhh... nasib baik datang awal, lewat sikit ntah no berapa la dapat.

So, pergi 2nd check up ni untuk ambil sample darah. Untuk apa sample darah ni?. Nurse tu cakap untuk mengetahui kumpulan darah, kepekatan darah merah dan mengesan jika menghidap sebarang penyakit kelamin. owh... baru tahu motif.

Macam mana sample darah diambil? Nurse tu ambil darah kat lengan belah kanan. Sebelum tu kene bukakan tangan dan genggam kuat2 biar timbul urat. Besar gak jarum injection tu, ala2 jarum nak amil darah untuk orang2 yang derma darah. Kalau tak berani, jangan tgk k. Sakit ke? Sakit la sikit, tapi sakit yang boleh ditahan. Nasib baik tak de masalah, sekali sedutan sahaja. lepas tu selesai dan boleh balik.

Huh, kejap nye, jam kat tangan pun belum kul 8. Kalau g keje pun kul 8 baru bangun. Macam mana ek, So decide, cancel leave dan masuk keje. Next check-up lagi 2 minggu.

3 comments:

  1. shu..baby ko dh hampir sempurna!!! wahhh..aku lak excited. hahaha
    ko due bile shu?

    ReplyDelete
  2. wahhh...kak shu congrate..hepinye da nak dapat baby...xsabar nk tgok perot kak shu membesar..neway congrate again..miss u sis

    ReplyDelete
  3. Atie: Aku pun excited jugak. Due awal bulan 5.

    Ayu: thanks ayu. perut kak sue ni pun memang dah besar. Miss u too dear.

    ReplyDelete