Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, July 2, 2012

I'm the re-Atkiner


Sekarang Shu dah jadi Atkiner semula yang tertangguh sejak hari itu (Sila klik kalau nak baca celoteh sebelum ini). Berat semakin bertambah dan terus tak bertambah. tak leh jadi ni. kene diet gak. Shu ada 5 pasang baju yang di tempah tapi tak muat okay... sebab ikut ukuran lepas bersalin. Perkara yang sepatutnya dilaksanakan pada awal tahun 2012, tapi cuma minggu lepas dapat dilaksanakan dan moga berjaya diteruskan hingga mendapat berat ideal.

Perempuan GEMOK
Shu tak suka tengok gambar atas tu. Obviously memang gemok, muka tu membolat. Lengan tu dah terkeluar terkeluar dah. Muka kusam. Tak leh jadi ni... kene diet jugak. 

Untuk journal diet last week:-

Day 1 - 25/6 /2012 (Isnin)
Initially memang follow atkins rules tapi lepas lunch tu kepada dah start pusing. Tapi masih cuba bertahan sehingga balik office dan apabila sampai dirumah terus menelan 1 cawan milo panas. Yes I broke the rules. Pening kepala sampai ke malam tau. Tak pasti sama ada ada kaitan dengan atkin atau tidak.

Day 2 - 26/6 /2012 (Selasa)
Bangun pagi pening kepala macam dah hilang tapi decide tak nak buat atkins strictly. Breakfast macam biasa. Tengah hari makan Soy mee wantan. kat office still minum 2 liter air kosong. Balik rumah makan lauk2 je. no rice. Malamnya sebelum tidur tekun membaca status di wall Kelab Diet Atkins Malaysia. Ramai yag sudah berjaya dengan diet ni. Tidur dengan semangat membara, harus melaksanakan misi diet ini esok hari.

Day 3 - 27/6 /2012 (Rabu)
Bangun dengan semangat membara untuk follow atkins rules. Jadi, hari ini dikira Re-Induction la...sebab semalamnye dah kantoi. Isnin hari tu lupa nak amik initial weight before diet. So, pagi sebelum gi keje sempat naik penimbang untuk amik berat. Dah lama tak naik penimbang rumah ni, sebab takut nak tengok jarum penunjuk berat. Tapi pagi ni kene hadapi jugak dan hamikkkkkk ko.... 74 Kg. Tak pe I will work on this.
Alhamdulilah berjaya dilaksanakan with 3 meals tanpa pening kepala. Yeahhhhh, I just fine.

Day 4 - 28/6 /2012 (Khamis)
Since tak de apa2 yang berlaku, semangat berdiet diteruskan with no cheating. 
Balik ke rumah petangnya, mak cuma masak sup leher dan kaki ayam which it definitely not enough to full fill my tummy. Nasib baik ada pasar malam, beli ayam percik for dinner, of course with no sauce. Sebab sos ayam percik ada rasa manis, sure ada gula. 

Day 5 - 29/6 /2012 (Jumaat)
Semalam beli ayam percik extra, memang niat beli extra untuk breakfast. Dalam atkins sangat mementingkan breakfast and please never skip the breakfast. 
Lunch time member ajak makan kat BSC foodcourt. Ingatkan ada western food tapi nan ado. Fikir punya fikir, order chicken black pepper dari sizzling stall tapi pesan tak nak nasi. So the girl extrakan ayam but still it was not a big portion. Kalau ikutkan perut, portion sebegitu rupa, tanpa nasi pulak tu, memang tak cukup, tapi bila berdiet, minda memainkan peranan penting. Selalu kene fikirkan, apa yang ada didepan mata itu cukup untuk perut ini. Bila otak menghantar signal kepada perut menyatakan makanan itu cukup kita, perut akan menerima signal itu dan memproses sebagaimana yang diarahkan oleh otak. Yes, it worked. kenyang sampai ke petang. Anyway, ini cuma pandangan shu je ye. tak tau whether it works for you peeps.

Janji dengan diri nak naik penimbang setiap pagi isnin tapi Sabtu pagi... kaki ni gatal nak naik penimbang berat. Naik je dua2 kaki.... jarum menunjukkan.....71 Kg. Maknanya 3 Kg hilang dalam 3 hari dieting!!!!!!! Tahniah untuk diri sendiri.

Weekend tak yah citer la ek. Sebab diet dah ke laut. Susah nak kawal kalau weekend sebab ada kat rumah.  Semalam pergi kenduri kahwin, ada bubur jagung. Jagungnye sangat banyak dalam bubur tu. Tak leh tahan, Shu bedal 5-6 sudu. But still no rice, no bread. I guess it still not overloaded.

Pagi ni naik penimbang. Takut okay sebab memang banyak sangat langgar rules atkins.

Perghhhhhh.... nasib baik maintain. So, total lost weight untuk diet last week adalah 3 Kg without exercise. kalau weekend tak cheat, mesti banyak lagi pengurangan KG tu. 


