Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Persediaan bersalin kali ke-2

Minggu ke-38 dan memasuki minggu ke-39, persediaan untuk bersalin, berpantang & kelengkapan baby pada Shu sudah cukup seadanya. 

Untuk berpantang kali ini Shu memilih produk Nona Roguy. Masa berpantang anak pertama Shu mengalami sembelit yang sungguh menyeksakan. So Shu baca review, rata2 pengguna Nona Roguy tak mengalami masalah sembelit. On top of that, ramai yang berjaya menurunkan berat badan, tu la sebabnya Shu pilih NR untuk berpantang kali ni. Harap NR sesuai untuk Shu. Set NR ni shu beli secara online dengan harga RM285 1set (tak termasuk postage) dari SET Bersalin Mall. kira murah gak la, sebab dapat free gifts dan ada options plak gifts yang diberikan.

Set berpantang NR + free gifts, Maternity Pad, Pilis & Param
Dengan pembelian lengkap Set NR ni, shu pilih free gift pilihan 2 yang mengandungi:-
1) Kapsul haruan (60 biji)
2) Minyak telon
3) Tungku bayi 
4) Barut bayi (1 helai)
5) Pilis (1 paket)
6) Param (1 ketul)

Shu tambah lagi item berikut:-
1) Pilis Air Mancur - 5 paket
2) Param - 5 ketul
3) Maternity Pad (untuk digunakan masa heavy flow, beli juga pack kecil untuk dibawa ke hospital nanti)

Items berikut Shu dah ada:-
1) Bengkung bertali ( tapi macam nak beli bengkup berzip tu la, sebab bengkung bertali tu cuma boleh balut half part je)
2) Stokin
3) Krim Kurus ?????

Krim Felinna InchLoss

Ek eh!!!! terselit plak krim buang lemak ni. Al-kisah krim Felinna Incloss ni, Shu beli masa hujung tahun lepas, kononnye time tu nak apply untuk buang lemak2 jahat dalam badan ni. Elok je dah order, pi buat pregnancy test, positive plak. Makanya, simpan aje lah niat nak membuang lemak, Shu guna lepas bersalin nanti. Dalam set NR pun dah disertakan dengan Krim barut, so habiskan dulu yang tu, then baru guna krim Inchloss.

Keperluan baby pun sudah disediakan seadanya. Mostly memang recycle Saqlain punya... baju2, kain lampin, barut, kain bedung, blanket... semua ni telah dikeluarkan darip kotak simpanan, dipilih, dicuci dan diletakkan dalam baby's box. Barang baru, Shu beli 4 set baju, set mandian/wangian Pureen & newborn diapers. Shu masih tak confident dengan gender baby, tu yang tak shopping banyak2. Lepas berpantang baru gi shopping.

Tak lupa juga persediaan breastfeed. Ni pun kene buat persediaan jugak. Last time Shu dah ada 2 breast pump (bp) manual & electric. Patutnye, bp electric tu kene hantar gi service since dah lama  x guna tapi Shu betul2 frustrated dengan supplier bp Modu. Nanti Shu citer kat entry lain la ye. Buat sementara dalam pantang nanti, Shu guna manual dulu la. Lepas habis berpantang baru beli bp electric bagi menggantikan bp Modu. 

Ini je persediaan fizikal yang Shu buat, selebihnya tengah buat persediaan mental untuk menghadapi proses bersalin, tempoh berpantang 44 hari, bagaimana nak handle Saqlain dan adiknye nanti. Walaupun sudah pernah menghadapinya sebelum ini, tetap rasa berdebar. It's just like a new story to begin.

Thursday, June 16, 2011

Rutin berpantang

Hoyeeee.... hari ini merdeka daripada berpantang sudehhhhh
Kalau ditanya pada Shu macam mana rasa berpantang? Tak sukeeeeeeeeee.
Kenapa tak suke? Rimas, leceh, renyah, bla bla bla bla.
Tapi... kalau tak berpantang, badan pula binasa kan.
Memandangkan mak yang menjaga Shu sepanjang tempoh berpantang ni, maka penjagaannya agak rapi. Tapi anaknya ni ada jugak degilnya, ada perkara2 yang tak relavan, Shu tak nak buat. Meh sini Shu nak share antara rutin2 yang Shu lakukan sepanjang berpantang anak pertama ni.

Bertungku - Tujuan bertungku ni untuk mengecutkan peranakan, menghangatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah nifas. Awal2 berpantang Shu guna tungku stim daripada Leesa formula. Wangi memang la wangi, sebab ada bau herba, tapi kureng la bertungku guna tungku stim ni sebab panasnya tak tahan lama. Then guna batu sungai memang best. Setiap pagi, bangun dari tido kene bertungku. Tiap2 hari, kalau ada niat nak skip, sure mak membebel. Tapi ada jugak skip minggu lepas sebab mak tak de 5 hari. Bila mak ada, buat balik rutin bertungku ni.

