Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, April 18, 2013

Petua hilangkan batuk ketika mengandung dari Mommy Annie

Sebelum ni Shu pernah mention yang Shu alami batuk2 yang Shu kira itu adalah alahan ketika mengandung. 1st pregnancy pun Shu alami alahan yang sama. Tak silap masa tu sampai 5 bulan baru nak hilang. Tapi pregnancy kali ni tak payah tunggu sampai 5 bulan, nak masuk 2 bulan tu, semakin teruk batuknye, sampai sakit2 dada dibuatnye. Ade je minta ubat batuk dari klinik, tapi still tak berani nak makan ubat batuk dan memang tak digalakkan pengambilan ubat batuk ketika mengandung.

Kebetulan Mommy Annie yang tengah mengandung ketika itu ada up entry cerita pasal alahan2 dia alami ketika mengandung. Dan Shu alami alahan yang sama dengan Mommy Annie. Jadi, Shu minta la petua dari Mommy Annie dan terus dia bagi link yang dia pernah up sebelum kat blog dia, http://oharameanfamily.blogspot.com/2012/08/merawat-batuk-yang-berpanjangan.html

Terus Shu cuba remedy yang disarankan. Kalau ikutkan remedy asal kene  rebuskan halia muda dengan Kurma merah. Tapi masa tu tak berkesempatan nak beli kurma merah. Kat rumah masa tu ada Instant Red Date & Longan tea. Jadi Shu rendamkan halia dengan campuran Instant Red Date & Longan tea bersama air panas untuk beberapa minit, then minum.

Halia Muda + Instant Red Date & Longan tea brand SUPER
Sekali minum, dah terasa perubahannye, tekak semakin lega dan kurang gatal2. Shu amalkan sehingga batuk dan sakit dada hilang. Ada la dalam 5-6 kali minum, sehari 2 kali minum. Sangat berterima kasih dengan Mommy Annie sebab petua ni sangat mujarab dengan Shu. Dan sebab itulah, Shu nak share remedy ini dengan readers blog ni. Mana la tau mommy2 preggy yang sedang membaca blog shu pun ada masalah yang sama dengan Shu kan. 

Kalau nak remedy yang betul, boleh refer kat blog Mommy Annie, entry merawat batuk yang berpanjangan. Selamat mencuba!


17 comments:

  1. Nak cuba... tq for sharing,.. tgh batuk ni... dah la 37 wks preggy... seksa nyawa...

    ReplyDelete
  2. salam kak..sya prgnt 15weeks..mgu ni sya batuk n gatal tekak...then sya g kinik amek ubt..2 hari dah saya mkn..ada apa2 effect x? risau la plak,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mya Hannan, masa check up kat klinik, doctor tu aware tak yang awak mengandung. Kalau sudah dimaklumkan dan ubat yg diberikan diberikan atas nasihat doktor, Insyaallah ia selamat utk di makan.

      Delete
  3. nak cuba petua nih, sbb batuk dr mula2 preggy smpai skang 23 weeks x bek2 lagi.. gatai tekak, batuk & asyik berkahak... sakit perut batuk2 byk2..huhuh...terima kasih share petua...nk cuba...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Intant red tea tu leh dapat kat Giant store

      Delete
  5. Sy bru 5 weeks preggy tp batuk mcm nk ptus nyawa....harap2 xde apape effect pd bby.. :( *sedih*

    ReplyDelete
  6. Nak try jugak. Dh seminggu batuk x baik2 huhkhuk merana jap. Now 32 weeks preg. Xnak makan ubat batuk sbb pikir baby dlm perut. Thanks sharing dear..

    ReplyDelete
  7. Saya tgh masak tu air rebusan halia Dan red date,tak tahan batuk da dua minggu Lebi sakit nyawa apatah lagi terkencing aishhh seksa mak jln pun susah,saya mummy preggy 26 minggu,thanks for sharing.......

    ReplyDelete
  8. Tq untuk info.dah seminggu suami batuk berkahak xbleh tido kesian tgk. 😖 nak cuba lah

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete