The Saffron, Sentul
Lebih kurang 4 pagi, mama terjaga, rasa nak buang air besar. Mama ke bilik air, tengok panty masih bersih. kemudian mama kembali ke tempat tidur tapi tak terasa nak tidur. Mama duduk dan cuba untuk lelapkan mata. Tiba2 mama terasa sakit, tegang perut. Sakit itu datang dan pergi beberapa kali. Mama rasa tak sedap hati, mama pergi ke bilik air, ada kesan darah pada panty mama. Kemudian, mama mencapai handphone untuk buat catatan masa. Baba pula bertanya sama ada mama nak ke hospital atau tidak? Tapi mama cakap sabar dulu, selagi mama boleh tahan, mama akan tahan. Setelah hampir satu jam merekodkan masa, ternyata sakit itu adalah contraction dan ianya datang setiap 5 minit. Kemudian, mama ajak baba untuk ke hospital. Mama suruh baba kejutkan mak mama, mama mandi dahulu. Setelah baba dan mak mama selesai solat subuh, kami bertolak ke PPUM.
Dalam perjalanan ke PPUM
Rasa sakit itu semakin perit. Alhamdulillah, baba pandu kereta dengan tenang sekali. Perjalanan amat lancar walaupun kami melalui lebuhraya Federal yang sentiasa sesak. Dalam kereta, mama sempat minum minyak selusuh.
Di PPUM
Sesampai di hadapan Klinik Ibu Mengandung, mama dah tak larat nak berjalan, guard di situ membawakan kerusi roda untuk mama dan kami terus ke wad bersalin tingkat 1. Mama diarah untuk menukar baju dan menanggalkan semua barang kemas yang mama pakai. Kemudian terus mama dimasukkan ke labor room. Baba tidak dibenarkan masuk bersama.
Labor Room
Nurse terus pasangkan alat untuk buat CTG pada mama. Lebih kurang 7.30 pagi, doktor datang buat VE, bukaan sudah 4cm. Doktor pecahkan air ketuban dan doktor beritahu mama jangakaan bersalin lagi 6 jam, iaitu mungkin lebih kurang pukul 2 ptg baru ready untuk bersalin. Makin lama makin sakit. mama tak dapat ceritakan sakit tu macam mana, tapi memang sakit. Setiap kali contraction tu datang, mama terasa nak meneran tapi doktor tak benarkan mama meneran. Doktor beritahu, kalau mama meneran, ia akan menjejaskan keadaan kamu dalam perut. Dah la sakit, tak boleh meneran pulak tu, lagi sakit rasanya.
Pukul 8 pagi, doktor datang bertanyakan tentang pengambilan Epidural. Doktor galakkan mama untuk ambil epidural memandangkan keadaan mama yang terlalu lemah. Mama cuba untuk tidak mengambil epidural, tapi mama minta dengan doktor tempoh setengah jam lagi untuk buat keputusan. Mama cuba kuatkan semangat, mama tak nak kalah, bibir mama tak putus2 membaca doa nabi yunus. Tapi sakit mama ini memang tak tertahan lagi. Tenaga makin berkurang, mama takut kalau mama tiada tenaga, mama tak boleh lahirkan kamu secara normal. Akhirnya pada pukul 8.30 pagi, mama buat keputusan untuk ambil epidural dan memberitahu kepada nurse berhampiran.Tunggu punya tunggu, dah dekat satu jam doktor yang sepatutnya masukkan epidural tak datang-datang. Dalam tempoh itu, mama terus berperang dengan kesakitan yang amat sangat. Datang tempoh itu juga, mama didatangi oleh doktor praktikal yang bertanyakan pelbagai soalan. Pada mulanya, mama cuba menjawab soalan2 yang diajukan, tapi lama2 suara mama ditenggelami dek kesakitan. Mama terpaksa menghidu gas ubat tiap kali kesakitan datang.
