Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, February 28, 2011

1st gift for baby from UK

Yeah.... Cik Natrah (ex-housemate) baru balik dari UK. Dia bawak ole2 untuk baby.


Set Romper, 7 helai kesemuanya. So cute, I like...
Mr. Hubby cakap, "Baby tak keluar lagi dah dapat hadiah =)".
Alhamdulillah, Inilah rezeki anak namanya.
Thank you so much Cik Natrah.
My Baby, say Thank You to Aunty Natrah ok.

Tuesday, February 22, 2011

Baby Stuff: Barut dan Tungku 7 herba

Barut dan Tungku bayi sudah ada, order online dari mybabycomel. Harganya yang berpatutan dan delivery yang sangat cepat. Lagi2 pulak beli pada bulan Februari ni dapat diskaun.



Shu order 2 set dan total semua adalah 10 helai. 1 set barut bertali kain cotton warna putih dan 1 set barut Zap On kain flannel macam2 kaler. Semuanya Medium saiz, bolehla baby pakai lama sikit. Puas hati dengan jahitannya, kemas dan cantik, mak pun cakap macam tu.



Tungku 7 herba ni pulak guna untuk tuam bayi bagi menghalang angin masuk ke badan bayi yg akan mengakibatkan kembung perut. Actually banyak je fungsinya. Kalau nak order dan mendapatkan maklumat lanjut boleh lawati website berikut dan berhubung dengan Kak Mazlin.




Saturday, February 19, 2011

Linda, Meatball, Ikea, Tutti Frutti

Masa public holiday Maulidur Rasul, hubby kene kerja dan Mr. Hubby gi keje tak bawak kete Apa lagi amik peluang la panjang langkah hang out dengan Linda (ex-colleagues at Nexbis). lama tak jumpa linda. Linda ni kawan baik masa kat nexbis, ajak lagi sorang kawan baik, Suhada tapi dia tak dapat join. Jadi kami berdua saje.

Finally, buat pertama kalinya merasa jugak makan Beef Meatball dari Ikea ni. Daripada dulu teringin nak cuba. Not bad dan berbaloi2. Lagi syok hari tu adalah hari Selasa dan harganya hanya RM8 untuk 10 biji meatball. Normal price RM10 ye kawan2. Lama gak la lepak2 kat food court tu.

Then bergerak masuk ke shoroom Ikea. Konon2 tak nak beli apa2, bila masuk, melilau je mata ni, grab gak la 2-3 barang keperluan rumah. Sambil2 tu survey storage untuk letak barang2 baby. So, dah aim beberapa barang, lepas pantang nanti baru beli. Seronok jalan kat Ikea ni, sumber inspirasi untuk decorate rumah, tunggula bila ada rumah sendiri, mahu jugak shu memborong kat Ikea ni.

Dah habis round ikea sampai lenguh kaki ni dibuatnya, kitaorg lepak pulak kat Tutti Frutti. Ni pun 1st time jugak jejakkan kaki di sini. Selalu dengar kawan2 update pasal Tutti Frutti kat fb. Kali ni biar Shu sendiri yang cuba. Tutti Frutti ialah Frozen yougart dan harganya mengikut berat, rm5.30 per 100 gram (No fixed price).
Untuk percubaan pertama kali, kitaorang pilih perisa Tutti Frutti dan Vanilla, letak topping buah peach, kiwi dan nata de coco. Topping pun boleh pilih sendiri dan amik la berapa banyak yang korang suka tapi nanti tunngu je la harganya macam mana. Oh my god, untuk 1 cup kecil ni harganya 23 hengget. Nasib baik share dengan Linda. Flavor Tutti Frutti sedap, tapi vanilla tu tak rasa macam yougart pun (no taste).


Thanks to Linda untuk Tutti Frutti ni dan menemankan ibu mengandung ini daripada kesunyian sorang2 di rumah ;)

Thursday, February 10, 2011

5th Checkup: MGTT result is OK

Rutin checkup adalah seperti biasa, kali ni tak tunggu lama sangat, jadi sempatla masuk kerja seperti biasa. MGGT result dah dapat, yeahh... alhamdulillah, Kandungan gula dalam darah adalah pada paras normal. Memang risau betullah dengan kencing manis ni. Maklumla.. dah memang ada keturunan kencing manis. Memang berhati2 dengan pengambilan gula dan makanan2 manis.

Keputusan checkup macam kat bawah ni:-
Urine --> OK
Tekanan Darah --> OK
Berat --> OK - Naik 2kg (berat naik ikut jadual)
HB --> NOK - 10.7 (Naik 1.1 daripada bulan lepas)
Denyutan Janin --> OK - Normal


Overall, checkup kali ni puas hati.
Walaupun HB belum mencapai paras selesa tapi Shu happy sebab naik banyak daripada bacaan bulan lepas. Ada perkembangan positif, lepas ni kene gigih makan pil iron tu.
Mulai hari ni jugak dah kene kira pergerakan baby. Nurse pesan kene bawa buku pink tu kemana2 saja. Asalkan baby gerak, terus tick. Dan selepas ni, mula la rutin checkup 2 minggu sekali. Mahu lenguh nak ulang alik ke KK pasni... huhuhuhu...