Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, August 2, 2013

2nd MGTT

Week 34 - Tadi baru lepas minum air gula untuk yang kedua kalinya untuk 2nd pregnancy. 1st MGTT result 7.3 which very near to diabetic. Hmmm... so kene buat 2nd test. Hopefully this time result adalah normal.
Rumah dan klinik jaraknye sekangkang kera je. Balik dulu ar, tak kuasa nk bertapa lama2 kt klinik. Jap lagi pergi semula utk amik darah, then chow pergi kerje.
By the way, ini entry untuk test upload entry guna Blogger-droid.
Kt bawah ni latest pic ibu mengandung.

Friday, July 5, 2013

Nilai di sebalik ganjaran itu lebih penting

Jumaat yang penuh barakah, tiba-tiba didatangi rezeki yang bergolek. Ehhhh.... ini rezeki datang tak bergolek tau.... rezeki ini datang dengan melakukan kerja yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh dan ianya datang dari Allah.

Jusco Voucher RM10 x 10 with notes

Hari ni Shu dapat voucher Jusco RM100 daripada my test manager. Ini adalah hasil daripada the first project that I worked on after I joined this company. No need to mention what project it was, but this was the project that I worked alone, no teammate and only depend on the guidance from my Test Manager, Pam. Cabarannya, very very tight dateline, test manager yang perfectionist (just imagine what i mean is that there will be checkpoint meeting twice in a day, too much comments, work review everyday... blah... blah... blah...) and of course too much pressure. After all, I realized it gave so much benefits to me especially in delivering the project on time no matter what.

Alhamdulillah, we managed to deliver this project successfully. As a result, this project was announced  as one of the successful project after it's being implemented. The users are happy with the application and it give big impact to the company. Huh, puas hati.

Nilai voucher ni memang tak besar pun, Tapi besarnya NILAI itu bila kerja kita dihargai. Barulah motivasi bekerja itu akan meningkat. Bila motivasi kerja meningkat, kita akan sentiasa bekerja dengan penuh kesungguhan, dan kesungguhan itu yang memberikan keberkatan pada setiap sen gaji yang diterima pada setiap hujung bulan.

Ape2 pun Shu bersyukur, voucher ni boleh tambah2 untuk beli keperluan bagi menyambut baby ke-2 nanti :)

Monday, July 1, 2013

Detail scan @ week 21

Sewaktu kandungan  kedua berusia 21 minggu, Shu pergi buat Detail scan & 3D/4D scan. Masa 1st pregnacy pun Shu ada buat detail scan (entry di sini). Pada pandangan peribadi Shu, detail scan ni penting, bukan sahaja kita dapat lihat perkembangan bayi dalam kandungan secara terperinci, malah dapat mengesan sebarang ketidaknormalan pada fizikal bayi & tumbesaran.

Shu nak cerita terperinci hasil keputusan detail scan pun tak berapa ingat sebab shu buat ni dah lama. Sekarang shu dah 29 minggu pun. Tapi menurut sonographer Jezlyn, tumbesaran bayi adalah normal dan mengikut jadual. Alhamdulillah...

Kat bawah ni Shu upload imej yang telah diambil semasa detail scan berlangsung. Sesi detail scan hanya boleh dilakukan dengan paparan imej 2D.

Imej my 2nd baby

Imej Otak

Tak pasti imej apa ni, rasanya kedudukan buah pinggang kot.
Boleh nampak tulang kerangka bayi juga.

Detail scan report (1/4)

Detail scan report (2/4)

Nak tau jantina baby, tengok report berikutnya :)
Detail scan report (3/4)

Detail scan report (4/4)

Seterusnya, jom tengok hasil 3D/4D scan plak. Tak senang tau nak capture imej 3D/4D ni. Baby tak nak bagi kerjasama, leh tidur plak tu. Lepas habis detail scan, Ms. Jezzlyn suruh jalan-jalan 10 minit dulu dengan harapan baby akan jaga dan bergerak aktif. Tapi still baby tak bagi sepenuh kerjasama. So, ini je lah hasilnye..