Thursday, June 28, 2012

Kunci rumah dan berita malam tadi

Hi peeps, kembali bersiaran. Citer kat Langkawi pun tak habis lagi. Hold sekejap, bila mood berblogging kembali Shu sambung.

First of all, Alhamdulillah... Shu dah dapat kunci rumah dan access card semalam (27/6/2012). Yeaaahoooooooooooo..... seronok tak hengat, macam dalam mimpi je bila dapat pegang set kunci rumah sendiri. Walaupun rumah biasa2 je, syukur dengan rahmatNya.

Meaning anytime can move in. Buttttttttttttt.... another headache coming when thinking of money! money! money!. It's all about moneyyyyyy. Mana pulak nak cekau duit ni. Walaupun cuma beli keperluan sahaja untuk cukupkan syarat je, mau riban-riban gak yang kene keluar. Lagi pulak seepanjang kahwin ni mana la kitaorang beli sangat. Masa dok kat saffron dulu, rumah tu memang dah ada barang. Wardrobe bilik kitaorang pulak Mr. Hubby dah let go kat house owner the Saffron.

Cerita lain pulak, tengah syok2 dapat kunci, tengah syok2 layan Mr. Hubby dinner (I wasn't not taking dinner with him, i'm on diet ---> nak jugak menyelit iklan ni) Tiba2 terdengar pulak berita kejam.

"Bapa menghumbat 2 anaknya dari tingkat 21 kondominium" nak citer detail klik sini atau google aje.  

Oh... kejamnye.... but another interesting info is that....

it was happen in LANGAT JAYA KONDOMINIUM

What?????? Baru je amik kunci tengah harinye, tengah seronok nih. dan dan hari tu jugak jadi kes anak beranak terjun bangunan pulak dahhhhhh.

Lagi interesting info... Bapa yang menghumban anak2nya tu adalah warganergara PAKISTAN okayyyyy  dan Isterinya pulak MELAYU (Me is Melayu, Mr. Hubby is Pakistani). mau tertelan air liur dibuatnya. Jauhkanlah kami sekeluarga daripada benda2 macam ni. Mesti mau kasi kukuh benteng iman ini.

Nak komen sikit pasal kes ni, daripada sumber berita, si ibu ni dalam proses penceraian and i guess they are no more staying together. But then, si ibu ini dah tau bapaknye tak de sumber pendapatan, apsal la tinggalkan anak2 itu dengan bapanya. Alahaiiiii kesian anak2.

Anyway, ape kaitannya kunci rumah yang shu dapat tu dengan berita TV malam tadi?????

Sebabnya rumah yang Shu beli dan bakal diduduki itu ialah tempat kejadian terjun bangunan itu berlaku.

Perkarangan Kondominium Langat Jaya

Agak2nyelah... ape respond korang kalau situasi cenggini?

Monday, June 11, 2012

Langkawi #5 : Perdana Quay, Telaga Harbour Park

Cerita Langkawi masih belum habis lagi. Baru nak mula cerita hari ke-3. Last week was super busy week, tak sempat nak update blog. Now, kita sambung yeh!!!

Lepas check out dari Mali Perdana Resort, cari makan dulu. As usual, bab makan2 ni Mr. hubby agak choosy. So he opted to have brunch at KFC. Grrrrrrrrrrrrr.... KFC again?????? Nasib baik KFC tu sejalan je to the next destination, Shu layankan aje.... kfc pun sedap gak. Kalau sape2 yang planning nak gi Langkawi, kalau at Langkawi nanti teringin nak makan KFC, korang pergi ke area Pantai Kok, cari stesen minyak petronas, sebelah petronas tu ada bangunan, KFC ada kat dalam bangunan tu, restorannya mengadap laut. Just in case la kan... hihihihih

Sleeping time for baby Saqlain
Semalam datang kat sini tak dapat amik gambar, cuci2 mata aje sebab batery kamera dah habis. This time, kene la amik gambar di tempat yang cantik ini. Anyway, Perdana Quay, Telaga Harbour Park ni terletak kat Pantai Kok. Ia merupakan tempat parking untuk private yatch. 

Cak!!!!! saya dah bangun
Another recommended place for sight seeing. Kalau nama dah duduk kat bandar, bila dapat tengok tempat macam ni, haruslah rasa excited. Lagi pulak laut Langkawi ni memang sangat cantik.

Focus the view at my back. Doesn't it awesome?
Bila dok kat sini, ada gak la feeling2 berangan, "kalau lah boleh naik salah satu private yatch ni, dok berdua dengan Mr. Hubby je, dinner dan sambil2 tengok sunset, kan romatik gitu". Haih laaaa berangan je ok, boleh je kalau nak buat macam tu, tapi tak mampu la pulak kitaorang nak sewa yatch tu. Insyaallah, tak salah kan nak berangan kan. Mana tau angan2 ni boleh dilaksanakan untuk 5th year anniversary. Cehhhh wahhhhh.

