Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Saturday, April 30, 2011

My last day working before maternity leave

Helloooo.... Baby still inside mummy's womb ;)

Ni baru lepas siapkan kerja yang terakhir. Lega rasanya tapi terpaksa lepaskan kerja2 di office dengan rasa SANGAT berat hati. Kerja terakhir handover pada Ms. Ayu. Harap2 dia faham la script yang Shu buat. Alaaa.. senang je ayu. Kalau ade problem buzz je Shu kat YM ye.

Then, sempat lagi check email keje. Ada new email, then forwardkan kepada relevant team member. Oh! tak lupa juga setkan Automatic Reply - Out of Office untuk email office.

Cerita Rabu lepas, balik office selepas check up, terus apply maternity leave, gara2 doc cakap dah buka 2 cm. Takut pulak terberanak dalam office. Then, run mana2 instances yang belum execute lagi, sempat lagi join con call. Sebelum balik, kasi clear cubicle, tanggalkan apa2 kertas yang bertepek kat wall cubicle, simpan semuanya dalam pedestal. Khamis dan semalam, Shu work from home. Minggu depan dah start maternity leave.

Ikutkan hati ni, Shu nak keje lagi seminggu, tapi keadaan tak mengizinkan. Mesti orang cakap Shu gila kan?. Ye, memang Shu gila, Gila KERJA..... hahahaha. Entahla, tak tau nak cakap macam mana. Shu memang suka bekerja ok. I LOVE my JOB so much....Walaupun sekarang Shu bekerja dalam bidang yang bukan passion Shu, tapi Shu sentiasa pujuk hati Shu, ini yang terbaik yang telah ditentukan untuk Shu. Shu sedang berusaha untuk mencapai kepuasan dalam bekerja dan Shu harap boleh dapatkannya di tempat Shu bekerja sekarang. Masa Shu join company ni, Shu tengah mengandung, so Shu kerja pun biasa2 je, dan pastikan Shu tak berada dalam keadaan tertekan.  Alhamdulillah, Shu bekerja dalam projek yang Shu masih boleh kawal paras tekanannya. Bila bakal menimang cahaya ni, passion terhadap kerja makin membuak2. Shu dan Mr. Hubby kene kerja rajin2, kukuhkan financial family bagi menjamin masa depan kehidupan kami sekeluarga. Hidup kat KL ni, mana boleh harapkan 1 sumber pendapatan sahaja. Shu harap, bila balik ke office setelah habis cuti bersalin nanti, Shu dapat teruskan keinginan Shu dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Tak dapat bayangkan la 2 bulan tak pergi kerja nanti macam mana la keadaan Shu. Maybe next 2 months is another story kan? bila dah 24/7 mengadap si kecik nanti ;)

Tapi, walau hebat dan suka macam mana pun terhadap kerja, Shu selalu ingatkan diri ini yang "Shu adalah seorang isteri, ada SUAMI yang perlu dijaga, tak lama nanti jadi Ibu, ada ANAK yang perlu diberi perhatian".

Anyway, i got surprised on my last day in office. Nanti Shu share kat next entry k.

p.s: Malam tadi mimpi pergi London. Apakah?

Thursday, April 28, 2011

11th Antenatal check up: VE dan CTG

27.04.2011

Pada minggu ke-39 pregnancy, Shu masih gigih menghadiri antenatal check up buat kali yang ke-11. Masih gigih  menjalani rutin check up seperti selalunya. 