Imej tangan tutup telinga

Imej tangan tutup telinga (2)

Kali ni angan dah tak tutup telinga
Bak kate hubby, nampak gayenye, gen mama lagi kuat, sama macam abangnye, hidung tak tinggi. Huh!. We will see soon anyway.

Untuk detail scan ni Shu booked online dari website BAYI-IBU.com. Ms. Jezzlyn buat detail scan ni di 3 tempat iaitu Shah Alam, Ampang dan Seri Kembangan. Shu pilih tempat yang paling dekat dengan rumah Shu kat Seri Kembangan di mana ia beroperasi di alamat yang berikut:-

Poliklinik An-Nisa'
No.5, Jalan BPP 8/1 Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor
43300, Malaysia

Berikut senarai harga bagi setiap pakej:-

3D/4D Scan Charges : RM120 ( include 3D picture and video in CD and 1 4R Colour Print Out)

2d Detail Scan Charges : RM150 ( Check for anomaly in 2D scan, for 20-24 weeks only! )
3D/4D Scan + 2d Detail Scan Package : RM220 --> Shu ambil pakej ni.

2D scan : RM50 (only for ampang and seri kembangan area)



For twin:

3D/4D Scan Charge : RM130 (include 3D picture and video in CD and 2 4R Colour Print Out)
2d detail scan : RM280
3D/4D Scan + 2d Detail Scan Package : RM320


Personally, I think it was a reasonable price for detail + 3D/4D scan which included 1 printed 3D/4D image and CD which consists of all captured images and videos.

For further info kindly visit their website or visit their facebook page.

Sunday, June 30, 2013

T&O Dinner 2013

Date : June 6, 2013
Venue : Multipurpose Hall, HP Campus
Theme : Fire & Ice

Ni nak buat pengakuan, sejak memulakan kerjaya, dah kerkhidmat untuk beberapa company, dah nak masuk 6 tahun bekerja pun, ni kali pertama Shu join company dinner. Company2 yang shu pernah kerja sebelum ni tak pernah ada dinner pun (or maybe they had the company dinner after I quit... ngeh..ngeh..ngehh). So, agak excited gak la bila ada Dinner invitation kat current company. In fact, dinner yang ni pun bukan melibatkan whole organization. Yes, we are separated in 2 entities under 1 roof. Ni dah setahun keje kat current company, baru faham sikit company organization structure, it's too huge & too complicated.

Back to dinner story, dinner ni diadakan tak jauh pun, kat Multipurpose Hall aje. Kat situ la tempat macam2 staff activities diadakan, sports event, charity event, wellness program & etc. But for that special night, the team managed to transform the hall into fantastic dining hall.

The Multipurpose Hall
The Stage

Untuk menepati tema dinner malam tu, Shu pakai lycra dress warna merah dan shawl putih with red wedges. Shu belum pernah upload my pic during this 2nd pregnancy ni kan? Here we go :)
Me pregnant at week 26
(Kat dalam pic ni tak nampak perut)

The girls at the same table. Our table had Red roses.

Overall, the dinner went well. Tak kira performance daripada staffs atau professional dancers pun best gak. Tapi apa yang buat the night alive was the MC, Sarimah Ibrahim. I admire her so much, ni pun the reason why I nak sangat attend dinner ni. Telatah dia yang giler2, slumber, petah berkata2 memang tak boring la. 

They are all managers dan sangat sporting menari Gangnam Style.
You guys rock ya!
Shu tak capture the foodies pic sebab the food so so je. Hadiah2 lucky draw tersangat la best, banyak gak hadiah yang disediakan. Haihhhhh.... bertuah la yang dapat Samsung S4, tablets, pc & travel voucher RM1k. Tu antara grand prize la, tapi yang tak grand prizes pun best gak. But me being not so lucky, tak dapat satu pun =(

With Dila, my teammate at photo booth
I'm holding the door gift, a pillow with white rose

Nasib baik ada bantal as door gift, tak de la balik dengan kosong. Sebelum balik sempat rembat roses, white & red each.
With the girls after dinner
(In this pic baru nampak perut)

