Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, December 29, 2011

Jangan ambil ringan bila anak jatuh

Sejak insiden Saqlain jatuh daripada katil dan meninggalkan kesan lebam dikepalanya. Shu mula mencari maklumat berkenaan insiden jatuh dikalangan bayi. Mestilah risau kan. Anak tu kecik lagi, serba serbi masih belum kuat lagi. Kat luar nampak OK, kat dalam sape yang tahu.

Berikut adalah maklumat yang perlu diketahui apabila kanak-kanak terjatuh:
  • Posisi jatuh?
  • Bahagian yang terhantuk tingkat: muka, kepala, atau bahagian badan lain?
  • Apakah anak pengsan, berapa lama?
  • Adakah benjolan di kawasan kepala?
  • Adakah patah tulang: leher, bahu, lengan, atau kaki?
  • Adakah sakit kepala atau muntah?
Sejurus selepas anak jatuh, ibu bapa seharusnya melakukan pemeriksaan sendiri seperti berikut:
  • Pastikan keadaan anak sama ada sedar atau tidak dengan memanggil namanya atau menggoyangkan badannya.
  • Rabalah seluruh bahagian kepalanya dengan sedikit penekanan bagi memastikan terdapatnya benjolan, kesakitan, atau "dekok" (fraktur mampatan) di kepala.
  • Jika ubun-ubun belum tertutup, rabalah ubun-ubun dan pastikan sama ada ia membonjol atau tidak. Ubun-ubun yang membonjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak, boleh berlaku kerana pendarahan.
  • Gerakkan kepala, dan tangan kakinya untuk memastikan tidak ada patah tulang leher, bahu, tulang belakang.
  • Perhatikan dengan teliti: mata, kelopak mata, raut wajah atau senyumnya adakah perubahan?
  • Pastikan penglihatannya tidak terganggu.
Bawalah anak anda ke hospital/klinik untuk pemeriksaan lanjut apabila mendapati simptom-simptom berikut:
  • Anak menjadi tidak sedar atau tidur terus.
  • Anak menjadi delirium, bingung, dan meradang.
  • Kejang / kelumpuhan pada wajah.
  • Sakit kepala atau muntah secara konsisten atau semakin bertambah.
  • Terdapat simpulan pada leher.
  • Timbul benjolan di kepala terutamanya disekitar tempurung kepala.
Di hospital sebaik-baiknya lakukan pemeriksaan CT Scan kepala untuk memastikan jika berlakunya pendarahan otak. Pemeriksaan ini dilakukan apabila disyaki adanya pendarahan otak dan yang mana pasa kebiasanya tidak akan terjadi serta merta. Ini kerana, pendarahan otak terjadi dalam keadaan sedikit demi sedikit. Anak yang mengalami pendarahan otak ringan biasanya tidak akan mengalami gangguan perkembangan di kemudian hari. 

Langkah-langkah Pencegahan bagi mengelakkan kejadian jatuh dikalangan anak-anak terjadi:
  • Untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan, apabila sudah boleh berguling, seelok-eloknya diletakkan ditempat yang selamat ketika tidur / berbaring. 
  • Bila anak sudah boleh berdiri, berikan pelindung di tempat tidurnya.
  • Bila anak sudah boleh berlari, awasilah dengan ketat dan sepatutnya.
  • Elakkan penggunaan baby walker tanpa pengawasan orang dewasa.
  • Pastikan keadaan lantai bebas licin.
  • Pastikan anak-anak kecil disekitarnya bermain dengan baik dan tidak membahayakan sesama sendiri. 
Untuk maklumat lanjut, boleh lawat blog-blog berikut yang mengandungi isu-isu berkaitan yang disertai dengan pelbagai persoalan yang dijawab sendiri oleh pengamal perubatan:

Setakat ni tiada kesan2 negatif pada Saqlain Alhamdulillah, semakin hari semakin aktif dengan aksi-aksinya yang mencuri hati kitaorang. Harap-harap semuanya baik-baik saja. Insyaallah.
Lepas ni, kena lebih berhati-hati.

