Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Breastfeeding journey : Relactation

I must say Alhamdulillah, this round for my 2nd child, I managed to fully breastfeed her until age of 6 months and continuing until now. Maybe baby Ajwa pun tak minum susu banyak mana. 2-3oz sekali minum pun sudah memadai buatnya dan tidak sekerap her brother ketika seusianya. So ketika pantang ada peluang pam  susu sebagai bekalan EBM bila masuk keje.

Sebulan pertama melangkah masuk bekerja, Shu pasti akan masuk EBM baru ke dalam freezer dan EBM dalam freezer tu akan sentiasa bertukar ganti. Shu akan pam at least 3 kali sehari iaitu bangun pagi dan di office 2 kali. Kat rumah, direct feeding. Biasanya kalau pam bangun pagi boleh dapat dalam 3-5 oz, manakala di office boleh dapat 4-8oz sekali pam untuk tempoh mengepam selama +-30mins. The total up is more than enough for baby Ajwa.

Tapi lama kelamaan, dek kesibukan bekerja dan kelalaian meninggalkan pumping job in office, menyebabkan tiada EBM baru masuk ke dalam freezer. Lebih sedih lagi, EBM yang ada tu pulak terpaksa diturunkan bagi menampung bekalan harian untuk baby Ajwa. Sehingga la EBM tinggal 1 pack aje dalam freezer tu...

The only EBM left

Let close up the picture, the last EBM brought into the freezer was on 30 Jan, which is almost 2 months ago. Since that date, no more new EBM added :(

Close up the last EBM left 
Situasi sebegini memang amat menyukarkan dan menyedihkan bagi Shu yang benar-benar mahu meneruskan cita-cita penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Disebabkan kesibukan bekerja, Shu selalu tinggalkan pumping job. Di office cuma sempat pam satu kali aje. Kadang2 tak sempat nak pam langsung, balik rumah baru pam. Dengan rutin sebegini yang berterusan, penghasilan susu mula merosot. Pernah mengepam di office, lebih daripada 30mins tapi hasilnya kurang 1 oz. Hazab sangat rasanya.

Masa tu, shu rasa masalah pam pun ye gak. Shu notice suction pam Modu tu tak kuat seperti biasa, even dah lama mengepam pun, shu masih rasa Cik B masih banyak berisi. Definitely kene hantar service, tapi kalau hantar service mesti pam kene tinggal dan amik masa untuk diservice. Then Shu decide beli pump baru yang convenient untuk situasi Shu which happened 2 weeks ago. 

Since ada pam baru, Shu letakkan azam untuk tak nak tinggal pumping job dan tingkat usaha untuk menambahkan milk production. At this moment Shu dapat buat 4 kali pumping job iaitu bangun pagi, di office 1x, on the way balik keje dalam kete 1x dan sebelum tido 1x.  No more fikir susu dah banyak ke tak, yang penting pam, apa hasil yang ada terima dengan redha dan sentiasa fikir, Insyaallah soon I'm gonna have more.

Aktiviti mengepam ketika pemanduan waktu balik keje

Petang semalam Shu happy sangat sebab Shu dapat hasil macam dulu2 untuk 1 sesi pumping dan hasil tu daripada sesi pumping dalam kete.

Hasil pumping dalam kete pada 19/03/14

Balik rumah, jengah fridge, Shu tengok left over EBM cukup untuk the following day. So, hasil pam dalam kete tu leh masuk dalam Freezer. Finally ada pertambahan stock EBM.

New EBM added

Selain daripada tingkatkan kerajinan mengepam, Shu kene jugak minum air banyak2. Shu pun dah kurangkan minum air manis2 sebab air manis yang buat shu kurang minum air masak. Malam sebelum tido Shu minum susu panas bersama Habatus Sauda. Insyaallah, Shu cuba untuk konsisten dengan cara ini.


Thursday, September 6, 2012

Breastfeeding tak sesenang yang disangka - END of Series 1

Dah lama tak story pasal my breastfeeding journey. I tell you, to breastfeed your baby up untill 2 years is not an easy job. A mother must has a strong determination, need a lot of support and of course never ever skip pumping. 
Sad to tell, shu dah packed up my breastpump and all related gadgets. Sedih ok.... sangat sedih... salahkan diri sendiri, Mama Saqlain tak berusaha bersungguh2. 

