Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, May 14, 2010

Beef Patties First Pride 100% pure beef

Bagi sesiapa yang sedang ber'atkins' tetapi nak memvariasikan menu, mungkin boleh cuba daging burger ni. Setakat yang Cik Shu survey, patty ni yang paling rendah carbs, cuma 0.56g bagi setiap hidangan.

Rasanya macam daging McD, tak bermiyak. Sebelum ni, cik shu biasa makan daging jenama Ramly, bila masak atas pan, berduyun2 minyak keluar. Lagi pulak, patty ni adalah 100% pure beef, maknanya tiada bahan2 tambahan dalam proses pembuatannya.

Jangan ragu2 kerana produk ini mendapat pengiktirafan pensijilan HALAL daripada jakim (klik di sini).

Cik shu beli ni kat Giant Hypermarket dengan harga RM 5++. Dalam setiap pek ada 4 keping.

Cik Shu suka beli patty daging ni buat stok kat dalam fridge. Senang bila ada stok 'frozen food' sebab ia mudah disediakan. Especially time dinner, bila balik lewat dan tak sempat nak masak.


4 comments:

  1. cite psl daging,dh lama mia x amik daging shu...sesekali merasa je...daging buat mia rs sakit sendi mencucuk..sbb tu petua org tua, jgn makan byk daging...tp ble mia tgk sup daging tulang..kecur air liur nak makan byk2x...mak marah, takut mia sakit..so ble cite psl daging, sekadar sentuh je la..huhu

    ReplyDelete
  2. Betul ke tak boleh makan daging banyak2. Shu suka makan daging. Kalau macam tu lepas ni nak kurangkan makan daging la. Mia, kalau teringin, jamah la sikit, yang penting bila makan jangan sampai mudaratkan kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Dzik, ber'atkins' tu namanya... mengamalkan diet ikut cara Atkins, tak leh makan heavy carbo sampai la turun berat badan.

    ReplyDelete