Mandi Daun - Sejak balik dari hospital hingga hari ke-44 berpantang,  hari2 mandi air rebusan daun. Antara daun yang digunakan ialah daun serai wangi, daun pandan, dauin sireh, daun limau purut dan daun mengkudu. Rasa segar sangat wangi badan ni selepas mandi dengan air daun ni, dah la suam2 airnya.  Khasiat madi daun ni adalah untuk mengedurkan otot, pulihkan urat saraf, mengeluarkan angin dan toksin dalam badan, melancarkan perjalanan darah dan menghilangkan kepenatan.

Berendam dalam air garam - Ni doc yang suruh. 1 minggu pertama selepas mandi, Shu berendam dalam air garam yang bertujuan untuk menyembuhkan luka2 jahitan. Cepat luka sembuh.

Param dan Pilis - Selepas mandi kene la sapu param kat seluruh badan yang dipercayai bagi menghindarkan badan dimasuki angin. Badan terasa panas setelah param disapu pada badan. Pilis pula di sapu pada dahi untuk mengelakkan sakit kepala atau pening. Berparam dan pilis ni sebulan yang pertama je Shu buat hari2, selepas tu kadang2 je.

Berurut - Shu berurut 3 hari je. As usual Shu berurut dengan Kak Anda (tukang urut dari Indonesia), sebab dah biasa dengan urutannya. Memang best dia urut dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selepas berurut baru rasa cergas sikit badan ni. Kalau tak, lemah longlai je. Kat payudara pun diurutnya supaya dapat mencarkan aliran air susu. 1st day urut memang sakit sangat2, next day tu dah ok. Kak Anda pesan, urat2 ibu baru lepas bersalin ni macam urat bayi jugak. Sebab tu kene berpantang. Sepanjang berurut, tak putus2 kak Anda suruh jaga badan, dia nak semua customer dia cantik2 luaran dan dalaman. Insyaallah kak Anda, itu pasti akan diusahakan.
Hari terakhir berpantang pun kene berurut juga. Urut tutup pantang orang cakap, pun diurut oleh kak Anda. Masa urutan naikkan peranakan tu sakit gak, tapi masih boleh ditahan. Kak Anda cakap, hari terakhir kene bersihkan seluruh badan, jadi selepas berurut, berscrub dan diikuti dengan mandi bunga. Mau 4 jam gak la buat semua2 ni. Lepas mandi bunga, badan sangat wangi dan segar sangat.

Bengkung - Memandangkan Shu bersalin secara normal, Shu memulakan pemakaian bengkung seawal hari ke-4 selepas pulang dari hospital. Sebelum pakai bengkung, sapu krim. Shu guna krim dari leesa formula, tak berapa panas la. Bila krim tu dah habis, Shu sapu krim Mustajab halis extra hot, memang hottttt baru syiok. Siang, malam dan sampai la ke tido Shu pakai hingga hari ke-44. Berbengkong ni elok untuk merampingkan badan, menghilangkan sakit belakang, mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin dan mempercepatkan pengeluaran darah kotor.

Pemakaian & Penampilan - Ni yang buat Shu rimas, sepanjang berpantang kene pakai baju lengan panjang, berkain batik dan dan berstokin. Mak cakap, kene pakai stokin dan baju lengan panjang untuk elak badan dimasuki angin. Yang bestnye disebabkan sepanjang berpantang pakai stokin, pecah2 dikaki sudah hilang.
Rambut plak kene ikat sanggul tinggi2 dan ketat2. Ni pun nak elak daripada masuk angin. Mak dan kakak2 ada suruh letak paku panjang kat sanggul. Nak elak daripada dikacau katanya.Tapi Shu tak leh teima la idea tu. 

Pemakanan - Biasalah orang berpantang, makanan adalah sangat limited. Makanan sejuk2, berangin, berbisa, gatal2 tak leh makan. Bahan asas dalam lauk adalah bawang putih, halia, lada hitam, kunyit. Shu tak kisah and I enjoyed the food.  Sepanjang pantang ni lauk yang shu makan ikan merah, ikan tenggiri dan ayam je. Sumber serat yang shu makan adalah sayur lobak putih, sayur sawi, buah epal dan oren. Tekak ni teringin sangat nak minum air teh o panas, tapi tak boleh minum. Jadi air yang shu minum cuma air horlicks, susu anmum lacta, milo dan kopi. Air panas ye, air sejuk kene pantang lagi sampai 100 hari. Orang2 tua cakap, kalau minum air sejuk dalam waktu pantang nanti badan selalu sakit dan cepat lenguh.
Orang2 tua cakap  lagi, tak boleh minum air banyak. Tapi Shu minum je air putih banyak2. Shu menyusukan baby perlukan air yang banyak.