Actually before 1 tahun pun dia dah memang minum formula milk, tapi time tu Shu masih pengepam tegar. Saqlain cuma minum formula milk bila stock susu tak cukup, dalam 1 atau 2 botol 5oz je dlm sehari. Kiranya on that time susu badan masih penyumbang besar dalam pertumbuhannya. Bila satu persatu cabaran menimpa. Mamanya dah mula give up nak pumping. Banyaknye lah alasan mama saqlain ni. Mula2 tu....

1- Bulan Feb, Pindah ke port klang. Production masih OK lagi. Tapi masa kat diluar rumah lebih lama. tu yang jadi stock susu badan tak cukup. Nak tak nak kene gak top up formula milk sementara nak balik dari opis. Time tu pulak very stressful, nak cari rumah dan uruskan pembelian rumah, financial arrangement lagi. Milk production terganggu tau. routine pumping pun dah berubah. Biasa pump 2 kali dalam office hour, then cuma sekali je. Tapi balik rumah terus pump la. This time still manage to get around 10oz per day.

2- Bulan May, Start job baru. Hari pertama, bawak gak la breastpump. Tapi clueless, tak tau nak cari port mengepam kat mana. Surau kat bangunan tu kecik. Pastu, power supply kat area mengadap kiblat, takkan la  time orang sembahyang nak ngadap Shu kot. Sudahnye, kat opis tak mengepam langsung. Bila balik rumah, terus pump. Kalau Saqlain tak mintak, boleh la dapat dalam 7-8 oz. Tapi kalau Saqlain merengek nak susu, terpaksa la buat tandem nursing. Kalau macam ni leh la dapat dalam 4-5 oz. 

3- Bulan Jun, Breastpump Modu buat hal. Bila pump, asyik back flow je. bila tengok je back flow, terus stress. Valve head kene tukar tapi susah nak dapat supply. At this time, hanya boleh buat single pumping. Kebiasaannya buat double pumping coz dari pemerhatian Shu, buat double pumping leh dapat lebih banyak hasil dan cepat. Tapi kalau buat single je, walau pun pump kedua2 belah, hasil tak sebanyak macam double pumping. Time ni shu masih pumping dan berusaha cari supplier yang jual part yang diperlukan. Tapi gagal (later on shu akan buat entry review breastpump ni). Sehinggalah pertengahan bulan July, I give up on pumping. PACKED UP.

Walaupun dah stop pumping, Saqlain masih menyusu badan sehingga kini. Bezanya kini, ianya hanya sekadar part time, especially pada waktu malam untuk tidurkan Saqlain. Kalau dulu standby hanya 1 kotak susu Formula. Tapi sekarang up jadi 4 kotak. Maksudnye kos perbelanjaan pun bertambah. And I would very thanksful that Saqlain memang tak banyak karenah, dengan sekali percubaan, Susu anmum sesuai dengannya. 

Segak tak saya???

Selagi masih ada susu badan, Shu akan terus bagi seadanya. Dah la budak kenit ni very close to his father. Serba serbi "Baba baba baba" (Mode jealous). 

I'm baba's boy
At least bila masih bagi susu badan ni, I can feel the bonding between a mother and son. That's the best time i can make for him.

and I'm mama's boy too
Dulu time ngandungkan Saqlain, memang niat nak bagi susu badan, tapi niat dalam hati at least setahun. Time tu tak de pengetahuan langsung pasal breastfeeding ni. Bila dah buat self explore baru la tau kepentingan memberikan susu badan dan di dalam Al-Quran pun ada menyetuh perihal susu badan dan disuruh menyusukan sehingga 2 tahun. Sekarang ni, dah tanam niat, for the next baby Shu nak susukan my baby sehingga at least 2 tahun. Hopefully i can make it.