  • Berat naik 900g, menjadikan berat terkini 83.4kg. Tak tau la ni berat baby ke berat mommynye.
  • Urine, blood pressure pun normal.
  • Doc check perut, kedudukan baby sudah terlalu bawah, dah nak keluar dah.
Panic kejap bila doc nak buat Vaginal Exam (VE) untuk check bukaan. Lidah kelu untuk berkata2. Dah la macam2 citer dengar pasal VE ni, scary... 
Doc cakap dah minggu ke-39, nak tunggu apa lagi. Doc cakap kalau dah buka terus masuk wad. Frankly speaking, memang tak ready nak masuk wad hari ni. Ada keje tak settle lagi babe. Cubicle kat office tak kemas lagi, cuti tak apply lagi. Tak sedap hati nak tinggalkan semuanya begitu saje.
Apa2pun berserah je la untuk buat VE. Perghhhh... tak tau nak cakap macam mana. depend pada daya tahan sakit setiap individu. Apa yang shu rasa, sakit gak la, tapi still boleh tahan, rasa macam senak perut.

"Dah buka, 2cm". Doc bagi tau.
"2 cm docter. Habis tu macam mana? kene masuk wad ke?"
"2 cm, awal lagi. tak pe, tak payah masuk lagi, tapi lepas ni buat CTG". respon doc.

Panic tapi lega skit lepas doc cakap tak perlu masuk wad lagi. CTG dilakukan selama 30 minit untuk monitor degupan jantung baby dan pergerakan baby. Alhamdulillah, semuanya normal. Graf juga menunjukkan tiada rasa sakit. Doc pesan, kalau kerap rasa sakit, ada bleeding terus datang hospital. Doc cakap lagi, untuk keluarkan baby, bukaan perlu mencapai 10 cm, dari 2cm ke 10 mungkin akan mengambil 3-4 hari, depend pada individu gak. Jadi, mulai sekarang Shu kene sentiasa bersedia dan berhati2. Lepas check up, terus gi office, settle kan apa2 yang perlu. Lunch time gi toilet, tengok ada bleeding tp my SIL cakap tu darah biasa lepas kene seluk memang ada darah keluar, tapi kalau darah tak berhenti, then baru gi check semula.

Mommy2, jom share la experience tentang ukuran bukaan ni.

Next appointment will be on next wednesday. Tak tau la sempat ke tak. 

8 cm more to go =)

Wednesday, April 27, 2011

Baby's Gift: Baby Set Crochet

Ho yeahhhh!!!! 

Adorable gift for baby from Miza.
Crochet jacket, mittens and booties.
Setelah 4 tahun tak berjumpa, akhirnya berpeluang jumpa. Lama kan kitaorg tak jumpa? 
Then dapat hadiah yang sangat kiut miut ni. Miza cakap, dia tak tau boy atau gurl, so decide beli unisex color untuk baby Shu. Brooch bunga tu boleh ditanggalkan kalau baby boy. Thanks miza ;)

Miza ni ex-housemate di Block C, Apartment Melur, Sentul, masa shu tengah menjalani kursus ACCP di cosmopoint. Dia dari dan menetap kat Kuching. Kebetulan ada kursus kat sini awal minggu ni. 

My Dear baby, say thank you to Aunty Miza for this cute crochet ya =).

Monday, April 25, 2011

Antenatal Check up: KKIA vs. PPUM

Memandangkan Shu pernah buat check up di 2 tempat iaitu di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Sentul dan PPUM. So, shu nak share experience Antenatal check up di dua2 tempat ni.


1. Rekod Kedatangan
KKIA: Buku Pink. Bukan sekadar merekodkan kedatangan, tapi semua maklumat pemeriksaan semasa ibu juga terkandung di dalamnya.
PPUM: Kad kedatangan Biru yang mengandungi hanya tarikh temujanji.
Kad Kedatangan PPUM
2. Angka Giliran Menunggu
KKIA: Ambil nombor sekali sahaja. Datang awal, dapatla no awal, dipanggil cepat dan selesai cepat. Biasanya Shu akan datang seawal sebelum pintu klinik dibuka dan akan habis sebelum pukul 9.
PPUM: Ada 2 angka giliran. 1st bila sampai, ambil angka giliran untuk buat bayaran. 2nd, masa buat pembayaran, akan dapat nombor giliran yang baru, dan angka yang diberikan berdasarkan waktu temujanji yang ditetapkan dalam kad biru.

