Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, June 2, 2010

Cheese Tart untuk nikah Door Gift


Untuk Nikah Door gift, cik shu bagi cheese tart, order dari Kak Izah. kenapa ek? sebab cik shu suka sangat dengan cheese, jadi sempena hari istimewa, cik shu nak berkongsi kegemaran cik shu dengan semua tetamu yang hadir. Untuk door gift, tart yang macam kat atas tu di bungkus 2 dalam setiap pek (1 white cheese tart, 1 coklat cheese tart). Lupa plak nak snap gambar selepas di packtTapi boleh refer kat blog cheesepassionate.

Feedback daripada family dan tetamu, mereka sangat suka dengan cheese tart ni especially white cheese tart. ada siap mintak tempahkan untuk diaorang lagi tuh. Sebab suka sangat, jurunikah yang menikahkan kitaorang pun siap mintak lagi satu. Bagi Cik Shu, harganya amatlah berpatutan, untuk tart yang sudah siap di pek, hanya RM 1.50 (2 pcs). Banyak lagi produk2 berasaskan cheese yang dibuat oleh kak izah. Kalau nak buat hantaran pun boleh. Cheese tart kak Izah sangat2 lah direkomenkan oleh saya untuk korang.

Hantaran Kahwin

Memandangkan hantaran semua dah naik masa pertunangan dulu. Jadi untuk nikah ni hanya mas kahwin dan barang pembatalan air sembahyang sahaja yang menyusul. Seperti gubahan hantaran masa tunang dulu, untuk kali ini aku dan SIL yang menggubah bersama2. Kitaorang ni tak la pandai nak mengubah, tapi kalau ada contoh, cari je la barang then ikut la macam gubahan contoh.

Sekarang ni, kalau nak upah orang gubahje sedulang dah 70 lebih. Kalau buat sendiri tu, boleh la jimat sikit. Walaupun ambil banyak masa, sebab nak cari barang dan mengubanya sendiri, tapi puas hati tengok hasil air tangan sendiri walaupun tak lawa mana.

Dari pihak aku, hanya 1 dulang sahaja iaitu Cincin Silver berbatu Ruby. Dan berbesar hati untuk suami tercinta, telah Cik Su gubah dulang itu dengan penuh kasih sayang. Untuk dia, Cik Shu guna gabungan warna Ungu dan Kuning. Why? sebabnya, ungu adalah antara warna kegemaran Cik Shu.



Untuk hantaran daripada pihak Mr. Fiance, SIL yang tolong gubahkan. Since, dia tak de family kat sini, jadiaku la yang tolong arrange kan. Dah nak jadi suami, takkan nak berkira kot. Gabungan warna Biru dan Merah Jambu telah digunakan.


Untuk kedua2 gubahan ini, konsep "Bunga2 dalam Taman" telah digunakan. Nampak tak dulang2 tu dipenuhi bunga2an? Hnatam je la labu. Asalkan ada rupa hantaran, kira orait la tuh. Seronok buat kerja2 macam tu, sampai aku dengan SIL berkira2 untuk join bengkel gubahan untuk asah bakat terpendam ni. Boleh ke?

Tuesday, June 1, 2010

The art of Henna

Macam pengantin2 yang lain, Cik Shu pun tak ketinggalan dengan henna. Bagi masyarakat Pakistan, Henna memang adalah satu kemestian bagi pengantin perempuan. Dan memandangkan perkahwinan Cik Shu adalah gabungan 2 bangsa iaitu Melayu dan pakistani, maka haruslah cik shu lukis henna di tangan ye.

Rancangan asal, henna ni sepatutnya akan dilukis oleh isteri kawan My Fiance dari Pakistan, tapi disebabkan ada hal emergency, mereka terpaksa balik ke Pakistan. Jadi Cik Shu tak banyak pilihan dan masa yang banyak lagi. Nasib baik la Mr Fiance sudi mencarikan pelukis henna untuk Cik Shu.

Akhirnya, Cik Shu ke V.Sachin Beauty Salon yang terletak di Plaza City One. Pemilik salon ini adalah berbangsa india. Setiap design ada harga2 tertentu, lagi complicated design tu, lagi tinggi la harganya. Untuk design yang cik Shu pilih, keseluruhannya adalah RM 130. Untuk selebelah telapak tangan, RM25. Sebelah tangan hadapan, RM 25. Sebelah kaki, RM 15. Maka, totalnya kali 2 la ek, takkan nak lukis sebelah je yer tak. Setakat yang cik shu survey, harga yang dikenakan tu adalah harga standard bagi pelukis2 henna. Cik shu ada jugak tanya charge diaorang kalau datang kerumah. Untuk ke sentul diaorang charge RM 80 untuk pengangkutan. Mak oi... mahal nye. padahal kalau naik lrt dari masjid jamek ke bandar baru sentul baru RM 2.80 ulang alik. Lupakan lah.



Komen cik shu, The good thing is that, selepas henna itu kering, warnanya sangat cantik dan henna itu berbau wangi. Tapi, cik shu tak berapa puas hati dengan hasil lukisannya. Tak seragam, sebelah kiri cantik, sebelah lagi tak cantik. Lagi pulak, lukisannya terlalu tebal, makanya corak yang cantik jadi tak cantik sebab terlalu padat dan tak nampak kerawang2 yang sepatutnya ada. Warnanya tak tahan lama, tak sampai seminggu cik Shu pakai, dah hilang. Dulu cik shu pakai henna dari Pakistan, 3 minggu boleh tahan.

Majlis Pernikahan Checklist

1. Baju Nikah Perempuan - Ready by October 2009
2. Baju Nikah Lelaki - Ready by 29th May 2010
3. Hantaran from Him - Blue + Pink
3.1 Mas Kahwin - RM300 according to Selangor State
3.2 Duit hantaran
3.3 Rantai -Ready
4. Hantaran from Me - Purple + Kuning
4.1 Cincin Silver - Ready
5. Caterer untuk doa selamat selepas nikah - Arrange by SIL for 40 pax
6. Make-up + Aksesori - Kak Kiah dari Butik Cinta2Collection
7. Jurufoto - Arranged by Butik Cinta2Collection
8. Kasut Nikah - Bought from Walk In, Wangsa Walk
10.Door gift - Ordered ( hmmmm...Yummy....)
11. "Thank You" Tag - Done

"Thank You" tag untuk door gift nikah