Pergerakan - Pergerakan pun limited gak. Tak boleh jalan laju2 sebab takut tersadung. Orang2 tua cakap kalau jari ibu kaki terlanggar benda keras boleh bentan jadinya. Kalau dah berbengkung, mana dapat jalan laju2, nak nak pulak 2 minggu pertama lepas bersalin, luka tak baik lagi, memang sopan je jalannya.
Bila berbaring, cuma boleh terlentang dan meniarap, mengiring tak boleh, orang2 tua cakap nanti kedudukan rahim lari. Tapi bila nak breastfeed baby, shu mengiring gak. 
Bila baring jugak, kaki kene lurus, tak boleh bengkok. Pastu kepala kene tinggikan sikit. Mak cakap nanti angin batu meroyan naik.
Mak tak kasi Shu buat keje, dia suruh rehat. Jangan fikir pasal kerja rumah. Mak suruh jaga badan sebab badan ni nak pakai lama katanya.

Kalau betul2 cara orang melayu lama, banyak lagi pantang larang yang kene ikut sepanjang berpantang ni. Tapi maklumlah, budak2 zaman sekarang tak makan saman. hehehe...

Mommy yang lain macam mana pulak?

Tuesday, June 14, 2011

Bacaan ketika berpantang

Berpantang hari ke-43

"Berpantang Cara Alami" terbitan Karangkraf adalah bahan bacaan Shu sepanjang tempoh berpantang ni. Along Shu yang bagi buku ni. Dalam buku ini terkandung maklumat2 seperti Rahsia dan petua penjagaan ibu selepas bersalin, masalah waktu berpantang, panduan lengkap penyusuan susu ibu dan resipi2 untuk ibu berpantang. Daripada buku ni la Shu tahu kenapa amalan2 berpantang tradisional seperti bertunku , berurut, berparam dan lain2 perlu dilakukan.

Ada beberapa masalah yang berlaku pada Shu ketika pantang, Shu rujuk pada buku ini dan ikut panduan2 atau petua2 yang dinyatakan di dalam buku ini bagi mengatasi masalah yang Shu hadapi. Mak Shu rujuk pada buku ini dalam menyediakan makanan untuk shu. Jadi makan Shu ketika berpantang tak la boring sangat. 

Setelah khatam membaca buku ini, memang Shu sarankan untuk mommy to be memiliki buku ini. Buku ini juga sesuai untuk diberikan kepada ibu2 selepas bersalin. Selalu kita bagi hadiah kat baby je kan? meh kite bawakan buah tangan untuk si ibu juga.

Saturday, June 11, 2011

Sembelit oh Sembelit

Berpantang hari ke-40

Shu sekarang meghadapi masalah sembelit yang kritikal. Sembelit ni jadi sejak minggu ke-3 lepas bersalin. Masa awal2 berpantang, senang je nak membuang. Pastu susah betul nak membuang. Sekarang ni tiap kali sakit perut nak membuang, rasa macam mimpi ngeri je.  Takut sangat2. Berjam2 kat dalam toilet memerut. Pastu mula la aksi drama, jerit2 dan nangis2.

I tell you, sangat sakit wokey, nak beranak masa tu pun tak nangis2 bagai. Since hari Khamis terasa nak membuang, tapi tak kesampaian hingga la pagi tadi cuba lagi pun tak dapat gak. Tengah hari ni gi jumpa doc Andy, dia pam, immediately terasa nak membuang, gi masuk toilet kat klinik, keluar segala isi perut ni tanpa rasa sakit. Lega rasanya. Doc Andy bagi ubat untuk diminum supaya membuang tanpa rasa sakit. Harap2 masalah ni akan selesai la pasni.

Orang cakap, sembelit ni memang biasa terjadi dalam waktu2 pantang. Mommy2 kat sana, share la ngan Shu macam mana nak atasi masalah ni dalam tempoh berpantang? Apa makanan yang boleh menyebabkan sembelit? Apa makanan yang boleh atasi masalah sembelit ni?


Wednesday, May 11, 2011

Berpantang di KL atau Port Klang

Berpantang Hari ke-9 

Warghhhh... hati ni dalam dilema. Nak berpantang kat KL atau balik ke Port Klang. Hati ni berat rasanya untuk meninggalkan suami tercinta. Sedangkan Mr. Hubby keluar pergi keje tinggalkan kami berdua di rumah pun Shu boleh menangis rindukan dia. Dalam keadaan Shu yang lemah ini, dengan adanya Mr. Hubby di sisi di setiap malam, boleh membantu Shu menukarkan diaper untuk Saqlain tengah2 malam. How sweet =)
Nanti kalau kat port klang, sape nak tolong shu tukarkan diaper Saqlain tengah2 malam. Nak suruh mak memang tak sampai hati la kan.

Tapi....
Kat KL, susah pulak mak nak cari barang2 keperluan Shu sepanjang berpantang. Kalau pesan kat Mr. Hubby pun, bukannya dia faham.

Oh... tidak.... 
Mohammad Saqlain, Day 3