On the way balik nak ke car park, terserempak dengan Sarimah Ibrahim, terus mintak nak bergambar. Tapi tak leh nak capture banyak2, nampak dia & PA dia macam hurry je. Lagi pun the next day early morning dia kan kene bertugas as DJ Mix.fm. Haruslah balik cepat. So we just capture the picture in group. Tak dapat hadiah lucky draw tapi dapat bergambar dengan Sarimah Ibrahim pun dah cukup happy.

with Sarimah Ibrahim


Monday, June 3, 2013

Saqlain's 2nd Birthday Party

18 May 2013

Alhamdulillah, Birthday party Saqlain sudah dilaksanakan dengan jayanya. Tak buat besar-besaran pun sebab mamanye pun bajet gak. Jadilah.... dulu masa 1st year tak sambut. So niat nak sambut birthday untuk 2 tahun kene teruskan. Masa majlis berjalan, Shu memang bz layan tetamu, jadi memang tak pegang kamera pun. Ni pun nasib baik kakak ipar banyak amik gambar, amik dari tab dia je ni. Padahal dalam otak memang dah plan nak amik gambar ape2 yg patut untuk dimuat naik kat blog ni. Tapi bila tiba masanya, jadi blur plak. Hmmmm my bad.

Majlis Sambutan Hari Jadi Saqlain ni berlangsung di rumah mak Shu di Port Klang. Senang adik beradik lain berkumpul kat rumah mak. Kerje masak memasak pun jadi lebih senang sebab kakak2 ada yang tinggal berdekatan. Nak buat kat rumah sendiri, tak cukup peralatan memasak.
Simple Stage background
Untuk majlis ni Shu tak la bertema sangat. But since Saqlain suka sangat dengan Upin Ipin, ada gak elemen upin Ipin yang Shu masukkan serta dipadankan dengan warna Biru dan Kuning. Shu rasa warna biru dan kuning ni ideal untuk Upin dan Ipin.

Entrance deco - Pintu gerbang loaded with balloons

Sebelum Majlis sambutan Birthday Saqlain, Majlis doa tahlil untuk arwah atuk & nenek telah berlangsung, dan tengah2 berwirid, boleh plak birthday Boy tido.... Plan asal lepas habis bacaan doa, nak potong kek, then makan2. Makanya, sesi potong kek terpaksa ditunda buat sementara waktu.
Birthday Boy Tido
Menu of the day... Nasi minyak, Rendang Ayam, Kuah Dalca, Jelatah Nenas, Papedom, Pulut Kuning, Kari Telur, Karipap, Nuggets Ayam, Cheesy Wedges, Agar2 Santan, Buah Tembikai, Air buah & Air Kopi.
Terima kasih sangat2 kat Abang Ipar yang sudi masakkan Nasi minyak dan my sisters yang banyak menolong kerja2 dapur bagi menyiapkan menu yang telah dirancang.
The foodies

Birthday cake Saqlain adalah Carrot Walnut Cake, order daripada Lynda, jiran sebelah rumah.  Citer pasal cake ni, Shu cuma sempat tgk rupa cake ni masa sessi tiup lilin. Lepas sesi tiup lilin, potong sikit bagi kat kawan yang datang, selang beberapa minit, kakak ipar bg tau kek dah habissss... Me like what????. Tak sempat nak rasa lagi okay. Laku macam goreng pisang panas. Then cuit sikit dari mangkuk my niece, Hmmmm... this cake memang yummylicious. My sisters pun puji kek ni sangat sedap, siap mintak tolong orderkan kalau ada apa2 family event.
Saqlain's Birthday Cake

Aksi2 Birthday baru bangun tidur

Aksi-aksi Birthday Boy potong cake

Tetamu
Ishhhh.... rasa rugi plak tak snap picture dengan kawan2 yang datang. Memang blur la time tu.

Baba, Birthday Boy & Mama
Macam-macam Aksi

Thank you very much to everyone yang bagi hadiah kat Saqlain. He was very happy seeing those presents especially the cars, bus & truck.
The presents

Note: Entry dibuat ketika sedang menunggu built to Production ready. Jenuh menunggu... baik update blog to kill the time. hihihihihihi