Wednesday, October 5, 2011

Breastfeeding tak sesenang yang disangka 2

Dah lama entry ni kat dalam draft. Mula2 rasa malas nak sambung tapi desebabkan ada kawan Shu yang sedang mengandung berminat dengan pengalaman Shu menyusukan anak Shu. Makanya, Shu teruskan penulisan tentang breasfeeding ni. Shu buat entry ini berdasarkan pengalaman yang shu hadapi.

Selain cabaran mental yang Shu ceritakan kat entry Breastfeeding tak sesenang yang disangka 1, Shu juga melalui cabaran2 seperti ibu2 menyusu yang lain. 

Puting luka
Puting sudah mula luka2 seminggu selepas menyusukan baby. Rasanya memang pedih, lebih2 lagi bila baby mula nak menghisap. Saqlain pulak jenis yang kalau isap memang kuat. Ada pernah tu, baru mula nak mengepam, darah yang keluar, immediately berhenti mengepam. 
So, bila tau nipple tengah luka, Shu hentikan sementara waktu aktiviti mengepam. Pam hanya pada breast yang tidak luka. Untuk mengatasi masalah ini, Shu sapukan nipple cream Madela Purelan pada luka setiap kali selepas menyusukan baby. Mengikut petua orang2 tua, boleh sapukan susu ibu setiap kali selepas menyusukan sebab susu ibu boleh bertindak sebagai antiseptik. Dua-dua pun Shu buat.
Imej ihsan daripada GOOGLE


Puting melecet
Mula2 tu Shu ingat luka2 biasa je, tapi tak lama tu ada gelembung2 timbul kat nipple, dan makin lama makin membesar. Bila Saqlain baru mula menghisap, it was super duper sakit, kadang2 tu sampai meleleh air mata. Tapi bila melihatkan anak kita, ianya memberi kekuatan untuk Shu menahan kesakitan itu. 
Shu sapu nipple cream pun tak de kesannya. Akhirnya, pergi jumpa doctor dan diberikan ubat sapu. Selang beberapa hari, kesan melecet pun sudah hilang. Tiada lagi rasa kesakitan. 
Sejak melepasi kedua2 peristiwa ini, sampai sekarang masalah ini belum pernah berulang and I wanna say, I really enjoy breastfeeding.

Saluran susu tersumbat (Plugged duct) 
I guess it was plugged duct sebab Shu terasa ada ketulan seperti bengkak pada payudara dan sakit apabila ditekan. Shu rasa tak selesa tapi Shu gunakan ilmu yang telah Shu kutip untuk mengatasi masalah ini. Shu tuam bahagian yang tersumbat itu dan meneruskan penyusuan pada bayi. It's worked out for me. Perlahan-lahan, bengkak tadi surut.
Since that, Shu akan pastikan untuk mengepam atau menyusukan bayi sekerap yang mungkin sebelum sebelum masalah ini berulang.
Nak tau lebih lanjut tentang Engorgement atau Plugged duct, sila visit link berikut:-


Banyak bakal2 ibu atau yang baru menjadi ibu takut untuk menyusukan bayi dan mengambil keputusan untuk berputus asa daripada menyusukan bayi disebabkan masalah2 yang diceritakan oleh rakan2 yang pernah mengalami pengalaman buruk ketika menyusukan bayi. Masalah memang tetap ada, tapi cuba fikirkan punca masalah dan perbetulkan keadaan. Sediakan diri dengan ilmu pengetahuan tentang breastfeeding. Percayalah, dengan adanya ilmu breastfeeding, anda akan berasa yakin untuk menyusukan bayi anda.

p.s:- I have a lots of fun with breastfeed my baby Saqlain


Monday, August 22, 2011

Orang sibuk shopping raya, Aku???

Orang lain sibuk shopping untuk raya. Shu sibuk beli barang2 Nursing. Leh gitu?
Nursing wear, nursing tank, nursing bra & busha pant
Barang2 yang Shu beli ni pun keperluan juga. Nursing tank tu nak dipakai dengan baju kurung. Nanti tak de la nampak perut bila menyelak untuk menyusukan Saqlain. Lain2 tu, nak menambah koleksi yang ada. Dah lama tak beli shopping baju. sekarang ni kalau nak shopping, mesti fikir dan cari baju yang sesuai untuk nursing. Bukan senang nak cari baju nursing yang kene dengan keinginan hati ni. Shu prefer baju yang bercorak2 tapi baju nursing dalam pasaran kebanyakannya kosong dan tak bercorak.

