Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, June 21, 2010

Pek gula2 untuk tetamu

Kepada b2b yang tinggal di area Klang dan berniat untuk beli gula-gula atau makanan ringan untuk cenderahati tetamu, cik shu cadangkan beli lah di kedai Pemborong Barangan Runcit & Makanan Ringan Phong May (M) Sdn Bhd. Beli barangan secara borong adalah sangat menjimatkan dan gunakan lah kelebihan ini sebab kita beli dengan kuantiti yang banyak. Bila masuk dalam kedai tu memang rambang mata. Rasa macam2 nak beli, tapi selalu stick to budget yang dah diperuntukkan. Ingatan kepada b2b, jangan lupa bawa kalkulator, senang nak kira, worth it atau tidak sesuatu yang kita beli.

Perancangan asal nak beri bahulu bunga kemboja kepada tetamu. nak order untuk 1000 unit. Tapi my SIL bagi idea, bagi la bahulu sebiji2, bungkus 3 biji dalam satu pek. Bahulu seketul seketul tu lagi murah. Berperisa lagi tu you, lain daripada biasa, suka! suka!. Memandangkan budget yang diperuntukkan untuk souvenir ada lagi , datang idea nak tambah gula2 dalam goodie bag. Jadi aktiviti last weekend adalah bershopping. Ini jelah weekend untuk bershopping, tinggal 2 minggu weekend je lagi nak hari besar.

ini kedai borong makanan ringan

Bila dah beli gula2 mestila nak pek kan. Rancangan asal nak letak gula2 tu dalam uncang organza. Tapi survey2 agak mahal gak uncang organza. Price around RM 20 per 100 pcs. Jadi tukar plan lagi, letak gula2 dalam kotak telur. Beli kat Plaza GM, Klang, price cuma RM 5 per 50 pcs. Tapi sebab beli banyak2, dapat discount 30%, jadi la RM3.50. I loike!!!

Sampai je rumah, aku dengan SIL tak sabar2 nak pek, walaupun kami penat bershopping seharian. Paling2 aku berterima kasihla sangat2 kat anak2 buah aku kat rumah tu yang volunteer menolong tanpa disuruh.

Tasha dan Akmal yang bersungguh2 membantu

Cantiknyer Jihah susun

Ada yang tak di suruh pun nak buat juga. Kalau tak bising dia. Jadi bagila si Jihah ni susun kotak.

7 comments:

  1. hi cik shu..
    jz dropping by here..
    baru kawen ek, selamat pengantin baru yer..

    ReplyDelete
  2. copp kedai borong ni kat mane yer? bole bg direction x?
    kita nak survey2 gak ni ;p

    ReplyDelete
  3. alamak jauhnya.....x dpt la pegi...

    ReplyDelete
  4. Nani: Kedai ni terletak kat Jalan meru. dekat2 dengan pasar meru. Kalau heading ke pasar, if pasar belah kiri, kedai tu kat belah kanan after traffic light nak masuk ke pasar.

    Mia: cuba survey kat tempat mia, mesti ada. memang murah sgt2 beli kat pemborong compare beli kat pasaraya besar mcm carrefour, giant etc.

    ReplyDelete
  5. hai.
    maaf ye nk bertnya.
    pasar meru ni maksudnya pasat besar klang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem. yup pasar besar klng. tapi kedai ni bukanlah betul2 terletak kat pasar besar klang. Ia terletak berhadapan jalan besar yg bertentangan dengan pasar besar klang.

      Delete
  6. PEMBORONG MAKANAN RINGAN-FANTASY JUNGLE FOOD BANDAR BARU AMPANG KINI DIBUKA ,DIBELAKANG SPECTRUM SHOPPING MALL(PASARAYA GIANT BANDAR BARU AMPANG) TEL :03-4287 8001

    ReplyDelete