Cukup rasanya cerita pasal perkahwinan. Next time, kalau tiba2 terimbas kenangan perkahwinan, akan dimasukkan disini. I have moved to the new phase in life. I'm pregnant ya. Pregnancy ticker pun sudah dinaikkan, dan minggu ini sudah masuk 12 minggu kehamilan.
Actually cik shu sendiri tak expect rezeki nak datang secepat ini. Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ini (di sini), lepas kahwin, perancangan cik shu nak cari kerja baru. Jadi harap2 biarlah at least habis probation kat tempat baru baru pregnant. Tapi my hubby nak ada baby secepat mungkin, tak bagi buat family planning. Sebab dia takut jadi macam kawan2 dia, planning punya planning, bila tiba waktu planning nak baby, tak dapat2. Rata2 kawan2 dia pun advice yang sama. Kiranya, jangan tolak ketentuan Allah. Kalau rezeki nak ada anak tu cepat, redhakan saje. Cik Shu pun risau jugak, yer la sebab kan baru kahwin, financial tak berapa baik. Tapi my hubby cakap, jangan risau dengan rezeki anak. Itu bukan kerja kita, itu kerja Allah. Rezeki anak tu mesti ada.
Nak dijadikan cerita, period cik shu sudah lewat 2 minggu. Tapi tak suspect pun pregnant, sebab jadual memang selalunye tak tepat. Lagi pun tak de pening2 dan muntah2 pun. Seronok la period tak datang2, waktu tu bulan puasa. Harap2 sangat period tak datang sampai ke hujung Ramadhan, tak yah la ganti puasa. Leh puasa penuh. Tapi sepanjang bulan puasa tu mata ni asyik mengantuk je. Keje bukan banyak pun. Tapi letih tu macam orang keje setahun tak henti2. Pantang ada free, memang nak tido je. Perut pulak menggelodak macam nak datang period, tapi tak period2 pun. Orang2 keliling pun dah ada yang tegur, cik shu ni pregnant ke? tapi cik shu mengidakkan aje. Sebab tak expect pun.
Sampai la satu hari ni buka puasa kat rumah x-housemate. Kat rumah tu ada kakak tukang urut, Kak Anda namanya. So tanya la, "Kak anda, sue ni ada rupa macam orang mengandung ke?". Di tiliknya muka cik shu. Jawabnya, " Ada la dik sue, mari sini nak rasa perut". Jadi kak anda pun rasa la perut cik shu dan respond nyer lagi, "kalau ikut ketulan sudah 2 minggu". Memang period dah lewat 2 minggu pun. So balik tu pun bagi tau la kat mr. Hubby.
Then the next day, my hubby beli lah pregnancy test kit kat guardian. So test la dan inilah keputusannya.....
Haaaa.... nampak tu ada 2 line merah. Positif mengandung. My Hubby la orang yang paling happy. Alhamdulillah.
Eh... tapi kene confirmkan dengan doc dulu. Few days after that, pergila ke 1 klinik ni dekat dengan rumah. Boleh plak doctor tu tanya, ape bukti yang menyatakan cik shu mengandung???? then cik shu cakap la buat test sendiri. Masa tu cik shu bawak sekali hasil test tu dan tunjuk kat dia. Doc tu tanya bila last period then bagi tau expectation date. After that, bagi ubat Folic Acid. Test susulan tak de, scan tak de, macam tu je sahkan kita mengandung. Biar betul doc ni. memang tak puas hati. Memandangkan masa tu lagi beberapa hari ni raya, dan sibuk dengan persiapan raya, jadi terpaksala postpone utk check up kat klinik lain.
Seminggu selepas raya, pergi ke klinik yang di syorkan oleh kawan my hubby untuk wat check up verify pregnancy. Kat situ, doc tu test air kencing dan buat scan. Sah, cik shu sudah mengandung dan keadaan janin adalah normal. Alhamdulillah... Tapi doc tu cakap, kalau ikut perkiraan first day last period, usia janin sudah masuk minggu ke-8, tapi hasil scan, baru 5 minggu. Macam mana tu ek. Doc tu cakap masih baru lagi, dan dia suruh datang lagi sebulan untuk confirmkan expectation due date. Insyallah, next month baru nak pergi.
tahniah ye cik shu.. semoga baby n cik shu sentiasa sihat dan selamat.. take care tau
ReplyDeletecongrats cik shu. ade geng same2 preggy :)so tak de morning sickness ke?
ReplyDeletewahh, rezeki tu...congrats dear
ReplyDeletetahniah shue
ReplyDeleteAin: Terima kasih. Insyaallah akan jaga diri baik2.
ReplyDeleteCuna: Congrats to u too dear. Bersaing2 kite, alhamdulillah x de morning sickness. Cuma mual2 tekak ni selalu.
Dalia: Thank you my dear, ni betul2 rezeki, alhamdulillah.
Mia: Terima kasih mia, insyaallah, tak lama nanti turn mia pulak :)