Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, March 18, 2011

Shooping at 2nd Motherhood Expo, Midvalley

18.03.2011

Mummy2  and mum2b, you all pergi expo ni tak? Shu pergi, barang2 di cari ada di sana. Mujurla building office sebelah je. Waktu lunch semalam, pergi usha2 je untuk compare harga, lagipun sesak sangat. Tak dapat memilih. Habis keje, pergi balik, terus ke tempat yang di tuju.So, inilah hasilnya,


1) Madela Harmony Manual Breastpump - RM209 (normal price: RM269)
FREE 2 Bumble Bee storage bottles 
Sebelum ni terfikir nak beli Spectra-3, tapi spectra-3 adalah jenis electric. Finally decide beli manual breastpump je dulu. Senang nak bawa ke mana2 dan boleh digunakan di mana2. 
Actually, FirstFewYears tengah sale, kat situ harganya cuma RM199. Lagi murah RM10, tapi campur kos tol, minyak, parking dan masa, macam sama je harganya. So beli je la kat expo ni.

2) Autumnz Cooler Tote - RM 32 (normal price: RM 46.90)
Since beli manual breaspump, beli Tote bag pun dah cukup, muat untuk letak breastpump dalam tu sekali. Stok dah habis, tapi boleh order. Nanti diaorang hantar ke rumah tanpa charge penghantaran.

3) 8 bottles of Autumnz PP Breastmilk Storage Bottles - RM29 (normal price: RM 38.90)
FREE 2 bottles and 5pcs Autumnz Breastmilk Double Ziplock Storage Bags 
Rasanya cukuplah 10 botol ni, selebihnya guna double zip lock storage. Ni pun stock dah habis jugak. Diaorang akan hantar dengan Tote bag sekali. Cepat betul barang2 kat booth Autumz ni habis.

4) 3 packs of Autumnz reusable Ice Pack - RM 16 (normal price: RM 23.00) 
Murah kan?

5) Autumnz DOUBLE Zip Lock Breastmilk Storage Bag - RM9 (normal price: RM 12.90)
This item sangat laku, ada sorang kakak tu beli sampai 15 kotak. Daripada pengalamannya, storage bag ni sangat bagus sebab tak leakage walaupun dia stack banyak2, sebabnya double zip lock. Bagusnya storage bag ni, ia dapat menjimatkan ruang dalam fridge.

6) Autumnz  Nursing bra (2 helai)
Beli dua dulu, lepas habis pantang baru tambah lagi.

Untuk barang2 yang shu beli ni, mula2 planning nak beli kat OneBabyWorld, murah jugak dengan harga sale. Tapi semestinya kat expo ni lagi murah. Puas hati beli barang2 ini dengan harga yang sangat2 berpatutan.  Rasanya, expo macam ni diadakan 2 bulan sekali, sebelum ni bulan Jan pun ada jugak tapi ter'miss'. Nasib baik bulan 3 ni ada lagi, sempat la nak membeli. Dengar cerita bulan 5 punya lagi besar. Tapi time tu, Insyaallah shu dalam pantang. Jadi memang tak de peluang la nak pergi. Next time kalau nak stock up barang beli kat motherhood expo je la. Senang nak pergi =)

Ada juga singgah booth susuibu.com. Borak2 dengan Pn. NorZuhaila, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC). Roughly, dia ada bagi maklumat pasal breastfeeding. Dia bagi tau, lepas bersalin, kalau ada masalah dan tidak mempunyai support untuk breastfeeding, boleh contact MBFPC dan any available counselor boleh datang ke rumah untuk beri support. Ni contact number yang diberikan:-
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
TEL: 03-8925 4614

Sebelum balik, disebabkan pembelian melebihi RM100, Shu layak buat lucky draw. dapatla feeding cup daripada AVENT =)

5 comments:

  1. waaa...cam menarik je hasil rembatan shu tu. skrg ni i ade breastpump ngn storage bottle aje. yg len2 kena tunggu abs pantang baru nak cari

    ReplyDelete
  2. Shu pun mula2 plan nak beli lepas pantang , tapi dah alang2 murah, lagi pun lepas shu pantang nanti bukan time sale, tu yg rembat je.

    ReplyDelete
  3. besnye brg2 yg shu beli..nk beli skarang cm awal lagi,tnggu expo bulan 5 plak la.. =)

    ReplyDelete
  4. Asna: Ni pun hasil collection berbulan2 tak bershopping. Lagi pun memang target bulan ni nak complete kan semua brg2.

    Yun: Tak pe, survey2 dulu. Bila tiba masa, kalau dapat best deal, terus rembat.

    ReplyDelete