Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.
Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Rindu Ramadan

Ramadan sudah berlalu pergi, 
Syawal pula kini melabuhkan tirainya,
Dan Zukaedah bakal bertandang. 

Betapa diri ini sangat merindui Ramadan. Sungguh... Ramadan itu terlalu istimewa. Bila tiba 1 Ramadan, automatik rutin harian berubah, sukar nak digambarkan, yang pasti Shu sangat sukakan keadaan itu.

Pagi-pagi ketika masih sedap tidur kita tapi kita bangun dan tinggalkan kesedapan tidur itu untuk menyediakan juadah untuk bersahur. Bersahur & seterusnya melaksanakan kewajipan solat Subuh berjemaah dan seterusnya membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Petang pula, sedaya upaya menyediakan sendiri juadah berbuka puasa. Istimewanya, Shu tak sendirian menyediakan juadah berbuka puasa, tetapi Mr. Hubby dan mak juga sama2 bekerja di dapur.

Juadah 28 Ramadan 1434H
Ringkas tapi Istimewa. Hanya disediakan sepanjang bulan Ramadhan.

Setelah juadah untuk berbuka puasa siap sedia dihidangkan. Seisi keluarga menunggu turut bersama-sama menunggu waktu berbuka sambil menadah tangan memanjatkan kesyukuran dan berdoa, minta apa sahaja daripada Allah yang maha Esa, kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab untuk berdoa.


Menunggu Waktu berbuka puasa

Benarlah apa yang dijanjikan Allah, ketika berbuka terdapatnya 1001 kegembiraan buat mereka yang melaksanakan rukun Islam yang ke-3 ini. Insan sekecil Saqlain turut merasainya. Sehingga kini, tatkala menjelmanya waktu Maghrib pasti Saqlain akan bersuara, "Buka puasa time". Berkali-kali akan disebutnya seakan-akan menyuruh kita bersiap sedia seperti mana di bulan Ramadan.

Waktu solat maghrib tidak akan menunggu sehingga perut kami penuh-sepenuhnya. Maka, kami berbuka cuma makan sekadarnya. 

Serba-serbi sederhana dan sangat mudah untuk melakukan ibadah serta amalan kebaikan tanpa dipaksa. Tetapi kenapa agak sukar untuk melakukan perkara yang sama di bulan-bulan yang lain. Ku akui kelemahan ini.

Moga dapat bertemu dengan Ramadan dan banyak2 Ramadan lagi dan sentiasa akan cuba memperbaiki diri ini. Insya Allah...

Thursday, June 30, 2011

Bila duit gaji lebih dari biasa

Konon2 pegi ATM nak keluarkan duit. Adalah sikit sementara nak tunggu dapat gaji.

Tekan punya tekan. Check balance dulu, walaupun dah tau balance yang tinggal dalam account tu. Mana la tau gaji dah masuk ke, leh keluar lebih sikit.

"Hmmm... duit gaji dah masuk tapi kenapa terlebih dari biasa?"

Yeahhhh bulan ni dapat Vitamin B (Bonus). Sooookaaaaa ;)

Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni. Walaupun tak banyak mana, bersyukur la, sebab keje tak sampai setahun dapat gak duit extra. Excited pun ye jugak, yelah first time dapat Vitamin B sepanjang bekerja nak masuk 4 tahun ni. Bila masuk kerja kat tempat baru, merasa jugak keseronokan mendapat Vitamin B.

Wednesday, May 11, 2011

Berpantang di KL atau Port Klang

Berpantang Hari ke-9 

Warghhhh... hati ni dalam dilema. Nak berpantang kat KL atau balik ke Port Klang. Hati ni berat rasanya untuk meninggalkan suami tercinta. Sedangkan Mr. Hubby keluar pergi keje tinggalkan kami berdua di rumah pun Shu boleh menangis rindukan dia. Dalam keadaan Shu yang lemah ini, dengan adanya Mr. Hubby di sisi di setiap malam, boleh membantu Shu menukarkan diaper untuk Saqlain tengah2 malam. How sweet =)
Nanti kalau kat port klang, sape nak tolong shu tukarkan diaper Saqlain tengah2 malam. Nak suruh mak memang tak sampai hati la kan.

