Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, December 27, 2011

Saqlain's reaction to The little birdy

Kesinambungan daripada entry "Introduce our new family member". 

Sebelum tengok respon Saqlain, Shu nak share pengalaman Shu kasi makan kat anak burung.

Seumur hidup, Shu tak pernah pegang burung. Sehingga lah The little birdy ada kat rumah ni. Tu pun takut2 nak pegang. Tapi disebabkan ada satu hari tu, Mr. Hubby tak de kat rumah, dia pesan suruh bagi makan kat  The little birdy. Tu pun takut-takut nak pegang sebab Mr. hubby suruh masukkan makanan kat mulutnya. Tu la sebabnya takut. Sebab Shu fikir, nanti dia patuk, sakit la, tu belum masuk lagi kalau anak burung tu meronta-ronta. Tapi dalam takut-takut tu, Shu cuba bagi gak, kalau tak bagi nanti kelaparan pulak. Dah la keadaan The little birdy masa tu lemah. 

Mula2 bagi makan tu, Shu baling2 je kat mulut The little birdy. Kate takut, jadinye baling-baling je la kekdahnya. Tapi, satu pun tak masuk. Nak tak nak, terpaksa la cuba pegang. Mula-mula nak pegang tu, payah sangat. Sebab The little birdy ni tak reti dok diam. Terkepak sana, terkepak sini. Amik masa gak la nak dapat pegang The little birdy. Tapi.... bila dah dapat pegang, anak burung ni tak la macam yang Shu fikirkan. Tak patuk pun, meronta-ronta pun tidak. Seronok pulak pegang anak burung ni. Hihihihi..

Ehhhhh... panjang pulak citer Mama Saqlain. 
Ni nak citer pasal Saqlain ke pasal mamanya???
Meh la kita tengok reaksi Saqlain kepada The little birdy. 
Agak2nya Saqlain ni friendly tak? 
Berani ke takut?. Layan...
Baba Saqlain tunjuk the little birdy kepada Saqlain.
Nampaknya macam tak de respon je.
Tapi Baba Saqlain tetap nak bagi Saqlain main dengan the little birdy.
Saqlain sengih2. Malu-malu tapi mahu.
Tak pe, Saqlain malu-malu tak, jadi the little birdy took the first step.
Ha hambik kau, the little birdy terbang dan hinggap kat hidung Saqlain yang tak berpa nak mancung.
Macam nak pegang tapi macam takut
"Don't force me please. I want to go away from here". 

2 comments:

  1. tipulaaaa...tak pernah pegang "burung".hahaha

    ReplyDelete
  2. Hahahaha... "Burung" tu menag ada la. Tapi anak burung yg comel itu tak pernah lagi tau. aku ni penakut.

    ReplyDelete