OneBabyWorld shopping bag
Ni adalah shopping bag yang ke-4 dari OneBabyWorld. Suka sangat shopping kat OBW sebab banyak choice dan berbaloi2 harganya. Selalu ada promotion. The cheapest so far antara kedai2 online barangan bayi. Tapi shu tak beli online, gi direct kat premisnya di Taman Melawati. Tak jauh pun dari Sentul.


The next day, terus menggayakan baju baru, Saqlain pun pakai busha pant yang baru Shu beli ;)


Friday, August 19, 2011

Breastpump MODU vs. Madela Harmony

Hi Mommies, Shu dah ada breastpump baru, MODU you all!!! hehehe..
Dah pakai sebulan setengah pun, baru sekarang nak reveal dan review. Bp Modu ni Shu beli seminggu selepas Shu masuk kerja. So, sebelum ada bp Modu, Shu guna bp Manual Medela Harmony.
Madela Harmony

Fizikalnya pun Madela Harmony ni adalah manual, kalau memerah tu perlukan tenaga sendiri. Baiknya Manual bp ni kita sendiri boleh mengawal kelajuannya, nak laju ataupun perlahan. Tahap penyedutan (suction) agak lembut, jadi ianya tidak menyakitkan. Minggu pertama mengepam kat office, Shu guna Manual Madela Harmony, hasilnya tak berapa memberangsangkan. Adalah sekali tu pernah dapat 4oz tapi kebiasaanya 2-3oz dalam tempoh 30 min. Bagi Shu, tempohnya agak lama dan mengganggu waktu bekerja. Kalau tak bz, ok gak la. Kalau bz, selalu je skip mengepam. Tak bagus tu. belum lagi, kalau tengah stress, rasa lemah je tangan ni mak memerah. Dalam kepala otak ni dah ada fikiran2 nakal yang akan membunuh usaha untuk menyusukan Saqlain.


Jadi, sebelum usaha menyusukan anak dengan susu ibu terbantut, meh cuba usaha lain iaitu cari bp lain. Fizikalnya yang kecil dan ringan buat Shu tertawan untuk memilikinya. Double pumping, jadi masa memerah lebih singkat dan cepat dapat kosongkan cik B. Alhamdulillah, hasil memberangsangkan. Average 4-5oz sekali pump. But recently leh dapat 7-8oz. Tak meyakitkan kalau ikut cara penggunaan yang betul. Ada 6 level suction dan cara nak guna bp Modu ni, kene gunakan level 1/2 untuk stimulation, bila nampak susu mula keluar, tukar kepada level 3-6 untuk bp bekerja memerah. Biasanya Shu guna level 4/5 je untuk memerah. Level 6 macam kuat sangat suction nya. Kalau ikut cara penggunaan yang dinasihatkan, insyaallah boleh dapat hasil lebih.
Yang kurang bestnya, bp Modu ni cuma boleh guna elektrik je. So kalau tak de elektrik, pandai2 la guna bermanual atau bermarmet eh. Bunyinye pun memang tak boleh blah la. Agak bising macam bunyi mesin rumput, hehehehe. Biasanya Shu buat operasi mengepam ni kat surau. Mula2 susah hati gak sebab kacau orang tengah sembahyang. Tapi Shu fikir positif, memerah susu untuk anak pun dikira sebagai ibadah gak sebab memenuhi tuntutan anak. Boleh gitu?
Genap sebulan guna, bp Modu Shu buat hal. Tengah2 excited nak mengepam, bile ON je tak rasa suction. Try gi OneBabyWorld untuk betulkan, sebab Shu beli dari situ, diaorang cuba membantu, tapi masalah tak selesai. Solution terakhir, diaorang nasihat gi terus kepada pembekal sebab suspect problem dari dalam mesin. Terus Shu amik halfday emegency leave semata2 nak baiki pam ni. Tak senang duduk rasanya, bila bp tak sihat. Jadi Shu pergi Sarakids untuk betulkan bp. Alhamdulillah, sekejap je bp dah sihat. lega rasanya. Rupanya getah kat dalam machine dah terkoyak.
Tak terfikir pun beli bp elektrik Modu pada awalnya.Produk ni baru di pasaran Malaysia dan Shu amik risk jugak la beli bp Modu ni. Tapi Alhamdulillah, bp Modu sesuai dengan Shu dan sangat selesa menggunakannya. Overall Shu happy sangat2 dengan bp Modu.

