Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label Breastpump. Show all posts
Showing posts with label Breastpump. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Breastpump MODU vs. Madela Harmony

Hi Mommies, Shu dah ada breastpump baru, MODU you all!!! hehehe..
Dah pakai sebulan setengah pun, baru sekarang nak reveal dan review. Bp Modu ni Shu beli seminggu selepas Shu masuk kerja. So, sebelum ada bp Modu, Shu guna bp Manual Medela Harmony.
Madela Harmony

Fizikalnya pun Madela Harmony ni adalah manual, kalau memerah tu perlukan tenaga sendiri. Baiknya Manual bp ni kita sendiri boleh mengawal kelajuannya, nak laju ataupun perlahan. Tahap penyedutan (suction) agak lembut, jadi ianya tidak menyakitkan. Minggu pertama mengepam kat office, Shu guna Manual Madela Harmony, hasilnya tak berapa memberangsangkan. Adalah sekali tu pernah dapat 4oz tapi kebiasaanya 2-3oz dalam tempoh 30 min. Bagi Shu, tempohnya agak lama dan mengganggu waktu bekerja. Kalau tak bz, ok gak la. Kalau bz, selalu je skip mengepam. Tak bagus tu. belum lagi, kalau tengah stress, rasa lemah je tangan ni mak memerah. Dalam kepala otak ni dah ada fikiran2 nakal yang akan membunuh usaha untuk menyusukan Saqlain.


Jadi, sebelum usaha menyusukan anak dengan susu ibu terbantut, meh cuba usaha lain iaitu cari bp lain. Fizikalnya yang kecil dan ringan buat Shu tertawan untuk memilikinya. Double pumping, jadi masa memerah lebih singkat dan cepat dapat kosongkan cik B. Alhamdulillah, hasil memberangsangkan. Average 4-5oz sekali pump. But recently leh dapat 7-8oz. Tak meyakitkan kalau ikut cara penggunaan yang betul. Ada 6 level suction dan cara nak guna bp Modu ni, kene gunakan level 1/2 untuk stimulation, bila nampak susu mula keluar, tukar kepada level 3-6 untuk bp bekerja memerah. Biasanya Shu guna level 4/5 je untuk memerah. Level 6 macam kuat sangat suction nya. Kalau ikut cara penggunaan yang dinasihatkan, insyaallah boleh dapat hasil lebih.
Yang kurang bestnya, bp Modu ni cuma boleh guna elektrik je. So kalau tak de elektrik, pandai2 la guna bermanual atau bermarmet eh. Bunyinye pun memang tak boleh blah la. Agak bising macam bunyi mesin rumput, hehehehe. Biasanya Shu buat operasi mengepam ni kat surau. Mula2 susah hati gak sebab kacau orang tengah sembahyang. Tapi Shu fikir positif, memerah susu untuk anak pun dikira sebagai ibadah gak sebab memenuhi tuntutan anak. Boleh gitu?
Genap sebulan guna, bp Modu Shu buat hal. Tengah2 excited nak mengepam, bile ON je tak rasa suction. Try gi OneBabyWorld untuk betulkan, sebab Shu beli dari situ, diaorang cuba membantu, tapi masalah tak selesai. Solution terakhir, diaorang nasihat gi terus kepada pembekal sebab suspect problem dari dalam mesin. Terus Shu amik halfday emegency leave semata2 nak baiki pam ni. Tak senang duduk rasanya, bila bp tak sihat. Jadi Shu pergi Sarakids untuk betulkan bp. Alhamdulillah, sekejap je bp dah sihat. lega rasanya. Rupanya getah kat dalam machine dah terkoyak.
Tak terfikir pun beli bp elektrik Modu pada awalnya.Produk ni baru di pasaran Malaysia dan Shu amik risk jugak la beli bp Modu ni. Tapi Alhamdulillah, bp Modu sesuai dengan Shu dan sangat selesa menggunakannya. Overall Shu happy sangat2 dengan bp Modu.

Disebabkan dah melabur pada bp, haruslah tak bermalas2an mengepam untuk tingkatkan production susu.

Note:- Teringin sangat nak pandai bermarmet. Tapi tiap kali cuba, rasa sakit dan susu keluar macam malu2 :(