Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, October 21, 2010

1st Check Up : Buat buku Pink


Cik Shu dah buat buku pink. Maka bermula penjagaan kehamilan secara teratur. Macam lambat pulak buat buku pink ni sebab dah nak masuk minggu ke 11 baru nak buat. Rasanya bakal2 ibu yang lain, dah buat cepat2 sebaik sahaja mereka dapat tahu yang diaorang sudah mengandung. Buku ni dibuat last week, 12/10/10 tapi baru hari ni nak masuk entry. hihihi... mood nak update blog baru datang.

Buku pink ni boleh la dibuat di Klinik kesihatan yang berhampiran dengan rumah. Cik Shu buat kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Sentul. Datang pagi2, cik shu sampai klinik seawal 7.30 pagi dan di temani Mr. Hubby. Walaupun kami datang awal2 pagi, sudah ramai ibu2 dan bakal2 ibu yang sudah berada di dalam klinik tu. Untuk pendaftaran, hendaklah dibawa bersama Kad pengenalan, Salinan Kad Pengenalan, salinan kad pengenalan Suami, bil api/air dan sijil nikah yang original. Tapi that day, cik shu bawa salinan sijil nikah, mereka tak terima, nasib baik ada kad nikah kat dalam purse, kalau tak, tak pasal2 kene patah balik rumah amik sijil nikah. Bila dah bagi semu dokumen2 tu, nurse kat kaunter pendaftaran bagi nombor giliran. Masa tu nurse dah pesan, pendaftaran baru akan amil masa yang lama lebih kurang 2 jam. Amboi... lamanyer. Tunggu je la.

Untuk 1st check-up ni, nurse akan buat interview skit, tanya sejarah perubatan diri, sama ada menghidap penyakit kritikal atau ada apa2 alahan. Then ambil darah untuk HIV test. Kemudian amik ukuran berat, tinggi, urine test dan tekanan darah. Then consultation again, check keadaan badan, ambil ubat dan date untuk next check-up.... Done. Kenapa kene amik masa 2 jam? Sebab.... tiap-tiap part tu diambil dibilik yang berlainan. So setiap kali tu kene tunggu angka giliran. Makanya, lebih kurang pukul 11 baru la habis.

Di bilik yang terakhir tu, cik shu mintak surat MC. yahooo.... MC 1 hari. Boleh je masuk keje after lunch tu . tapi penat la. dah la bangun dan keluar awal2 pagi. Biasanya kalau keje pun, kul 8 baru bangun. Balik rumah keletihan, terus tidur sampai 3 petang.

4 comments:

  1. balas kunjungan n follow u jugak

    tahniah dah pregnant..awal lagi tue.rest byk2 okey

    vision tu dekat kelana jaya, since u masih awal lagi nanti minggu ke 19 camtu boleh la wat detail scan..sy dah terlepas.sy rase citu murah la..3D/4D scan baru rm 90 n detail scan rm 120 jek.cuba gogle utk dianostic area sentul..:)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info. Nanti saya cuba cari yer.

    ReplyDelete
  3. congrat shu....murah rezki kan...cepat dpt baby ye..msti comey bb mix tu nnti. xsabo nk jmpa bb baru!!!

    ReplyDelete
  4. thanks atie, doakan baby aku selamat lahir dengan sihatnye ke dunia ni. Kalau ko tak sabo, aku lagi la tak sabo.

    ReplyDelete