Disebabkan dah melabur pada bp, haruslah tak bermalas2an mengepam untuk tingkatkan production susu.

Note:- Teringin sangat nak pandai bermarmet. Tapi tiap kali cuba, rasa sakit dan susu keluar macam malu2 :(



Friday, August 5, 2011

1st time dapat EBM banyak ni

7.5++ oz

Biasanya mengepam 1 sesi adalah dalam range 2.5oz  ke 5 oz je. 6 oz sekali pam pernah gak dapat tapi jarang2 sangat, adalah sekali dua. Memang tak meriah macam ibu2 yang lain. Tapi semalam, rasa sangat2 teruja, sangat gembira sebab dapat 7.5++ oz, dalam bulan puasa pulak tu. Jadi, ini adalah pencapaian terbaik setakat ini. Sebelum ni shu ada gak terpikir, kantung aku ni cuma muat banyak ni je kot, tak boleh lebih2. Rupanya, salah tafsiran tu apabila hari ni dapat hasil EBM sebanyak ni sekali pam. 

Mungkin selama ini ada kurang di mana2, sebab tu tak dapat susu banyak. Terpikir jugak, apa yang menyebabkan kali ini boleh dapat banyak. Lepas ni Shu takkan buat andaian bukan2 lagi. Betullah orang cakap, menyusukan badan ni kene banyak2 bersabar dan konsisten. Insyaallah, Shu takkan berputus asa dan berhenti untuk menghasilkan susu terbaik untuk Saqlain. Walaupun sikit, Shu tetap bersyukur, sekurang2nya setiap hari Saqlain minum susu ibunya. Tapi kalau setiap kali pam boleh dapat banyak macam ni, Gembiranya lah hati ini =).

p/s: Mommy2 yang bekerja, meh la share story ngan Shu pasal pemerahan susu ibu ni. Excited nak tau cerita mommy2 semua sebagai penambah semangat.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...
Gambar ihsan daripada ILuvIslam

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat kalian semua 
:). 

Ramadhan pertama buat puteraku, Mohammad Saqlain.
Ramadhan pertama buat mama menyahut cabaran menyusukan Saqlain. Moga2 segalanya dipermudahkan.

p.s:- to breast feeding mommy, ada tips nak maintain atau tambah susu ketika berpuasa tak?

Saturday, July 2, 2011

Breastfeeding tak sesenang yang di sangka 1

"Susu ada ke?"
Mestila ada, kalau tak de susu, tak de nye anak aku kencing sampai penuh diaper, berak 2-3 kali sehari. 

"Kene ajar baby ni pakai botol, nanti bila dah satu bulan minum guna botol. Beli je susu Lactogen".
Bengang betul dengan statement ni, siap bagi suggestion susu formula mana yang perlu di beli. Eh, susu formula je ke yang boleh kalau nak ajar anak munum guna botol. Susu ibu pun boleh la. buat je la EBM.

"Ada ke simpan susu ibu lama2 dalam fridge. Tak fresh la, baik minum susu tepung".
Ni lagi satu statement orang2 tak de ilmu breastfeeding. Walaupun khasiat frozen atau chilled EBM tak sebaik susu direct feeding tapi khasiatnya masih lebih baik daripada susu formula.