3 of us @ Telaga Harbour Park

The other view of  Telaga Habour Park

Our Close up 
To be continued...

Monday, June 4, 2012

Langkawi #4 : Review Mali Perdana Resort

Selama bercuti-cuti Langkawi 4 hari 3 Malam, kami telah menginap di 2 tempat. Untuk 2 malam yang pertama kami decided untuk menginap di hotel budget je. Memandangkan 2 hari pertama ni, kitaorang akan keluar berjalan2 di kawasan yang berdekatan dengan area Cenang. tak perlu lah bilik mahal2.   Survey punya survey, according to our budget, kitaorang pilih Mali Perdana Resort. Resort ni betul-betul terletak di sebelah pantai. And it is just 2 minutes walking distance to Langkawi Underwater World. Tapi kitaorang pun tak rancangan pun nak gi situ, not in the list anyway.

View from Pantai Cenang

Shu booking daripada booking.com dengan harga RM80/night tanpa breakfast. Memang resort ni tak menyediakan breakfast. Tapi apa nak kisah, kat Cenang memang banyak tempat makan. Kira murah la tu kalau nak compare dengan harga yang ditawarkan oleh Asiarooms dan Agoda. Even kalau masuk blog maliperdanaresort pun, harga yang ditawarkan adalah lebih tinggi. 

Since on the first day tu kitaorang akan sampai lewat, kitaorang awal2 call pihak resort untuk confirmkan kedatangan kitaorang ke Langkawi. Maklumlah, masa booking, tak payah bayar deposit, risau gak kot2 bila sampai, bilik dah penuh. Tapi apa nak kisah, sebenarnye kat area situ banyak giler resort. Jarak antara satu sama lain dekat2 je, sebelah menyebelah. Tapi of course la walk in punya price lagi mahal kan.

Upon check-in kitaorang request bilik yang boleh nampak laut as Mr. Hubby wish. So, kitaorang dapat corner unit. Actually bilik kitaorang tu tak la betul2 mengadap laut memandangkan binaan bangunan resort tu tak sejajar dengan laut. Tapi, kalau dari pintu bilik, pandang belah kanan, boleh nampak la laut yang terbentang luas tu. Oh, resort ni ada 3 tingkat, so kitaorang mintak tingkat yang ke atas.

View from our room

Melangkah masuk ke dalam bilik, we were quite impress. Saiz bilik biasa aje, tak besar sangat. Bersih... dan bilik air pun bersih. Special for corner unit disediakan juga small fridge dan kettle. Tapi tu la, almari plak takde. Sudahnye bersidai2 je la baju kitaorang.

Hot and Cold (plain) water juga disediakan tapi pergi amik sendiri kat reception area. Begitu juga coffee and tea pun ada.

Our room unit
Mr Hubby nak sangatkan berbilikkan di tepi pantai kan. Rasakan...Mr. Hubby tak boleh tido malam tu. Isterinya, enak aje tidur hanyut bersama2 deruan ombak. Hahahaha, Mr. Hubby telinganya sensitif sikit. Bising2 sikit pun tak leh tido.

The next day, kitaorang request tukar bilik, pagi kedua tu cuma ada 1 bilik kosong, tapi shu kurang minat dengan bilik tu sebab deco bilik tu kurang menarik dan agak malap, TV kecik. Lagi pun tak de fridge, tapi almari ada la pulak. So, we decided to stay at the same room. Malam berikutnya, pandai2 la Mr. hubby adjust telinga dia yang sensitive tu. hihihihi.

Dah check out
Overall, Mali Perdana Resort is an acceptable place to stay, if only you intend to make the room as a place for you to sleep and store your luggage. Nama pun hotel budjetkan, so what do you expect?. The receptionist entertained us nicely. So, we are OK withit. Tapi, let say kitorang ada rezeki nak lawat Langkawi lagi, definitely we will go for other place. It's not because Mali Perdana is not good, but there are toooo many resort untuk diterjahhhhhh!!!!!!!



Sunday, June 3, 2012

♥ 2 tahun ♥


Alhamdulillah, hari ini genap 2 tahun, dirinya Halal buat ku .



Ya Allah, tetapkanlah hati kami untuk hidup bersama, dalam susah atau senang. Peliharalah ikatan ini agar kekal buat selamanya.


Mr. Hubby, I want you to know that I want to grow old with you.

By the way, walaupun usia perkahwinan kami sudah menginjak 2 tahun, tapi Shu masih belum berkesempatan berjumpa dengan keluarga Mr. Hubby di Pakistan. Ayah Mr. Hubby tak sihat sekarang ni. Mr. Hubby sangat2 risau. Saat ini, kami cuma mengharapkan miracle daripada Allah untuk turunkan rezeki yang cukup bagi kami, agar kami 3 beranak sempat berjumpa dengan Abaji. 

"Ya Allah, kau berikanlah kesihatan yang baik buat Abaji, panjangkanlah umur Abaji dan bukakan lah seluas2nya pintu rezekimu buat kami sekeluaga. Amin..."