3. Waktu temujanji
KKIA: Boleh request dengan nurse. Biasanya shu akan mintak waktu appointment awal pagi bila nak buat next appointment sebab shu kan bekerja, tak nak la masuk office lewat2 sgt. Biasanya dapat aje kalau ada kekosongan.
PPUM: Tak boleh request. Waktu check up berdasarkan minggu yang telah ditetapkan doc. Lagi rapat minggu yang perlu kita datang, lagi awal masa yang akan diberikan. Bila doktor dah tetapkan berapa minggu lagi yang perlu kita datang untuk next appointment, then kene pergi kat kaunter untuk dapatkan tarikh dan waktu temujanji.
Contohnya, next appointment yang doc letak lagi 3 minggu, maka waktu temujanji adalah pukul 9.30. Kalau temujanji 1 minggu lahi, maka waktunya pukul 8.30.

4. Rekod Terkini
KKIA: Di catatkan dalam buku pink dan buku pink tu kita yang simpan. Jadi kita tau maklumat2 terkini hasil daripada check up yng dilakukan. Kat buku pink tu jugak kita catatkan pergerakan bayi dalam kandungan.
PPUM: Di catatkan dalam fail dan fail itu adalah simpanan PPUM. Sejak check up kat PPUM, shu tak tau secara detail hasil check up yang dilakukan.

5. Consultation
KKIA: Dalam tempoh 5 kali check-up, baru sekali jumpa doc.
PPUM: Setiap kali temujanji memang akan jumpa dengan doc.Jadi, kalau ada sebarang masalah yang shu alami atau ingin tau apa2 pasal pregnancy, terus bertanya dengan doktor. puas hati

6. Rutin check-up
KKIA: Urine test, timbang berat terkini, ambil bacaan blood pressure, amik bacaan HB. Ambil darah jika perlu.
PPUM: Sama seperti di atas kecuali tak amik bacaan HB. Dulu, shu selalu risau dengan bacaan HB, sebab HB shu low. Tapi sejak check up kat PPUM, shu buat tak kisah je, sebab nurse tak amik bacaan hb.

7. Yuran Perubatan
KKIA: Free of charge
PPUM: Kene bayar untuk setiap perkhidmatan yang digunakan.
Consultation - RM6, Ubat2an -  RM5, Scan - RM20, Lab test - ikut jenis ujian.

8. Persekitaran
KKIA: Disebabkan KKIA Sentul terletak di bangunan yang baru, jadi persekitaran lebih bersih, teratur dan tak terlalu sesak. Especially, sangat selesai dengan toilet kat KKIA. 
PPUM: Sesak. Shu tak selesa dengan toilet kat PPUM.

Ada pros and cons untuk ke dua2 tempat ni. Tapi Shu prefer check up kat KKIA sebab tak banyak makan masa. dekat pun dekat gak ngan rumah.

Sunday, April 24, 2011

Baby's gift: Feeding Bottle & Hooded Blanket

TARAAAAA!!!!! 

Baby dapat hadiah lagi.
Tengok tu, wrapper feeding bottle dah kene buka oleh Mr. Hubby yang tak sabar2 nak tgk hadiah baby =)

2nd gift for my baby from my colleagues, Joanne and Wan Thing. 


1- NUK feeding bottle (240 ml, Free BPA, Anti-Colic, Orthodontic Teat)
2- Pureen Hooded Blanket

Shu suka betul dengan hadiah2 ni. Dah la masa cuci2 mata kat Jcard day di Mid Valley tempoh hari, dah nak terambil hooded blanket dan puting NUK tapi letak balik. Feeding botol tu pulak memang masuk dalam list shopping lepas pantang nanti. Suka feeding botol tu sebab memenuhi kriteria yang Shu nak, puting yang leper, anti colic dan free BPA. Alih2 dapat barang2 tu daripada officemate. Macam tau2 je diaorang ni.

My dear baby, say thank you to aunty Joanne & Wan Thing ok =)