Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, April 23, 2012

Ada budak cari akal

Anak bujang mama ni, baru 11 bulan, tapi akalnya, dah macam2. Tengok je la aksi Saqlain kat bawah ni.

Perhatikan bungkusan diapers warna kuning. Itulah tempat asalnye.

Pastu, budak kecik tu amil bungkusan diapers tu dan letak depan meja .
FYI, meja tu diletakkan dihadapan TV pun sebab nak elakkan si budak kecik membuat onar di kawasan tu.

Ha.... nampak tak fungsi diapers pack tu?

Berjaya sudah naik atas meja tu

hah amik ko!!!! depan TV terus. 

Misi bukan hanya di situ, pulak dah.... ada hati nak capai bunga atas TV tu

Sikit sikit... akhirnya capai jua

Ini misi nak turun. Pada muka, mama dah amik diapers pack tu. Terkapai2 kaki tak  cecah lantai. hahahaha
Senario macam ni, shu boleh nampak weekend je. Seronok tengok karenah anak2 tapi sayang hanya pada hujung minggu atau public holiday. Hari bekerja, sangat limited, sampai rumah pun dah malam. Sebab tu la, tiap kali nak masuk isnin, rasa malas betul kaki ni nak melangkah gi kerja. Baru hari isnin, dah tak sabar nak tunggu hari Jumaat plak, sebabnye esoknye hari sabtu, tak keje... boleh mengempap dengan anak bujang sorang ni. yu huuuu...

Cepatnye anak bujang mama ni besar. Rasanya macam baru semalam keluar dari perut ni. Dari hari pertama keluar, tak tau apa2, dah macam2 ko buat sekarang ye nak. No matter what, I love you dear my son.

Thursday, April 19, 2012

Outdoor Photoshoot: 3 of us

Seperti yang diwar2kan pada entry sebelum ini, Shu tunjukkan kat korang output photoshoot yang telah dilaksanakan. Semua gambar dibawah ini adalah hasil edit daripada photographer. Details photoshoot seperti dinyatakan dibawah. 


Lokasi : Pullman Putrajaya Lakeside
Tarikh : 18 Feb 2012, Sabtu
Masa : 11 pagi
Juru gambar : Hairul Hakim (Klik link untuk lihat profile photographer)

Peeps, enjoy our pictures !!!!!








Happy with the result, I get what I paid for. Nak lebih2... sila la bayar actual price ye. Anyway, Hairul ni pun kadang2 ada buat free photoshoot untuk kanak2 kat putrajaya.

p/s: more pictures in next entry Wait ya!!!

Wednesday, April 18, 2012

Teaser #1: Our Outdoor Family photoshoot is ready!!!



Kat fb dah sebulan lebih publish, kat blog je belum lagi. Alaaaa... 3 keping je pun, tu pun photographer yang publish. Gambar penuh belum pernah publish tau!!!. Shu nak publish kat blog kesayangan dulu. Tapi untuk hari ni, 1 pic je dulu ye, lain2 menyusul kemudian. Katenye pun teaser....

Tuesday, April 17, 2012

Projek hujung minggu: berpolkadot

Sana sini sibuk dengan apam polka dot, pergi kenduri orang tu ada apam polka dot, pergi kenduri orang ni pun ada apam polka dot. 

Last month, Along ada order apam polkadot daripada kawan opis dia, Shu dapat la rasa apam tu. Bila dah masuk mulut, rasanya tu macam pernah rasa. Tiba2 teringat  kuih yang mak pernah buat dulu. Tu pun Along yang ingat kan. Ha.... tiba2 rasa nak cuba. Apa lagi, mintak la resipi dari mak. pastu sibuk kitaorang pergi bakery cari barang2 nak cuba buat.

Resultnya macam ni la. Meriah sungguh, warna warni. soooookaaaaaaaaa...

Sila abaikan rupanya yang tak berapa nak mengancam. Saiz pun tak sama, ada tinggi ada rendah. Ini baru percubaan pertama. Tapi memang inilah rasanya sama dengan kawan along tu buat. Next time buat kene kurangkan tepung sikit, bagi lembut dan kene tingkatkan skill buat corak.

Last weekend, Along nak buat lagi apam ni, dan inilah hasilnye:-
Tahap kegebuan dan rupa telah diperbaiki. Kitaorang sangat suka dan excited buat apam ni. Cuma ada 1 benda yang kene improve, filling dalam tu mencair dan membuatkan base apam tu melecir. Macam mana nak buat filling tu boleh ada kat tengah2 ek?

Ha ko... 2 minggu berturut2 buat project apam je, Lepas ni, mak dah ada kuih baru yang boleh bagi kat orang kenduri kendara. Kalau tak... kek coklat je memanjang bagi kat orang. 

Shu cuba nak buat lady bird. tapi tak jadi. 
Nak kene buat lagi ni untuk practice buat corak lady bird. pastu buat angry bird plak, pastu buat corak strawberry plak. pastu buat ... macam2 la nak buat. Ni lah kekdahnya , orang excited baru belajar buat apam. hihiiihihi...

Monday, April 16, 2012

Sunset @ Tanjung Harapan

Nak tengok sunset, silakanlah ke Tanjung Harapan. Kalau weekend, petang2 mesti ramai orang tak kira berkeluarga mahupun yang berpacaran. Ada yang duduk saje, memancing pun ada. meriahhhhh... 
Tapi bila malam macam tercemar sikit dengan aktiviti2 tak sihat.

Shu pulak, kalau datang mood rajin bangun pagi, suka terjah sini untu berjogging. Syok babe pagi2 jogging tepi laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa beserta deruan ombak rindu. Wah!!! tiba2 bahasa cerpen keluar daaaa.....

Owh, kat sini la Restoran muara ikan bakar yang orang cakap famous tu. Tapi Shu tak biasa makan kat sini, Mahallll dan masakannye biasa2 je. Ada banyak lagi option restoran seafood kat sini yang lagi sedap.

While waiting for sunset, bagi Saqlain main2.
Let him explore.
Mama pun nak jugak begedik depan kamera

Father and Son
Mak dan Along pun ikut jugak
Ni ha... hasil snap shot sunset from Mr. Hubby. Layan....
Masyaallah.. It's beautiful.




Dah puas tengok sunset, jom kita balik. Time ni lah kedengaran bunyi siren kete polis buat announcement amaran tsunami tu.(Klik link tu kalau nak tau kisah)


Sempat pulak budak kecik ni geget hidung babanya.
Ouch!!! sakit tau.
Bye!!!