15 comments:

  1. btol tu..my fren anak jatuh 3 bln lepas, smpai skrg demam on off. klua masuk wad. kesian budak tu. blom setahun lg.

    ReplyDelete
  2. risau nyer kalau anak jatuh.semalam my baby jatuh katil. die nangis la kejap. tp alhamdulillah takde pape bengkak..

    ReplyDelete
  3. MissRhana: Seriusnye, sampai macam tu sekali, apa feedback doctor? kalau macam tu suruh ur fren try buat CT Scan.

    mrs.mi-G: Alhamdulillah tak de ape2 baby u, tapi still kene pantau2.

    ReplyDelete
  4. boleh baca entry kat my blog pasal anak jatuh.http://vitaminsite.blogspot.com/2013/08/anak-jatuh-katilapa-nak-buat.html

    ReplyDelete
  5. Semalam anak saya terjatuh dari ribaan saya dari sofa.ank baru 2 bulan.saya terlelap kerana terlalu mengantuk.tiba2 saya terjaga anak di atas kaki saya.kepala dia terkena kaki.ada kesan lekuk di dahi pastu bila saya cek,gosok dahi ,dah ok.Tapi dia nangis sekejap je.minum susu, tido ok.takde muntah2 pun..harap2 dia ok le.risau juga semalm.tapi hari ni x de tanda2 yang ganjil pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @syarifah, mcm mana keadaan anak sekarang? mudah2an tiada apa2 yg serius

      Delete
  6. Ya Allah paniknye bla bby sy jth dr katil td mlm.benda yg plg kita nk elak tu la yg jdk.menangis sy dibuatnya..risaunye sy.blom pi hsptl lg tp xde plk tanda2 yg serius

    ReplyDelete
  7. Kelmarin my baby 6 bln jatuh katil ada la dekat 2 kaki tgi..meraung saya dibuatnye..slama ni punya la berhati hati perkara jatuh katil la yg paling dielakkan tp terjadi jgk..pantau 24 jam tgok alhamdulillah baby aktif mcm selalu..xde lebam xde bengkak tp hati ngn mata kita yg bengkak kenangkan tubuh kecil yg fragile tu jatuh..seharian hilang fokus sbb teringat je..

    ReplyDelete
  8. Slm..ank sy 7bln, jtuh katil..lps jatuh tu memg nangis2 tp lps tu dh ok..byk seach psl bby jtuh katil, xde tnda2 bhya.bby pn normal cm biasa..tp ni lps 3mgu, trbc psl ubun2 tu, bru prasan y ubun2 dy xbrgerak..cri2, spatot nya ubun2 bby mengeras usia 12-18 bln kn..jd apa patot sy buat ye..normal ke 7 bln dh keras..

    ReplyDelete
  9. Tadi baby saya 8 bulan jatuh katil,meraung menangis marah kt suami sbb careless sgt,skrg blum 24 jam lagi tpi pipi dia mcm ada kesan merah sikit....smbil tepuk2 dia tido tdi bergenang air mata...doakan baby sy ye sume...

    ReplyDelete
  10. Anak saya baru jtuh katil. Dy menggelongsor kebelakang. Saya pun xsempat nak capai dia.. dia dh pandai menendang2 ke belakang. Smpai skrg sy menangis risau kan keadaan dia walaupun xde ap2 kesan kt badan dia. Tp saya masih pantau dia dalam 24jam. Doakan anak saya harap xada apa2. Usia dia baru masuk 3bulannn...

    ReplyDelete
  11. anak sy pulak jatuh dari bby walker.. nangis kuat.. dan ini bkn pertama kali.. tp kali ni sy nekad x nak gunekan lagi.. risau pendarahan kat dlm kepala.. maaflah mama mu ini nak 🤕

    ReplyDelete
  12. anak sy baru jatuh dari baby walker.. risau.. mcm2 ade kat dlm pikiran sy ni.. nekad nak buang je terus baby walker ni..

    ReplyDelete