Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, June 1, 2010

The art of Henna

Macam pengantin2 yang lain, Cik Shu pun tak ketinggalan dengan henna. Bagi masyarakat Pakistan, Henna memang adalah satu kemestian bagi pengantin perempuan. Dan memandangkan perkahwinan Cik Shu adalah gabungan 2 bangsa iaitu Melayu dan pakistani, maka haruslah cik shu lukis henna di tangan ye.

Rancangan asal, henna ni sepatutnya akan dilukis oleh isteri kawan My Fiance dari Pakistan, tapi disebabkan ada hal emergency, mereka terpaksa balik ke Pakistan. Jadi Cik Shu tak banyak pilihan dan masa yang banyak lagi. Nasib baik la Mr Fiance sudi mencarikan pelukis henna untuk Cik Shu.

Akhirnya, Cik Shu ke V.Sachin Beauty Salon yang terletak di Plaza City One. Pemilik salon ini adalah berbangsa india. Setiap design ada harga2 tertentu, lagi complicated design tu, lagi tinggi la harganya. Untuk design yang cik Shu pilih, keseluruhannya adalah RM 130. Untuk selebelah telapak tangan, RM25. Sebelah tangan hadapan, RM 25. Sebelah kaki, RM 15. Maka, totalnya kali 2 la ek, takkan nak lukis sebelah je yer tak. Setakat yang cik shu survey, harga yang dikenakan tu adalah harga standard bagi pelukis2 henna. Cik shu ada jugak tanya charge diaorang kalau datang kerumah. Untuk ke sentul diaorang charge RM 80 untuk pengangkutan. Mak oi... mahal nye. padahal kalau naik lrt dari masjid jamek ke bandar baru sentul baru RM 2.80 ulang alik. Lupakan lah.



Komen cik shu, The good thing is that, selepas henna itu kering, warnanya sangat cantik dan henna itu berbau wangi. Tapi, cik shu tak berapa puas hati dengan hasil lukisannya. Tak seragam, sebelah kiri cantik, sebelah lagi tak cantik. Lagi pulak, lukisannya terlalu tebal, makanya corak yang cantik jadi tak cantik sebab terlalu padat dan tak nampak kerawang2 yang sepatutnya ada. Warnanya tak tahan lama, tak sampai seminggu cik Shu pakai, dah hilang. Dulu cik shu pakai henna dari Pakistan, 3 minggu boleh tahan.

No comments:

Post a Comment