Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, December 19, 2011

An evening at Swimming pool

Kalau cuti dan tak keluar ke mana2 dan cuaca elok, Shu suka bawak Saqlain turun ke tingkat 5, kondo tempat tinggal kami. Kat sini ada 4 blok, so tingkat 5 tu kira central dan access untuk ke bangunan2 yang lain. Bukan setakat itu aje, malah ianya merupakan pusat rekreasi bagi penduduk di Saffron Kondominium ni.

Petang2 Saqlain mesti nak keluar, kalau tak keluar mesti dia mengamuk sakan kat rumah. Sambil duduk2 dalam stroller, sambil2 tu jugak suapkan makan ke mulut Saqlain. Senang sikit nak masukan makanan kat mulut dia, sebab leka tengok sekeliling.

Mr. Hubby dah panggil2 nak ajak Saqlain berendam dalam kolam.
Mr. Hubby dah pegang Saqlain. Mula2 pegang Saqlain kat tepi kolam je. Pastu.....
Tengok tu, dah dibawanya Saqlain ke tengah kolam. Aduhai, basah la baju Saqlain tu. Untuk warm up, acah2 kaki kat air aje.

Tak lama lepas tu, Mr. Hubby suruh bukakan baju Saqlain. Saqlain tak de pelampung lagi, jadi kene la babanye pegangkan. Kesian anak mama kesejukan tapi seronokkan dapat main air.

Seronok tengok anak beranak bermain. Nak cari baju renang untuk Saqlain, tak sempat2 lagi. Nak cari baju macam Armand pakai kat sini. Pastu, kene la belikan pelampung lengan, then baru babanya boleh ajar renang. Shu mau Saqlain pandai berenang macam babanya.

Last but not least, mama Saqlain walaupun tak pandai berenang tapi nak gak menyibuk dalam entry ni.


9 comments:

  1. comelnye budak peranakan ni!!! geram tgk bambam sangatttt...hadif pun dah pegi swimming pool jugak!!

    ReplyDelete
  2. shu!!!bestnye swimming!!!
    nk g umah ko la salu, leh x???
    aku kt sini teringin sgt nk swim..tp xde tmpt nk g. pastu xde geng....nk la swim shu!!!!

    ReplyDelete
  3. yeahhhh.... go go Saqlain!! Leo duk gegeh nak 'campak' armand dlm kolam neh.. hubby pulak was was.. hishh... sbb dia tak pandai berenang.. ekkekeke... tak jumpa lagi baju renang Shu?

    ReplyDelete
  4. alololo,comelnya die!paling cair tgk mata die,hehe!saqlain xjoin daddy swim ke?

    ReplyDelete
  5. Kemn: Thanks on behalf of Saqlain. Share la gambar hadif kat swimming pool.

    Ati: Boleh je, ujung2 minggu, jom datang lepak kat rumah aku Sangat dialu2kan.

    Leo: tak sempat lagi la nak cari baju renang untuk saqlain. For my side, baba saqlain yang excited nak campak saqlain dalam kolam.

    Yun: Thanks yun, tenung la mata saqlain lama2. Saqlain join sekejap je. kesejukan dia kalau lama2.

    ReplyDelete
  6. syoknyerr dia main air..sy blm sempat lg bw aqeef...huwaaaa

    ReplyDelete
  7. bestnye kat umah shu ada swimming pool. irfan jumpa pn kalo g hotel je la. tu pn cam gayat sbb jrg jumpa pool...huhu...

    ReplyDelete
  8. hensem baby...:) tapi muker ketat jer..heheh..pernah bace..budak2 @ baby memang elok main air berenang macam ni..:) nanti ade baby pon..sy nak bawk die main air macam ni gak..;)

    ReplyDelete
  9. Bieta: cepat bawak Aqeef gi mandi kolam.

    Cuna: Sebab ada kemudahan tu kat rumah la, shu bawak dia mandi kolam. Manfaatkan kemudahan kekdahnya.

    Aty: Nak buat macam mana... Saqlain suka buat muka ketat kalau di luar rumah. Dah puas kitaorang nasihat kan dia.
    Rasanya betul kot info tu sebab saqlain axcited je bila main dengan air.

    ReplyDelete