"Anak ko ni minum kuat, mesti cepat kering susu ko".
Suka hati je nak jadi ahli nujum cakap susu aku cepat kering. Eh, susu ibu ni guna konsep demand and supply. Lagi banyak baby hisap (demand), lagi banyak susu akan dihasilkan. Kalau susu merudum, masih ada cara untuk kembalikan susu.

"Anak ko asyik nangis je. Dia tak kenyang ni. Kene minum susu tepung".
Bayi menangis tak semestinya lapar. Bayi menangis mungkin tidak selesa kerana diaper penuh, perut kembung atau mahukan perhatian dan belaian. Lagi pun perlu ke bagi susu tepung kalau dia lapar lagi, bagi je la susu ibu yang lebih berkhasiat daripada susu tepung.

"Anak jiran sebelah rumah tu pun sebaya macam anak ko jugak, asyik melalak je. Sumbat dengan nestum, nyenyak tido. Anak aku dulu pun macam tu jugak".
Kesiannya baby jiran rumah kau, baru sebulan dah kene sumbat nestum. Patutla pun anak ko sekarang ni obesiti, perut tak ready lagi nak makan dah sumbat dengan makanan. Anyway, Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun. Jadi susu ibu adalah yang terbaik dan berilah makanan mengikut peringkat umurnya dan keperluannya.

"Asyik minum je anak ko ni, tak cukup susu ke"?
Bayi yang minum susu ibu cepat berasa lapar kerana susu ibu mudah dihadam. Jadi adalah normal jika bayi kerap meminta untuk disusukan.

"Eh... kene sulam anak ko dengan air, kering nanti tekak dia. Nurse kat hospital memang la tak bagi".
Bila nurse kat hospital bagi nasihat jangan bagi air pada baby, mesti la ada sebabnya kan. Sebabnya ialah air mungkin akan mendatangkan bahaya bayi di mana pemberian air pada bayi mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik. Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit. Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan. Peratus kandungan air dalam susu ibu ialah 88%.


"Nanti nak belikan baby susu ape?"
Soalan ni lagi hampeh. Shu tak pernah terfikir pun nak beli susu formula untuk Saqlain. 

Pernyataan2 diatas (font color orange) ada benar belaka, ditujukan secara live pada Shu. Tadah je telinga2 bila kenyataan2 tersebut keluar daripada mulut2 orang yang datang melawat kita masa berpantang. Tak kuasa nak melawan, nanti cakap memandai pulak. Ye la diaorang kan lebih makan garam. Dah ada anak 4-5 orang. So diaorang je la yang betul. Lebih sedih lagi bila family sendiri tak support breastfeeding. Lebih percaya pada susu formula hanya kerana ianya lebih mudah.

Inilah cabaran yang paling besar dalam breastfeeding ni iaitu pandangan masyarakat yang masih memegang mitos2 orang2 tua dulu. Nasib baik Shu dah prepare mental dengan penuhkan ilmu sepanjang shu mengandung. Sampai sekarang masih mendalami ilmu breasfeeding ni. Jadi Shu ada jawapan bagi setiap soalan2 dan kenyataan2 yang ditembak pada Shu. Tak melatah dengan kata2 diaorang yang tak sekolah.

Saqlain membesar dengan susu ibu,
berat masa lahir = 3.2kg
berat 46 hari selepas lahir = 4.6kg
Shu bersyukur, sebab Mr. Hubby adalah satu2 insan yang sepenuhnya menyokong usaha Shu untuk menyusukan Saqlain dengan hanya susu ibu. Selagi mampu, selagi shu boleh usahakan untuk beri susu ibu, Shu akan laksanakan pemberian susu ibu ini.

Dalam Al-Quran juga ada menyebut :-

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

Jadi kepada mommy to be yang berhasrat untuk memberi susu ibu, sila sediakan diri anda dengan ilmu breastfeeding ni.  Susu ibu adalah susu yang terbaik dan berilah HANYA susu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan selepas kelahiran bayi tanpa sebarang makanan tambahan/pelengkap. Percayalah, setiap ibu pasti ada susu ibu, bezanya cuma banyak atau sikit. Kalau sikit pun masih ada cara untuk tambah susu. Benda yang bagus takkan datang dengan mudah. Dan nak dapat yang terbaik kita kene berusaha dengan bersungguh2.