Lebih kurang pukul 9.40 pagi, dalam mama keseorangan di labor room, mama dihadiri seorang nurse. Keadaan mama masa tu dah senget ke sana, senget ke sini menahan kesakitan. Sampai pelekap untuk mengesan jantung kamu pun dah lari. Nurse tersebut tengok pada graf CTG, dia cakap bacaan jantung kamu dah tak cantik. Terus nurse tersebut buat VE, dan cakap "Eh, nak bersalin dah ni". Terus nurse tu keluar dan datang semula dengan beberapa orang doktor. Semuanya sedang membuat persiapan untuk mama bersalin. Setelah persediaan dibuat, terus nurse tersebut suruh mama "push". Dalam ketiadaan tenaga, mama kuatkan semangat dan dalam beberapa kali nafas dan tepat jam 10 pagi, akhirnya kamu keluar dari perut mama secara normal tanpa penggunaan Epidural. Mama nampak kamu, tali pusat kamu dipotong, mama mendengar suara tangisan kamu dan nurse tersebut terus menujukkan kamu pada mama. Lalu kamu dibawa keluar untuk dibersihkan. Tak lama kemudian, kamu dibawa kembali kepangkuan mama untuk sesi skin to skin. Sukanya mama melihat kamu, mata kamu terbuka luas melihat keadaan sekeliling. Selepas 5 minit kamu di atas dada mama, kamu diangkat untuk dibawa kepada baba untuk diazankan.
Mama bersyukur sangat kamu dilahirkan dengan selamat. Mengeluarkan kamu dari perut mama adalah perasaan yang terlalu indah. Mama juga berterima kasih dengan kehadiran nurse yang terakhir itu, dia benar2 menyelamatkan keadaan mama pada waktu itu. Syukur kehadrat Illahi atas segalanya.
terharunya yun baca..waktu sakit nk bersalin tu teringt mak kte yg melahirkan kte dulu kan..besarnya pengorbanan seorng ibu..enjoy motherhood shu! =)
ReplyDeletetouching nya baca...anyway, Alhamdulillah selamat semuanya..
ReplyDeletetaniah, shu.alhamdullillah,mama dan baby selamat.
ReplyDeletecepat jgk jln dh terbuka 4cm kan?shu overdue ke eh?yuyu lupa la..seronok baca pengalaman bersalin.semua nu buat yuyu makin bersemangat..
ReplyDeletesungguh terharu & menghayat hati baca....pengalamn yg x dpt dilupakan bg se1 ibu..jasanya x ternilai
ReplyDeletekira xlame sgt la shu sakit nk bersalin tu eh. cm agk senang jgk. i tang push yg teruk sket tu...huhuhu...ok la tu shu xamik epi. blh rasa skt bersalin yg real kn ;) nway congrats ye shu. dok baca2 entry shu xsempat nk drop komen. slamat berpantang =)
ReplyDeletemama shu :) sgt sweet dan manisss sgt di dgr..tahniah shu..berpeluang untuk jadi ibu :) seronok dgr... sebak rasa :).....jadi mama yang baek keyh :)
ReplyDeleteTahniah shu. Tharu baca! Xdapat imagine shu dapat gak bsalin tanpa epidural, cmne gaknya rasanya -_-"
ReplyDeletemommy shu..selamat berpantang..kte beza 3 hari je. best kan jadi ibu =D
ReplyDeletealhamdulillah Shu... :)
ReplyDeleteLeo tak sempat merasa sakit bersalin... insyaAllah, kalo ada rezeki anak kedua... akan diusahakan lagi... :)
happy mengharungi motherhood... my advise tak byk... just bersabar.. and it's not easy... but it's not impossible either.. don be too hard on yourself okay... sume ibu baru mengalaminya.. :) kami faham.. :)
best moment ever :) follow u dear :)
ReplyDeletecongrats shu! alamdulillah sme dh slamat :)
ReplyDelete