Tapi....
Kat KL, susah pulak mak nak cari barang2 keperluan Shu sepanjang berpantang. Kalau pesan kat Mr. Hubby pun, bukannya dia faham.

Oh... tidak.... 
Mohammad Saqlain, Day 3

Saturday, April 30, 2011

My last day working before maternity leave

Helloooo.... Baby still inside mummy's womb ;)

Ni baru lepas siapkan kerja yang terakhir. Lega rasanya tapi terpaksa lepaskan kerja2 di office dengan rasa SANGAT berat hati. Kerja terakhir handover pada Ms. Ayu. Harap2 dia faham la script yang Shu buat. Alaaa.. senang je ayu. Kalau ade problem buzz je Shu kat YM ye.

Then, sempat lagi check email keje. Ada new email, then forwardkan kepada relevant team member. Oh! tak lupa juga setkan Automatic Reply - Out of Office untuk email office.

Cerita Rabu lepas, balik office selepas check up, terus apply maternity leave, gara2 doc cakap dah buka 2 cm. Takut pulak terberanak dalam office. Then, run mana2 instances yang belum execute lagi, sempat lagi join con call. Sebelum balik, kasi clear cubicle, tanggalkan apa2 kertas yang bertepek kat wall cubicle, simpan semuanya dalam pedestal. Khamis dan semalam, Shu work from home. Minggu depan dah start maternity leave.

Ikutkan hati ni, Shu nak keje lagi seminggu, tapi keadaan tak mengizinkan. Mesti orang cakap Shu gila kan?. Ye, memang Shu gila, Gila KERJA..... hahahaha. Entahla, tak tau nak cakap macam mana. Shu memang suka bekerja ok. I LOVE my JOB so much....Walaupun sekarang Shu bekerja dalam bidang yang bukan passion Shu, tapi Shu sentiasa pujuk hati Shu, ini yang terbaik yang telah ditentukan untuk Shu. Shu sedang berusaha untuk mencapai kepuasan dalam bekerja dan Shu harap boleh dapatkannya di tempat Shu bekerja sekarang. Masa Shu join company ni, Shu tengah mengandung, so Shu kerja pun biasa2 je, dan pastikan Shu tak berada dalam keadaan tertekan.  Alhamdulillah, Shu bekerja dalam projek yang Shu masih boleh kawal paras tekanannya. Bila bakal menimang cahaya ni, passion terhadap kerja makin membuak2. Shu dan Mr. Hubby kene kerja rajin2, kukuhkan financial family bagi menjamin masa depan kehidupan kami sekeluarga. Hidup kat KL ni, mana boleh harapkan 1 sumber pendapatan sahaja. Shu harap, bila balik ke office setelah habis cuti bersalin nanti, Shu dapat teruskan keinginan Shu dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Tak dapat bayangkan la 2 bulan tak pergi kerja nanti macam mana la keadaan Shu. Maybe next 2 months is another story kan? bila dah 24/7 mengadap si kecik nanti ;)

Tapi, walau hebat dan suka macam mana pun terhadap kerja, Shu selalu ingatkan diri ini yang "Shu adalah seorang isteri, ada SUAMI yang perlu dijaga, tak lama nanti jadi Ibu, ada ANAK yang perlu diberi perhatian".

Anyway, i got surprised on my last day in office. Nanti Shu share kat next entry k.

p.s: Malam tadi mimpi pergi London. Apakah?

Monday, August 23, 2010

Tension

Tension betul.
Dah 2-3 hari ni datang keje meja bersepah.
I hate it.
Pandai buat keje kat tempat kita, pandai la susun elok2.
Bila tanya apsal meja i bersepah?
Boleh plak tanya kita balik.
Ishhhhhhhhhhhhh...

Interview?
Dah beberapa kali pergi.
Tapi masih belum ada rezeki.
Rasa macam susah sikit nak dapat kerja
selepasbertukar status kepada isteri orang.
Masa sesi interview, Soalan ni sure keluar,
"ada planning nak dapat baby tak dalam tempoh terdekat ni?"
Ape nak jawab ek?
Bila soalan macam itu keluar
Aku dah tau resultnye
Pastinya, REJECTED