Ada lagi cabaran2 yang Shu hadapi sepanjang menepuhi perjalanan breastfeed my baby. Nanti Shu share lagi kat next entry ye. Mommy2 yang alami pengalaman macam shu, meh la citer kat sini.

Friday, March 18, 2011

Shooping at 2nd Motherhood Expo, Midvalley

18.03.2011

Mummy2  and mum2b, you all pergi expo ni tak? Shu pergi, barang2 di cari ada di sana. Mujurla building office sebelah je. Waktu lunch semalam, pergi usha2 je untuk compare harga, lagipun sesak sangat. Tak dapat memilih. Habis keje, pergi balik, terus ke tempat yang di tuju.So, inilah hasilnya,


1) Madela Harmony Manual Breastpump - RM209 (normal price: RM269)
FREE 2 Bumble Bee storage bottles 
Sebelum ni terfikir nak beli Spectra-3, tapi spectra-3 adalah jenis electric. Finally decide beli manual breastpump je dulu. Senang nak bawa ke mana2 dan boleh digunakan di mana2. 
Actually, FirstFewYears tengah sale, kat situ harganya cuma RM199. Lagi murah RM10, tapi campur kos tol, minyak, parking dan masa, macam sama je harganya. So beli je la kat expo ni.

2) Autumnz Cooler Tote - RM 32 (normal price: RM 46.90)
Since beli manual breaspump, beli Tote bag pun dah cukup, muat untuk letak breastpump dalam tu sekali. Stok dah habis, tapi boleh order. Nanti diaorang hantar ke rumah tanpa charge penghantaran.

3) 8 bottles of Autumnz PP Breastmilk Storage Bottles - RM29 (normal price: RM 38.90)
FREE 2 bottles and 5pcs Autumnz Breastmilk Double Ziplock Storage Bags 
Rasanya cukuplah 10 botol ni, selebihnya guna double zip lock storage. Ni pun stock dah habis jugak. Diaorang akan hantar dengan Tote bag sekali. Cepat betul barang2 kat booth Autumz ni habis.

4) 3 packs of Autumnz reusable Ice Pack - RM 16 (normal price: RM 23.00) 
Murah kan?

5) Autumnz DOUBLE Zip Lock Breastmilk Storage Bag - RM9 (normal price: RM 12.90)
This item sangat laku, ada sorang kakak tu beli sampai 15 kotak. Daripada pengalamannya, storage bag ni sangat bagus sebab tak leakage walaupun dia stack banyak2, sebabnya double zip lock. Bagusnya storage bag ni, ia dapat menjimatkan ruang dalam fridge.

6) Autumnz  Nursing bra (2 helai)
Beli dua dulu, lepas habis pantang baru tambah lagi.

Untuk barang2 yang shu beli ni, mula2 planning nak beli kat OneBabyWorld, murah jugak dengan harga sale. Tapi semestinya kat expo ni lagi murah. Puas hati beli barang2 ini dengan harga yang sangat2 berpatutan.  Rasanya, expo macam ni diadakan 2 bulan sekali, sebelum ni bulan Jan pun ada jugak tapi ter'miss'. Nasib baik bulan 3 ni ada lagi, sempat la nak membeli. Dengar cerita bulan 5 punya lagi besar. Tapi time tu, Insyaallah shu dalam pantang. Jadi memang tak de peluang la nak pergi. Next time kalau nak stock up barang beli kat motherhood expo je la. Senang nak pergi =)

Ada juga singgah booth susuibu.com. Borak2 dengan Pn. NorZuhaila, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC). Roughly, dia ada bagi maklumat pasal breastfeeding. Dia bagi tau, lepas bersalin, kalau ada masalah dan tidak mempunyai support untuk breastfeeding, boleh contact MBFPC dan any available counselor boleh datang ke rumah untuk beri support. Ni contact number yang diberikan:-
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
TEL: 03-8925 4614

Sebelum balik, disebabkan pembelian melebihi RM100, Shu layak buat lucky draw. dapatla feeding cup daripada AVENT =)