Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, April 13, 2012

Amaran Tsunami!!!!

Ehhhhh... jangan panikkkkk... bagi la Shu story dulu.

Cuti umum pertabalan Yang Di Pertuan Agung rabu lepas, sepanjang hari dok kat rumah. Kesian pulak kat Saqlain, dah la hari mama dan baba bekerja kene dok rumah, Hari cuti pun kene dok rumah gak. Haih la.... Petang tu, ajak la Mr. Hubby pergi Tanjung Harapan, tempat rekreasi paling dekat dengan kediaman kami, 10 minutes drive.

Sampai je kat Tanjung, Mr. Hubby tegur, kenapa air tinggi? As usual, wifey nyer yang tak berapa bijak ni cuma jawab, "I dont know".

Syok2 lepak kat Tanjung Harapan, tiba2 ada annoucement supaya berhati2 kerana amaran Tsunami sudah dikeluarkan. Layankan video kat bawah ni.


Rupa2nya gempa bumi terjadi kat perairan sumatera pada skala ritcher 8.6 (11 April 2012, 3.30 petang waktu malaysia). Mana tau weiiii!!!!! nama je satu hari dok rumah, tapi 1 hari jugak tak on TV.

Ingat lepas kitaorang dengar announcement tu.... kitaorang terus balik ke????? idoknyeeeee
Boleh plak sambung lepak situ lagi kat restoran Lilin. Tak pernah nak amik tau pun ape nama sebenar restoran ni, Shu panggil je restoran lilin, sebab setiap meja ada letak lilin, ala2 candle light dinner gitew..., kirenye candle light dinner bajet la).

Hajat dihati gi tanjung nak makan steamboat, tapi sebijik lori pun tak de hari tu. Nak jugak ikut nafsu perut ni, tak sah kalau gi jalan2 tak makan mana tak montel. Makanya hadap gak la makanan yang agak2 ringan ni.
Tauhu Bakar Pinggan Besar
Masa order Tauhu bakar ni, pelayan tu tak tanye pun nak pinggan besar ke kecik. Jadi bila tauhu bakar ni sampai, rasa kagum sebab kedai tu dah upgrade portion hidangan. Bila nak bayar, nampak kat kertas order tulis "Tauhu Bakar Pinggan Besar". Ooooo....ade kategori rupenyer.... tak pe lah, nasib baik sedap, sapu bersih semua masuk dalam perut ni.

Satay Ayam 10 cucuk,
Satay daging 5 cucuk
Set hidangan datang sekali dengan nasi impit. Kalau kat tempat lain nasi impit tu kene order. Satay ayam, nak kate sedap tu... ok la, not bad. Tapi satay daging nye liat. Apa2 pun, Satay Sri Melaka AU5 gak jadi pujaan hatiku.

Masa lepak2 kat restoran tu, tiba2 air laut berkocak dengan kuat. Seriau gak dibuatnya, nasib baik kejap je. Uish... takut gak la kalau Tsunami melanda port klang ni, sah2 la kawasan kediaman Shu ni kene dulu.  Malam tu bertalu2 orang call rumah, ingatkan tentang amaran Tsunami kat negeri Selangor. 

Bersama2 la kita berdoa agar Allah lindungi tanah air Malaysia daripada bala bencana. 

No comments:

Post a Comment